OOO

Memaparkan catatan dengan label cerita mak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita mak. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 24, 2011

Mengimbau Kenangan Bersama Mak Tersayang

Ibu..ibu engkaulah ratu hatiku..

Lagu keramat yang menjadi pujaan kepada setiap anak-anak. Mak, ibu, mami, bonda, ummi adalah perkataan keramat adalah panggilan yang sama kepada seorang wanita yang memang  banyak berjasa kepada kita.

Semua orang mempunyai mak, tiada mak..  tiadalah kita. Mak  adalah insan istimewa yang berkorban mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita. Mak adalah insan dan wanita terbilang yang bertakhta di hatiku dan betapa aku amat menyayanginya sampai ke hujung nyawa.
Mak telah di lahirkan di Ampang Selangor dan di bela dan di besarkan  oleh kakak beliau (alfatihah buat arwah mak su dan pak su) sehinggalah mak berkawin dengan abah pada tahun 1962 di Kuala Lumpur. 

Walaupun banyak kenangan pahit mak bersama mak su tapi semua tu menjadi kenangan kepada mak sehingga kini.  Kesian bila dengar cerita pahit mak bersama kakak beliau. Mak berterima kasih juga kepada kakak beliau ..walaupun menerima layanan yang buruk tapi kakak beliau masih sudi menghantar mak ke sekolah.  

Bayangkanlah jika mak tak bersekolah dah tentu kehidupan tak seperti sekarang ini.
bila tenguk muka mak..lebih kurang muka cam sape ek..
akak ker atau kak long?

Mak ashiklah  berpindah sekolah dan mak  pernah bersekolah rendah di Tampin, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah kerana mengikut abang ipar yang ashik bertukar tempat  kerja kerana beliau bekerja sebagai DO.  
Mak juga pernah bersekolah  di  Clifford School di Kuala Lipis-Raub Pahang


Kemudian mereka berpindah pula ke Seremban dan mak telah mengambil peperiksaaan LCE  di  King George School Seremban dan beliau tinggal di asrama.  Setelah lulus dengan cemerlang mak bersekolah pula di Methodist Girl's School Kuala Lumpur dalam tingkatan 4.  

Tapi sayangnya sebab mak bertemu jodoh dengan abah pada masa tersebut dan terpaksa berhenti sekolah. Itulah salah satu punca kakak beliau marah sungguh dengan mak.  

Nak buat camner kan sebab semua tu qada dan qadar darinya.  Tu sebab mak pandai speaking..tak macam akak.

Bila dah berkawin mak terpaksa berhenti sekolah dan mak telah bekerja di MTC Tabacco di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur sebagai Quality Control.  Dah tak ada dah building ni....

Mak dan abah tinggal di Kampung Paya di Bangsar selepas berkawin dan mak telah melahirkan kak long (1963), akak (1964) dan adik lelaki (1965) di situ. 

Tentu korang boleh bayangkan macamana kesusahan mak bersalin setiap tahun dan betapa susahnya mak semasa dalam pantang.  Terpaksa mencuci, memasak dan menjaga kami semasa dalam pantang. Dah lah tak ada mak/ayah dan keluarga yang datang menolong mak.

Mak terpaksa menguruskan diri sendiri selepas bersalin dengan bantuan abah sebab keluarga abah pada mulanya pun tak sukakan mak sebab mereka ada rancangan nak jodohkan abah dengan saudara mereka kat kampung di Melaka.

Mak yang bekerja shift pagi dan malam demi membantu abah yang cuma bekerja sebagai peon (budak pejabat) di British High Comission Jalan Ampang.  Mak terpaksa mengupah orang menjaga kami di waktu siang, bila kena shift petang, kena kerja dari pukul 3.00 petang  sampai pukul 11.00 malam abah yang menjaga kami selepas beliau pulang dari kerja pada jam 5.00 petang.

Walaupun mak penat bekerja mak akan pastikan makan pakai kami di siapkan dulu sebelum beliau pergi kerja sementara abah menghantar kami ke rumah orang yang menjaga kami.

Membasuh kain menggunakan tangan di perigi walaupun tengah berpantang dan  beratur seawal pagi di paip kerajaan untuk mengambil air bersih untuk di gunakan untuk masak memasak sebelum pergi bekerja di awal pagi.  Kesian bila di fikirkan kehidupan mak yang susah di masa dahulu. 

Tapi mak tak pernah merungut dan nasib mak agak baik sebab abah rajin membantu.  Sehinggalah kami berpindah ke Setapak di mana mak dan abah membuat rumah di situ.
Semasa bersekolah maklah yang menghantar kami semua pertamakali ke sekolah.  Mak yang menguruskan pembelian buku sekolah dan membayar yuran walaupun mak dan abah terpaksa meminjam dari orang lain. 

