OOO

Memaparkan catatan dengan label duit nuffnang sponsored post. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label duit nuffnang sponsored post. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 23, 2012

Nasi Briyani Dhal MAGGI/Dhahl Briyani Rice

48 hours sponsered post.  Please scroll down for latest entry

Akak memang suka masak untuk keluarga tapi kadang kala terasa pening nak fikir nak masak apa setiap hari.  Sekarang ni senang nak cari idea memasak memang senang sebab ada banyak resepi yang sedap dan berkhasiat di alam maya.


Akak terjumpa salah laman web yang mempunyai resipi-resepi  tempatan, video cara memasak, alat untuk membantu pengguna dalam pemakanan sihat dan memasak, artikel (makanan) dan juga promosi eksklusif untuk ahli-ahlinya iaitu laman web www.nestle.com.my. Banyak resepi-resepi menarik yang boleh di cuba di laman web Dear Nestle tersebut.



Salah satu resepi yang akak berkenan kat situ ialah  Nasi Briyani Dhal yang dimasak oleh Iza . Bila tenguk cara memasaknya..macam senang dan sedap ajer dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagi nutrien yang sesuai untuk keluarga. 

Bahan yang paling penting ialah Perencah Nasi Briyani MAGGI.  Yang bagusnya Perencah ini tiada MSG,  ini bermakna ia  baik untuk di gunakan sebagai bahan masakan.  Akak memang mengamalkan cara pemakanan yang sihat demi kesihatan keluarga  bila memilih bahan-bahan untuk di masak di rumah.

Jomlah tenguk macam mana akak memasaknya. Selain dari Perencah Nasi Briyani MAGGI kita perlukan bahan-bahan yang lain juga.
 
Kita perlu menyediakan minyak masak, minyak sapi, bawang besar yang di cincang, daun ketumbar yang di hiris, kacang gajus yang telah di goreng,  isi ayam yang di potong kecil dan juga kacang dhal yang telah di rebus.


Beras basmathi pula hendaklah di rendam 20 minit, cuci dan toskan.   Halia pula hendaklah di hiris halus manakala  daun pandan  hendaklah di siat dan di simpul sementara kismis di rendam sebentar dan toskan.
 

Panaskan minyak sapi bersama minyak masak dalam kuali, tumis bawang besar dan halia sehingga naik bau.
  


 Bila sudah berbau wangi  masukkan ayam 


dan juga Perencah Nasi Briyani MAGGI/MAGGI Nasi Briyani Mix.  Kacau sebati sehingga ayam separuh masak.  Padamkan api.

Masukkan campuran tadi ke dalam periuk yang berisi daun pandan, kismis, kacang gajus,kacang dhal dan juga daun ketumbar.  Masukkan air secukupnya dan kacau rata.

Tutup dengan daun pisang dan biarkan nasi masak seperti biasa. Setelah nasi kering, kacau nasi dengan chopstick untuk mengelakkan nasi patah. Bila nasi mendidih terbau aroma yang menyelerakan  serta harum bersemarak di dapur.

Bila nak menghidang, jangan lupa renjiskan sedikit air mawar dan bawang goreng.  Aroma nasi beriyani ni memang menggiurkan sampai anak-anak tak sabar nak merasa masakan nasi briyani yang sedap ini. Hidangkan nasi ini panas-panas.

Sukanya hati bila suami dan anak-anak menjamah sambil memuji keenakan Nasi Beriyani Dhal ini.  Nasi ini juga lembut bila di kunyah dan memang sedap di makan panas-panas.



Dah tentulah akak merasa gembira dan rasa berbaloi menyediakannya bila  mereka sukakan hidangan nasi ini. Nasi Beriyani Dhal ini bukan sahaja lazat tetapi adalah hidangan yang seimbang serta ada pelbagai vitamin dan zat galian.

Nasi ini juga sesuai untuk dihidangkan pada masa makan tengahari dan malam kerana mengandungi zat-zat dan nutrien yang di perlukan oleh tubuh badan dan juga mengandungi diet seimbang untuk mengekalkan kesihatan.
 
Akak rasa seronok dan tak sabar kerana bulan-bulan yang mendatang akak akan mula memasak bersama Nestle.  Tentulah  akak rasa amat  teruja serta berbangga kerana di beri peluang, kepercayaan dan juga  penghargaan kerana dapat bekerjasama dengan pihak Nestle kali ini.

Anda tentu dah teruja nak mencubanya Nasi Briyani Dhal..oklah kat bawah ini akak sertakan resepinya.  Cubalah...

