OOO

Memaparkan catatan dengan label dinos alive di pusat sains negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinos alive di pusat sains negara. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 14, 2011

Pusat Sains Negara -Anak-anak kena pergi

Pergi Pusat Sains Negara cuti sekolah yang lalu. Yang tak boleh belah sebab akak sesat barat..eksyen konon sebab macam tau ajer gi ke situ.
tiada bayaran masuk dikenakan ke PSN tapi nak tgk dino ke bayar
Dari Lebuhraya DUKE terus ke Seri Hartamas..pusing-pusing salah jalan terus ke Kuala Lumpur semula dan kena tol kat Penchala Link.
sukanya bila masuk ke PSN ada ikan dalam akuarium
Tanya kat pekerja tol kat situ dan kena u turn balik dan kena lagi bayar tol..ishhhh geram betullah..lepas dari tol tu ada sign board akak follow tapi lepas tu tak jumpa lagi sign board. Sesat lagi kat area situ entah mana jalan akak masuk. Bila tanya dengan mamat naik motor , beliau pun tak tau nak gi ke Pusat Sains ni.

Akhirnya setelah sesat nak dekat 1 jam lebih sampailah ke sini. Memang seumur hidup tak pernah pergi..mana tak sesat.
Bila nak masuk ke ruang pameran kenal lalu bawah akuarium besar ni. Besar-besar ikan kat dalam akuarium.
Akak biarkan Ira dan Imran menjelajahi tempat ni..
Seronok tenguk bila keluar spark
seronok Imran bila bola terapung
Best gak permainan..akak pun mencuba..
habis semua di cuba..nasib baik masa tu tak ramai orang
nombor yang menyala
muzik berbunyi bila pijak cahaya..memang seronok mereka berdua kat sini
Bila letak tapak tangan keluar cahaya
tarik jangan tak tarik
Sebelum balik tenguk lagi ikan yang cantik ini.

Kisah gi tenguk Dino Alive kat sini. Info mengenai PSN kat sini yer

Jangan ingat orang Kuala Lumpur pandai jejalan kat sini..orang luar lagi terror. Lagi satu jalan kat sini kalau salah masuk ajer kena tol..

Ahad, Disember 19, 2010

Dinos Alive

Harga tiket nak tenguk dino ni..
kalau ada anak kecil baiklah bawak gi tenguk.   Tentu anak-anak teruja nak tenguk dino ni.  Parking free tapi nak gi ke Pusat Sains Negara ni kena pandai cari jalan sebab akak pun sesat di jalanraya tau.
Akak tak masuk ke dalam cuma Imran dan Ira.  Akak lepak kat luar ajer borak dengan member kat hp.Al maklumlah dapat cakap free sebab hadiah hadiah harijadi dari Celcom.
wah pandailah ira tangkap gambar ni..seolah-seolah dino nak telan imran
 pandai-pandailah mereka nak tangkap gambar apa..
tingginya
entah ada berapa ekor kat dalam ruang pameran ni pun akak tak tau.
 peace to dino
jadi robot kejap
Setiap minggu kena bawak mereka berdua ni keluar.  Sebab kat umah ashik mengadap pc dan tv.  Suruh belajar mereka kata..Ala mak kasi canlah..kan cuti  sekolah ni.  Sabar ajerlah

Sebenarnya mak dia yang boring duk umah.  Alasan dengan suami sebab nak gi menjengkit.

p/s jika nak tenguk resepi lama gi ke 
http://roslana06.blogspot.com/

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...