OOO

Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jalan-jalan cari makan. Papar semua catatan

Khamis, September 19, 2013

Medan Ikan Bakar Alai Melaka

Assalammualaikum
Selalunya kalau gi Melaka orang nak pekena ikan bakar selalu gi ke Umbai kan tapi akak ajak  ke Alai  yang terletak lebih kurang 7 km dari  bandar Melaka.

Kami sampai dalam pukul 8.00 lebih selepas jejalan kejap di Hard Rock Cafe Melaka.  Orang memang ramai masa kami sampai tapi jangan risau sebab banyak parking dan pilihan gerai yang kita boleh pilih.

Oleh kerana kami parking area tempat ni, owner pula mengajak dengan penuh ramah tamah akhirnya kami pilih rose & ali ikan bakar no 7.  Bermacam-macam pilihan yang ada, ikan dan makanan laut yang segar dan yang baru naik dari laut katanya.

 

Agak lama nak tunggu ikan bakar tapi sementara tu kami pekena otak-otak yang sedap

ambil kepah nii..masak simple ajer

pilihan anak-anak sotong goreng tepung

 

Oleh kerana kami minta nasi putih bukan nasi lemak, kami kena tunggu agak lama gak nak menjamah ikan bakar ni.  Akak pilih ikan pari dan satu lagi ikan jenahak. 

Tapi sayangnya dorang salah bagi ikan..dapat ikan yang lain.  Malas nak gaduh gaduh, dahlah lama tunggu, perut pun dah lapar terus ajer makan.  Nasib baik sedap.

Masa nak bayar akak gi check harga ikan yang salah hantar ni..nasib baik harganya sama..akak lupalah pulak nama ikan ni.  Harga termasuk  sup sayur dan minuman tak sampai pun RM200.00..oklah kan



Location: Ikan Bakar Rose & Ali, 
No. 7, Crystal Bay, 
Sungai Punggur Alai, 75460 Melaka.
GPS Coordinates: 2.173012, 102.31149

Selasa, September 11, 2012

Suami belanja makan di Hayaki Kopitiam

Assalammualaikum  dan selamat pagi semua

Pernah sekali akak di belanja oleh Eyriqazz gi makan kat Hayaki Kopitiam di Platinium Walk Danau Kota, Setapak.
Kali ni suami akak pula yang belanja.  Nasi Dagang Ayam yang sedap..nasinya memang sedap sungguh.
 Colek...colek..masuk mulut..colek...colek masuk mulut...first time makan..ingatkan apa..rupanya macam kueh udang tapi makan dengan kuah yang agak manis..kurang ngam dengan tekak akak...orang Pantai Timur tentu suka kan kalau manis-manis.

Nama hidangan ni kueh malas...kalau orang rajin makan tentu boleh jadi malas..malas sebab dah kenyang kan..betul tak?

 Rojak buah..ada keropok gak..lain dari yang akak pernah cuba.  Akak nak cuba pulut mangga dan puding manggo tapi tak ada stoklah pulak.
 Imran nak chicken chop
Yana pun cuba chicken chop dengan black pepper sauce with egg

Suami akak suka dengan kopi kat sini..sedap sangat katanya. Anak-anak pilih macam-macam jenis air sebab boleh kongsi rasa.

Kami semua puas hati dapat makan kat sini sebab harga yang berpatutan dan makanan juga menyelerakan


