OOO

Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti di pulau tioman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cuti-cuti di pulau tioman. Papar semua catatan

Khamis, Januari 10, 2013

Sedapnya Seafood Di Kampung Salang Pulau Tioman

Walaupun rombongan kami di sediakan makan malam sepanjang duk  3 hari 2 malam di Kampung Salang Pulau Tioman..kami teringinlah pulak nak merasa makanan laut yang di bakar kat sini.  
 
 Tak tahan weiii air liur bila lalu kat tempat pembakaran ni...malam pertama cuma tenguk dan ambik bau ajer..malam kedua tak leh tahan dah
Ikan gadang-gadang....segar pulak tu
Terus hb suruh akak pilih nak makan apa? Pucuk di pinta 
ulam mendatang...apa lagi
Lupa pula nama ikan ni...ikan ni memang segar...isi lembut dan terasa manis..
cicah pula dengan sambal dan air asam..terbaiklah....
Sotong besar yang jadi rebutan..memang sedaplah dan masih teringat-ingat kesedapan makanan laut kat sini.  Sape yang gi kat Kampung Salang Pulau Tioman kena pekena makanan ni..terbaik beb..harga pun berbaloi-baloi...

Khamis, November 08, 2012

Jaga-jaga Ada Yang Memerhati

Assalammualaikum dan selamt pagi
 
 agensi penguatkuasa maritim malaysia(apmm) sedia berkhidmat
 
Masa kami snorkeling ada yang memerhati
Ada peraturan yang perlu pengunjung ikuti jika berada di Marine Park ..kalau nak klik untuk pembesaran yer
Selain menjaga keselamatan perairan Pulau Tioman mereka juga mengambil berat tentang jumlah penumpang yang berada dalam bot laju ni.  Kalau ada rakyat asing mereka akan check dengan pengemudi bot sebab dorang kena ada senarai penumpang.
Kalau terlebih muatan..kenalah mengadap...tak tau apakah hukumannya..mungkin kena saman kot
Selain dari itu polis marin juga ada di jetty..mereka nak pastikan pengunjung dan pelancung sentiasa merasa selamat di sini
Bila feri tiba, mereka juga akan buat pemeriksaan dan memastikan dan pemandu memiliki sijil kekompetenan untuk mengemudi bot dan mereka akan pastikan yang feri tidak beroperasi secara haram.  Ini untuk memastikan keselamatan pengunjung dan penduduk.
Mereka juga akan pastikan semua penumpang mendapat tempat duduk..tak boleh berdiri sebab perjalanan mengambil masa yang lama dan juga memeriksa senarai nama penumpang

Disebabkan peraturan yang di kenakan perjalanan ke Pulau Tioman memang kadang-kadang mengambil masa yang lama.  Tak apalah sebab kat dalam feri ada tandas dan leh tenguk video cerita macam-macam..taklah terasa boring


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...