OOO

Memaparkan catatan dengan label percutian di pulau tioman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label percutian di pulau tioman. Papar semua catatan

Khamis, Januari 10, 2013

Sedapnya Seafood Di Kampung Salang Pulau Tioman

Walaupun rombongan kami di sediakan makan malam sepanjang duk  3 hari 2 malam di Kampung Salang Pulau Tioman..kami teringinlah pulak nak merasa makanan laut yang di bakar kat sini.  
 
 Tak tahan weiii air liur bila lalu kat tempat pembakaran ni...malam pertama cuma tenguk dan ambik bau ajer..malam kedua tak leh tahan dah
Ikan gadang-gadang....segar pulak tu
Terus hb suruh akak pilih nak makan apa? Pucuk di pinta 
ulam mendatang...apa lagi
Lupa pula nama ikan ni...ikan ni memang segar...isi lembut dan terasa manis..
cicah pula dengan sambal dan air asam..terbaiklah....
Sotong besar yang jadi rebutan..memang sedaplah dan masih teringat-ingat kesedapan makanan laut kat sini.  Sape yang gi kat Kampung Salang Pulau Tioman kena pekena makanan ni..terbaik beb..harga pun berbaloi-baloi...

Jumaat, November 02, 2012

Snorkeling Di Pulau Tulai

Budak kecil yang kepenatan..lepak tidur di Pulau Chebeh..

Selepas Snorkeling  Batu Malang dan kemudian  Berkelah Di Pulau Chebeh
kami ke destinasi ke 2.
Kali ni kami di bawa snorkeling di Pulau Tulai pula. 
Ira dan Imran dah stand by nak terjun lagi
Ramai gak yang turun lagi sekali..Subhanallah ..kat sini air lagi jernih airnya..
 Kecil ajer Pulau Tulai ni..patutlah tak ada yang nak berkelah kat sini..
 Baling ajer roti..banyaklah ikan datang..subhanallah cantiknya ciptaan Allah SWT
Imran memang enjoy snorkeling ..ada pula geng
Gambar Imran dari underwater camera (rakan hb yang ambik).  Mana Imran tak seronok..dapat berenang bersama ikan-ikan yang cantik..dapat tenguk batu karang yang terpelihara dan dalam air laut yang jernih tanpa pencemaran
Memang indah sungguh pemandangan di sini
Cantik bukan...
 macam-macam warna ikan
terima kasih buat rakan  hb..
 Jernihnya air laut sampai nampak kaki
Masa dorang snorkeling di sini, kepala akak dah ting tong..perut rasa sebu..nak muntah..mabuk lautlah pulak.  

Tapi masih lagi ambik gambar..klik sana..klik sini.. Nasib baiklah ada ada bawa minyak chap kapak..puas buh di kepala, leher dan perut tapi lega sekejap..pastu kena lagi..sabar ajerlah
Oleh sebab leka menikmati pemandangan di dalam laut, kami ambik masa yang agak lama kat sini.
Terpaksa panggil mereka semua naik keatas sebab cuaca kurang baik...hujan mula turun..
 Sepanjang perjalanan pulang, hujan turun selebat-lebatnya..cuma mampu berdoa agar kami semua selamat sampai.  Tak kisahlah basah kuyup kan sebab memang dah basah pun.  Syukur alhamdulliah kami semua selamat sampai ke Kampung Salang ..sampai ajer kat chalet terus mandi dan semua tidur tak sedarkan diri sebab kepenatan.


Selasa, September 25, 2012

Seronoknya Snorkeling Di Batu Malang (Part 1)

Assalammualaikum semua
Nak berangkat...4 speed boat tau..ramai tul ahli rombongan kami kali ini

posing..jangan tak posing..adik beradik yang tak sabar gak tu
excitednya mereka semua terutama Imran
 
 tangan tak lepas pegang kamera sambil mulut pot pet pot

pegang kuat-kuat yer..perlumbaan speed boat yang terpantas
nyaman dan damai..tenang jiwa rasanya

Tak sabar nak terjun..dorang geram tenguk ikan berenang-renang 
di air laut yang sungguh jernih
aksi Imran yang berani sungguh..akak pulak yang risau
 Firdaus ..kelakolah pulak tenguk mata dia tuu
bestnyaaaaaa kalau akak yang gi terjun ke laut

  Suamiku yang sedang memerhati keindahan dalam air terutama ikan dan batu karang ciptaan Allah SWT

Ira dan Firdaus..dah dekat kat batu malang...bahaya jika dekat kat batu ni..banyak teritip..takut luka nanti

nak bagi makan ikan..cebisan roti di isi air dan tuang ke dalam air..berkerumun ikan-ikan datang..cantik sungguh pemandangan sebegitu.
yehaa dapattttttttttt..tapi ikan liar mana 
boleh nak pegang lama..sebab licin

oppssss terlepas..jadilah dapat merasa kan Encik Mat

Jawapannya akak tak snorkeling aaaa...ashik ambik gambar ajer..lagi pun takut tenggelam..takut pun iyer gak lepas lutut kena tebuk..takut kejang dalam laut..menyusahkan orang dan diri sendiri ajer kan.

p/s ada sambungannya lagi..banyak tul gambar..


Selasa, September 18, 2012

Semuanya Teruja (Excited) Nak Ke Laut Pulau Tioman

Assalammualaikum ..kita sambung kisah cuti-cuti di Pulau Tioman yer
Oleh kerana kejernihan air laut di sini, semua tak sabar-sabar nak menerokai alam lautan yang luas ciptaan Allah SWT
Terutamanya anak kecik akak ni..first timelah katakan..siap gi training dulu sorang-sorang
Kami tergelak melihat telatah Imran
punyalah terujanya dia
Ira pun sama
Sebelum tu kena tulis nama dulu..senang nak kira dan tau berapa orang yang nak gi
Gaya 2 beranak..
Semua dah tak sabar nak meneroka lautan
 Sambil tu tenguk mat salleh yang baru nak belajar diving..kena baca buku, 
jawab ujian di kertas pastu baru ke laut..susah gak nak dapat lesen menyelam rupanya.
 Beli roti nak bagi ikan makan...cubit kecik-kecik dan 
masukkan dalam botol...penutupnya hendaklah di lubangkan
 Agak korang akak gi snorkelling tak? Peralatan dah bawa dah tu


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...