Selasa, Julai 10, 2012

Gembira Makan-Makan Di Restoran Dubai Garden

 Bila Yana balik..akak suruh hb belanja makan kat luar..satu lagi alasan malas nak masakkkkk
 Tanyalah dengan semua ibubapa mana yang tak gembira bila 
anak-anak dapat berkumpul semua macam ni
 Ira sajer nak mencuba kamera polaroid yang baru di beli oleh Yana dari Korea
Bosan menunggu ..anak-anak layan main kad..bukan kad terup yer
Riuh rendah bila dorang main kad ini.
Sedap betul benda dalam Lamb Fahsa yang dihidang dalam  hot plate ni....sedap di makan bersama roti..hargnya RM15.00..rempah masakan kat sini lagi sedap dari restoran Arab yang pernah kami gi makan.
DG Mix Appetizer..ni kitaorang tak makan kecuali kat tengah tu..
masamnyaaaaaaa..rugi RM30.00
Dakkah Lamb pun sedap di makan bersama roti
nanti dululah...mak nak ambil gambar...semua tak sabar nak makan...
 happy family
Arabic  Coffee Pot ..hb akak ajer yang minum...akak tak leh telan..
rasa cam jamu pun ada..harga RM20.00..fuh mahal gak ek
 Lamb With Rice for 3 persons..banyak sungguh..RM70.00
 Dubai Garden (D.G.) Mix Grill - RM42.00..sedap gak..ada kebab ayam, 
kebab lamb, ayam grill  dan satu lagi tak perasan apa ke bendanya..
 DG Cocktail  3 layers..kat atas ada whipped cream..
sedap..harga RM15.00..purata jus RM10.00
 Sape paling handsome..Imran pun nak interframe gak..harga di restauran makanan arab memang mahal..tak perlah hb belanja..lagi pun sekali sekali tak apa kannnn
Restaurant Dubai Gardens Arabic Cuisine terletak 
di No G-7, Jalan Genting Klang  (sebelum Festival Mall arah dari KL)
Tel No 03-41317455
 Jarang tenguk akak tersenyum camni kannnnnnnn

Sabtu, Januari 21, 2012

MaKAn KaT SEOul TaPi BUkAN KaT KorReA

Dah pernah dengar dan baca kat blog-blog, ramai puas hati  makan kat sini sebab banyak pilihan tapi hati tak terbuka nak gi.  Bila hb tanya nak makan kat mana, anak-anak nak gi makan kat Restoran Seoul Garden dan kami gi kat KL Festival City ajer sebab dekat dengan rumah.  
Makan-makan luar ni sebab nak meraikan kepulangan Russhdi  dan Yana.  Yana balik bercuti seminggu sahaja.  Daging yang ada tulang..tak ada tulang dan ayam ada macam-macam bahan perapan.  
Kononnya nak cuba masakan korea sebab akak dan anak pempuan semua peminat drama, movie dan lagu korea.  Seronok makan kat sini sebab boleh makan dan minum macam-macam sebab banyak pilihan.  Seoul Garden ni best sebab kita boleh makan style buffet dan boleh masak cara steambot dan grill

Pastu dorang rajin tambah kalau dah habis tak macam akak pergi satu tempat makan tu..kalau udang dan ketam habis dorang lambat tambah.  Bila tambah ajer semua pakat serbu..menyampah kalau camtu.
Minuman pun ada macam-macam jenis..nak sejuk ataupun panas pun ada.
Kalau kaki makan memang tak rugi datang kat sini, tapi kalau perut kecik memang rugilah sebab makan sikit dah kenyang.
Yang tak best sebab kena duk pisah-pisah sebab meja family penuh.  Tak happenning aaa duk pisah-pisah.
 
 Russhdi ashiklah makan ikan sebab kata dia kat sana payah nak jumpa ikan..jemu makan daging dan ayam (sebab ikan kat sana mahal sungguh) 
 
Akak ashik makan udang yang di rebus dalam sup tomyam dan daging grill. 
Udang dan ketam fresh tapi bila makan pepahat, kerang, kepah..rasa macam tak fresh..tak sedaplah. Nasib baik ambil sikit ajer..bila dah rasa tak sedap alamatnya buang ajerlah.

 
 Pastu pekena air batu campur buatan sendiri..buh jagung, kacang merah, cincau, sagu banyak-banyak...pastu letak susu cair dan kacang tumbukbanyak-banyak...last sekali ambil lagi sekali akak letak ais krim 2 scoop..ha kauuuuu sendat perut dibuatnya

ada gak minum ais lemon tea dan mango jus...ada lagi tak ingatlah pulak
Suka pula makan bulgogi a sebab sedaplah pulak makan daging yang telah dimasak dan di gulung dalam helaian salad.  Sebelum tu ada gak akak buat N3 pasal makan Bulgogi ni

