OOO

Memaparkan catatan dengan label dekorasi majlis perkawinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dekorasi majlis perkawinan. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 15, 2013

Majlis Perkawinan Stail Hi Tea

Selepas majlis khatam al quran, nikah dan malam berinai dan  majlis kemuncak di rumah pengantin perempuan..hari Ahad diadakan pula majlis ala ala high tea.
Majlis di adakan sempena perasmian  di dewan Dewan Renjis Mempelai di Gombak
 
Ibu kepada bapa pengantin perempuan  dewan di beri penghormatan memotong riben disaksikan anak, menantu, cucu dan cicit. 
 Tetamu yang hadir
Kambing panggang...ya be da be do...

my mom..pakai spek hitam :)
kepak ayam
kuehtiaw goreng kuali besar ..ala cam kat pasar malam tu
pantang letak habissssssssssssssssss.....ada gak nasi, 
kueh mueh dan buah-buahan.
pengantin pun nak merasa gak
Kak ngah doakan agar kamu berdoa berbahagia 
sehingga ke akhirnya.

p/s rasa-rasanya cam nak buat camni gak aaa..tapi bergantung pada budget

Jumaat, Mac 01, 2013

Sistem tol

Assalammualaikum

Terima kasih kepada yang sudi join contest akak yang berlangsung selama sebulan.  Banyak gak penyertaan yang menarik hati ..insyallah akak akan umumkan keputusannya yer.
Tol bukan sebarang tol..tol ni cuma ada di majlis perkawinan orang selatan cam Melaka dan Johor.  Bagi akak acara ni dah pernah tenguk dari akak kecil lagi.  

Jadi akak dah tau yang tol ni cuma gurauan dan untuk memeriahkan lagi sesuatu majlis perkawinan.


Bila bersuamikan orang Johor..lagi banyak dapat tenguk tol camni..yang best sebab saudara mara dan adik beradik sibuk menghalang perjalanan mempelai bermula dari pintu masuk rumah zaman dulu ataupun dewan.
Bagi orang yang tak biasa dengan tol ni ..terutama dari Pantai Timur dan Utara mesti merungut kata acara tol ni memang menyusahkan bagi pihak mereka ...selalunya pengantin lelaki.  Al maklumlah kena siapkan banyak sampul sebelum dapat sampai ke singgahsana..selalunya 3 ataupun 4 halangan yang perlu di tempuhi.
Pengantin perempuan patut bagitau dulu tentang hal ni supaya tidak menjadi rungutan pihak keluarga lelaki..bagitau supaya letak ajer 50 sen ataupun RM1.00 setiap sampul..bagi semua penghalang.  Selalunya ereka akan terima sebab acara ni untuk suka suka kan..bukan demand nak suruh letak sampai RM20.00 setiap sampul.
Pengiring ataupun pengapit mesti pandai main peranan, lagi satu kena janji dulu dengan pengantin pempuan supaya bagitau mak andam ..jangan poyo poyo nak letak mahai yer sebab kan dah bayar upah mahai kat mereka.  Suruh letak 2 keping duit merah ajerk.
adik beradik arwah abah ..Melaka mariiii
Kalau mak andam lorat..suruh ajer suruh sesape warning sebelum tu..
 adik arwah abah..cucu lelaki sulung kawin..makcik akak ni gembira
Takut nanti pihak orang lelaki menyampah dan kata sistem tol ni menyusahkan mereka pulak sebab mereka tak faham ataupun tak suka dengan acara ini.  Nanti dari suka-suka jadi menyampah pulak.

 Sepupu dan rakan sepermainan masa kecik..wah dia dah dapat menantu secara resmi..akak kalah dah ni :)
 Semuga kedua pengantin berbahagia sehingga ke hujung nyawa.


Jumaat, Februari 22, 2013

Bila Kompang Di Palu

Oleh kerana majlis perkawinan saudara akak merupakan majlis kawin terakhir buat mereka suami isteri akak abadikan banyak gambar untuk di dijadikan kenangan.  Selepas ni tak ada lagi majlis kawin dah kat sini.

Kalau sape yang boleh tenguk gambar majlis khatam dan majlis nikah bolehlah ke SINI dan SINI yer.  Nak tanya..ada masalah tak loading gambar besar camni?


Pelamin di Di Luar Rumah
Seronok dengar alunan cak lempong ni..muzik tradisional yang patut di pertahankan..budak kecik tu tengah syok dengar alunan muzik
Kakak pengantin dengan anak-anak kesayangan..
sedondon uuuuu..amboi boleh jadi model iklan gigi
My family yang sentiasa happyyyy termasuk omak akak yang bergayo dengan spek hitam diooo :)
Seronok tenguk silat di iringi dengan muzik live
Cam berjoget pun ada gak kannn
Pasangan yang sama sepadan..suka tenguk gaun purple ni..akak memang peminat warna ni
Entah apalah si Aizat ni pandang..muka akak pun ada iras pengantin perempuan..putih melepak ..tapi masa tengah remajalah..ala dah tentu ada pertalian darah..mestilah ada sikit persamaannya
Bapa pengantin perempuan yang mengalirkan airmata sebelum merenjis..:(
Ibu pengantin perempuan yang vogue
Ciuman Sayang
Gaya Tersendiri
Ala Comei..comei..2 berdua tolong 
bagi telur kat tukang renjis 
Ciuman Dari The Only  Abang Kesayangan..
Kakak Ipar
 Tersenyum bahagia
Bapa Pengantin Lelaki
Ibu
 
Suka tul tgk kanak-kanak 2 orang ni..

Makan time
 gadis-gadis  yang happy jaga guest book dan tukang 
ambik gambar tepek kat buku tu..
Ucapan Dari Kami Sekeluarga

Selasa, November 27, 2012

Blogger Afra Wedding

Assalammualaikum

 
Hari minggu yang lalu akak gi jemputan kawin blogger Afra yang cun.. akak kenal Afra ni dah lama dah..selalu berjimba-jimba di events terutama event NN.
 Sebelum tu bergaya kat sini dulu..
Majlis perkawinanan di adakan di Putrajaya..tengah memikir nak tulis apa kat Guest Book..cantik sungguh props kat sini
sama cantik sama padan di pelamin yang sungguh indah..
 Akak doakan agar  kamu berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat
 
 Tempat yang menjadi tumpuan...coklat..
macam-macam ada
ada buah-buahan, candy dan biskut yang di celup dengan coklat..walllaaaa
sumijelly dan Madam Nopa..bam bam anak Nopa ni ..seronok ada geng blogger..boleh pot pet pot pet sambil makan-makan...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...