2
Dhal Briyani Rice
Bahan
8 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi

Bahan A
1                               biji bawang besar-cincang halus
5cm                           halia-hiris halus


Bahan B
300gm                           Isi ayam tanpa tulang-potong kecil
 2 peket                         Perencah Nasi Briyani  MAGGI                

Bahan C
1 kg                                Beras basmati- rendam 20 minit, cuci dan toskan
2 helai                            Daun pandan-siat dan ikat simpul
1400  ml /12 cawan        Air
100 gm                           Kacang gajus-goreng hingga kekuningan
100 gm                           Kismis-rendam sebentar dan toskan 
50 gm                             Daun ketumbar-hiris halus
50 gm                             Kacang dhal-rebus  hingga empuk                            

Daun Pisang

Untuk Hiasan
Air Mawar
Bawang Goreng


 Cara Memasak
1.  Dalam periuk, panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2.  Masukkan bahan A dan kacau se hingga naik bau.
3.  Masukkan bahan B dan  masak sehingga ayam separuh masak.
4.  Masukkan bahan tadi ke dalam periuk nasi elektrik.
5.  Masukkan semua bahan C dan tutup dengan daun pisang.  Biarkan nasi masak.
6.  Bila menghidang, renjiskan air mawar dan bawang goreng.
7.  Hidangkan panas-panas.

Khamis, Julai 12, 2012

Beza Pendapatan Blog Klik-Klik (CPC),Buffred Earning Dan Sponsored Post

 masa ni kan..Pak Nil cam acuh tak acuh ajer layan akak..sebab akak tak cantik/glam...
pakai simple ..baju dan  tudung so so pulak tu....dahlah 
camera murah...sentaplah kejapppp..pasni malas nak bergambar dengan dia lagi

Masa gi satu event Astro bulan lepas ,  akak duduk meja sebelah Aznil dan geng dia..tak silap jurugambar Astro dan wartawan paper yang lain.   Tau ajerlah Pak Nil..mulut tak boleh diam..pot pet pot pet pot pet..kebanyakkan gossip  pasal peserta ON AIR

Dapatlah akak dengar suara Pak Nil secara realiti..erhmmm sama ajer macam kat tv rupanya.

Bila Pak Nil ternampak blogger Beautifulnara.com (BA)..dia tanya..

Ehh eh tu kan blogger BA yang dapat duit banyak dari berblog kan...

Ada seorang teman Pak Nil bagitu..

Betullah dia...Jangan main-main..BA..tu tiap-tiap bulan masuk ribu riban..

Pak Nil..ooo yer ker?  Macam mana dia boleh dapat macam tu?

Kat blog BA kan ada iklan Nuffnang..sape yang masuk dorang klik iklan tu dapatlah dia duit..pastu dia terangkan camner klik klik tu berfungsi..

Pak Nil...wah..bestnya readers datang ke blog i memang banyak giler..beribu riban..boleh jadi cam BA.

Eh salah tu..Akak dan manager saling berpandangan satu sama lain..nak menyampuk kang kata kepohci..
Klik tu memang takkan dapat banyaklah...cuba tenguk..berapa RM paling banyak tak sampai pun RM2.00 ajerk....tak banyak kan..jadi korang janganlah terlibat dalam geng klik mengklik ni yer..rentikanlah kerja yang tak berfaedah tu.

Dulu pun akak pernah terlibat dalam geng klik klik iklan nuffnang masa mula-mula menceburi bidang ini...semuanya percaya bila dorang pot pet pot pet klik mengklik boleh dapat duit banyak......percayalah..tak banyak hasil pun..takut kena ban adalah


Melainkan kalau ada BE..tu pun bergantung kepada trafik
Yang buat bloggers seperti Beautifulnara dan Redmummy (akak suka dorang berdua ni..fofolur tapi tak kekwat) dapat ribu riban sebab dapat sponsored post/advertoriallah dari nuffnang..harap korang faham yer


Kalau tak faham lagi tak taulah yer...setakat ni dulu tip berblog dari akak....dulu pun akak blurr pasal hal ni..tak salah berkongsi kan...sharing is caring

p/s semuga akak akan berhasil mendapat rezeki macam dorang berdua dan blogger glam yang lain....insyallah 

Bak kata Eyriqazz...akak dah boleh eksyen dengan orang yang kutuk akak dulu.. 

Air mata tertumpah bila dapat komen dan membaca komen dari pembaca blog sampai 100 lebih..komen yang terbanyak dalam satu N3..bagi akak komen yang dorang  beri menaikkan semangat  berblog dan sokongan anda semua akak nak ucapkan ribuan terima kasih..tanpa korang sapelah akak kan.. ..terima kasih sekali lagi.


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...