Mak juga yang mengambil keputusan peperiksaan (report card) kerana abah susah nak ambil cuti.  Kiranya semua urusan persekolah memang mak  yang uruskan dan masa tu mak  masih lagi bekerja di MTC dan masih lagi bekerja mengikut syift.

Sampai ada yang perli ...eh kau ingat kau ajer ada anak sekolah...ashiklah nak cuti.

Di Kampung Puah, Setapak  jalan nak masuk ke rumah agak jauh dan melalui kebun getah dan agak sunyi.  Bila tiba giliran mak kerja pagi, masuk kerja pukul 7.00 pagi terpaksalah abah menghantar mak ke jalan besar, begitu juga bila mak kena kerja giliran petang dan pulang pada pukul 11.00 malam.

Pernah mak kena kejar dek orang gila masa dalam perjalanan gi kerja. Memang macam-macam yang pernah mak kena masa mak bekerja dulu. Kami seronok bila setiap bulan abah akan membawa kami tiga beradik untuk belanja makan mee ataupun sup di kedai makan di situ.

Mak masih lagi menjalankan tanggungjawabnya seperti masak dan mengemas rumah selepas dan sebelum pergi bekerja. Sehinggalah mak terpaksa berhenti kerja dek kerana di khianati rakan baik sendiri  pada tahun 1980..an dan mak mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual nasi lemak sehingga kami semua bekerja, barulah mak duduk di rumah sahaja.
Mak memang rajin memasak dari muda sehingga sekarang. Hasil tangan memang sedap dan selalu di puji oleh orang ramai. Sampai sekarang masakan mak yang paling sedap ialah sambal tumis, masak lemak cili padi dan rendang dan ini di akui oleh menantu dan juga cucu beliau.
Bila akak melahirkan anak pertama hinggalah anak ke lima mak akan menjaga akak masa dalam pantang selama 44 hari.  Yang paling di sayangi tentu Russhdi sebab cucu sulung mak dan abah.  Masa dia kecik ashiklah kena gentel dek kak long dan adik lelaki. 

Mak yang sibuk menyediakan segala-galanya termasuk memanggil orang urut dan mencari ubat untuk memulihkan tenaga.  Terharu bila di fikirkan semula kenangan ini..terima kasih mak.
Sekarang mak dah berusia 68 tahun dan kudrat dan tenaga beliau telah berkurangan.  Tapi beliau masih suka masak memasak dan semua cucu memang sukakan masakan mak, sampai kadang-kadang akak terasa kecik hati bila anak-anak kata masakan wan lebih sedap dari akak.

Iyerlah dulu masa akak bekerja dulu, mak yang masakkan lauk untuk akak, kalau akak masak pun akak masak simple dimple sebab kadang-kadang kena gi kursus/kerja  pada hari Sabtu.

Bila di kenang semula pengorbanan beliau memang tak berbalas rasanya.
Mak..terima kasih diatas segala-galanya. Budimu akan di kenang sepanjang hayat dan namamu akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Semuga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu. Insyallah akak akan cuba membalas jasa beliau sehingga ke akhir hayat.

Besok insyallah mak akan tukar kanta kat Hospital Selayang.  Dulu dah pernah buat kat Hospital Mata Tun Hussein Onn.  Semuga semuanya selamat.

Jumaat, Oktober 21, 2011

Pizza 10 Lapisan

Adik lelaki akak belanja mak sempena hari jadi mak yang 68 tahun kat Pizza Hut.  Anak akak 3 orang tu di jemput sama. Memang dorang suka makan benda camni.  Akak tak pegi sebab  ada hal pada masa tu.
Sekejap ajer masa berlalu, mak dan abah dah tak berapa kuat lagi dari segi fizikal.  Abah sekarang ni berjalan kena pakai tongkat..pastu ada pulak sakit jantung dan kencing manis.

Mak masih kuat berjalan lagi cuma ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Stress kot sebab jaga cucu (anak adik yang duk sama satu rumah). Abah tak bagi pindah sebab kalau mereka tak ada terasa sunyi pulak kalau mereka tinggal berdua ajer.  Al maklumlah bila dah berusia ni ashiklah nak pot pet pot pet. 

Semuga mereka berdua diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Pizza 10 lapisan kononnya...banyak bebeno komen kata tak best aaaa..rasa entah apa-apa..hai tak berbaloi dorang kata
Happy sebab dapat makan luar..terima kasih adik bongsu 

budak sekarang ni lebih suka makan cam ni dari makan nasi..nak buat macamana..zaman dah beruba.  Pantang keluar ajer nak makan makanan segera sampai akak naik boring lah pulak

akak cuma suruh adik belanja makan meatball cheese masalla..makan kat sana sedap ..bawak balik sos macam kering ajer..pastu dah sejuk.  Macam biasa bil mestilah menceceh 3 angka kan.  

Berbaloilah gak sebab ada berapa mulut yang makan kat situ. Semuga murah rezeki adik lelaki akak boleh belanja lagi ek


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...