Ada gak nasi goreng, bihun goreng..tapi aiseyman..bayar mahal takkan nak makan makanan yang selalu akak buat kat rumah.  Baik layan benda-benda yang payah nak buat kat rumah.
 Nak makan sayur dan macam-macam mee pun ada
Rasa happy sebab kali semua anak-anak dapat makan sama-sama..
 Gendang gendut tali kecapi
Kenyang Perut Senang Hati
Anak-anak akak kalau dah berkumpul semua ashiklah bergurau senda..macam kanak-manak ribena. Kami lepak agak lama..sampai dekat pukul 8.00 (lepas maghrib) sampai restoran nak tutup, rugi balik awal kannn..
Terima kasih kepada suami sebab sudi belanja...cam biasa sebut reramai...te...ri..ma..ka..sih..a..yah

FESTIVAL MALL
Lot G38, Ground Floor
KL Festival City
67, Jalan Taman IbuKota
Taman Danau Kota, Setapak
53300 Kuala Lumpur

Korang leh tgk info kat SINI


p/s  Total semuanya RM348.00 termasuk cukai...(untuk bawah berapa meter tah dpt separuh harga..sebab imran dah melepasi ketinggian itu..dia kena bayar penuh cam orang dewasa gak).  

Wah boleh muflis kalau gi makan selalu.
Bagi akak agak mahal  gak bila makan 7 orang sebab baik makan steak/western kot.  Tapi suami dan anak-anak kata berbaloi sebab banyak pilihan..entahlah..

Jumaat, Oktober 21, 2011

Pizza 10 Lapisan

Adik lelaki akak belanja mak sempena hari jadi mak yang 68 tahun kat Pizza Hut.  Anak akak 3 orang tu di jemput sama. Memang dorang suka makan benda camni.  Akak tak pegi sebab  ada hal pada masa tu.
Sekejap ajer masa berlalu, mak dan abah dah tak berapa kuat lagi dari segi fizikal.  Abah sekarang ni berjalan kena pakai tongkat..pastu ada pulak sakit jantung dan kencing manis.

Mak masih kuat berjalan lagi cuma ada penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Stress kot sebab jaga cucu (anak adik yang duk sama satu rumah). Abah tak bagi pindah sebab kalau mereka tak ada terasa sunyi pulak kalau mereka tinggal berdua ajer.  Al maklumlah bila dah berusia ni ashiklah nak pot pet pot pet. 

Semuga mereka berdua diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Pizza 10 lapisan kononnya...banyak bebeno komen kata tak best aaaa..rasa entah apa-apa..hai tak berbaloi dorang kata
Happy sebab dapat makan luar..terima kasih adik bongsu 

budak sekarang ni lebih suka makan cam ni dari makan nasi..nak buat macamana..zaman dah beruba.  Pantang keluar ajer nak makan makanan segera sampai akak naik boring lah pulak

akak cuma suruh adik belanja makan meatball cheese masalla..makan kat sana sedap ..bawak balik sos macam kering ajer..pastu dah sejuk.  Macam biasa bil mestilah menceceh 3 angka kan.  

Berbaloilah gak sebab ada berapa mulut yang makan kat situ. Semuga murah rezeki adik lelaki akak boleh belanja lagi ek


Khamis, September 08, 2011

Nampak Best Tapi Tak Leh Telan

Sape yang belum vote boleh tolong vote akak kat

Masa dapat jemputan review makan-makan Buffet Ramadhan di Le Meridien Kuala Lumpur (N3 kat SINI) sebelum bulan puasa lepas akak cuba nak makan benda mentah ni (tiram kot).  Pernah tenguk dalam tv  masa remaja bila Mr Bean makan benda ni sampai sakit perut. Mr Bean makan agak banyak juga.

Akak pun nak cubalah juga nak merasa sebab first time jumpa dan setelah tenguk CikLily Putih selamba derk makan berkali-kali.  Akak pun tirulah stail Cik Lily, kena perah perahkan jus lemon barulah di makan,,,akak cuba satu...rasanya tak hanyir dan kenyal tapi tak leh makan lagi lepas tu. 
 
Tak masuk kat tekak langsung akak suruh CikLily Putih tolong habiskan.  Nasib baik ambik 2 ketui ajer.  Macam gak sushi akak pun tak leh telan.
 p/s orang kat mahal ek benda ni..pantang letak ajer..habis di ambil orang

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...