OOO

Memaparkan catatan dengan label dendeng berlado minang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dendeng berlado minang. Papar semua catatan

Jumaat, November 11, 2011

Leceh nak buat tapi sedap di makan (daging dendeng berlada)

 
Dah lama tak buat daging dendeng..salah satu sebabnya malas nak goreng dan ketuk daging tu, tapi bila tertenguk wanita hari ini (TV3) tunjuk resepi daging dendeng akak pun terkena virus R (rajin).

Kali ni akak guna cili kisar ajer sebab cili merah mahal berdentum..dekat RM15.00 sekilo dengan alasan thailand banjir.  Akak tukar sikit cara masak kali ini sebab masukkan kicap manis dan bawang goreng.

Bahan-bahan
1/2 kilo daging batang pinang (daging lembut pun boleh)
2 inci halia - hiris lebar-lebar
4 biji bawang putih-titik dengan kulitnya
2 batang serai-titik hujung
1 helai daun salam
air secukupnya

Cara-cara
1. Basuh daging dan toskan. Potong 2 dan masukkan dalam periuk berisi air.
2. Masukkan halia, bawang putih, serai dan daun salam dan rebus sehingga daging empuk.  Kalau guna daging batang pinang tak yah rebus lama.
3. Bila dah empuk keluarkan dari periuk. Jangan buang air rebusan.
4. Hiris daging lebar-lebar kemudian goreng dengan minyak sekejap. Jangan lama nanti keras.
5. Tumbuk daging sehingga nipis selepas di goreng.

Bahan sambal
8-10 sudu makan cili kisar
8 biji bawang merah
6 biji bawang putih
garam dan sedikit gula kabung (gula biasa pun ok gak)
1-2 sudu makan kicap manis
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak jagung (minyak lain pun boleh)
1/4 sudu makan asam jawa adabi
1-2 sudu makan bawang goreng - optional

Cara-cara
1. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih.
2. Tumis bahan tumbuk dengan minyak jagung sehingga naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar dan garam.
4. Tumis sehingga naik minyak dengan api sederhana dan masukkan air rebusan daging tadi bersama bahan tadi.
5. Bila air dah kering sikit baru masukkan daging bersama kicap pekat dan asam jawa.
6. Bubuh sedikit gula bersama bawang besar dan kacau. Rasa dulu kemudian masukkan bawang goreng pastu tutup api.
7. Hidangkan bersama nasi panas.

Selasa, Disember 14, 2010

Resepi Dendeng Berlada

Terima kasih kepada Broframestone sudi buat N3 pasal harijadi akak. Rasa happy pulak bila dia wish akak. Klik ajer kat http://www.broframestone.com/2010/12/selamat-ulang-tahun-kelahiran-kak-ina-kl/

Hari Sabtu lepas kami tenguk wayang di Wangsa Walk. Lepas habis tenguk wayang Nyangkung bersama suami, Ira dan Imran masing-masing kelaparan. Sebab cerita tu habis dalam pukul 4.00 lebih.
Suami nak makan nasi. Kami pun gi ke restoren Ayam Penyet yang ada di situ. Order ayam penyet, sup buntut aka sup ekor (rasa cam air ajer sup tu), rendang ayam minang dan dendeng berlado.

Geram betullah. Dendang berlado tu tebal sungguh..dahlah macam getah sekerap.
Tak puas hati sungguh.

Semalam akak buat sendiri kat rumah. Puas hati dapat makan banyak dan anak kata sedap.

Bahan-bahan
1 kilo daging batang pinang (daging lembut pun boleh)
2 inci halia - hiris lebar-lebar
4 biji bawang putih-titik dengan kulitnya
2 batang serai-titik hujung
1 helai daun salam
air secukupnya

Cara-cara
1. Basuh daging dan toskan. Potong 2 dan masukkan dalam periuk berisi air.
2. Masukkan halia, bawang putih, serai dan daun salam dan rebus sehingga daging empuk.
3. Bila dah empuk keluarkan dari periuk. Jangan buang air rebusan.
4. Hiris daging lebar-lebar kemudian goreng dengan minyak sekejap. Jangan lama nanti keras.
5. Tumbuk daging sehingga nipis selepas di goreng.

Bahan sambal
15-20 biji cili hidup
1 biji tomato
8 biji bawang merah
6 biji bawang putih
garam dan sedikit gula
1 biji bawang besar-hiris bulat
minyak jagung (minyak lain pun boleh)
2 biji limau kasturi-ambil jus

Cara-cara
1. Kisar tomato dan cili merah bersama sedikit air. Jangan hancur sangat.
2. Tumbuk bawang kecil dan bawang putih.
3. Tumis bahan tumbuk dengan minyak jagung sehingga naik bau.
4. Masukkan pula cili merah dan tomato yang telah di kisar dan garam.
5. Tumis sehingga naik minyak dan masukkan pula daging yang telah di tumbuk tadi.
6. Masukkan air rebusan dan biarkan sambal kering semula.
7. Bubuh sedikit gula bersama bawang besar dan kacau. Rasa dulu dan tutup api lalu masukkan jus limau kasturi dan kacau lagi.
8. Hidangkan bersama nasi panas.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...