OOO

Memaparkan catatan dengan label dulang tembaga lama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dulang tembaga lama. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 14, 2010

Pejabat Terbuka?

Aduhai tergelak akak baca komen pada resepi kerang biji nangka tu..kelakar sungguhlah..dah penjual tu sebut macam tu..akak pun taiplah macam tu.
Buat pengetahuan semua dia bukan lala yer..lala warna cam coklat tapi kerang ni warna macam biji nangka.


Tulah agaknya di panggil kerang biji nangka.


Nak panggil apa ek kalau member ajak gi office dia yang buat makan-makan sempena hari raya ..open officee ker?  Tak pandailah akak nak panggil apa.
Ham ni akak mula kenal di Myresepi Forum..dari sembang-sembang kat situ terus kami bertemu bila ada gathering member myresepi di Kuala Lumpur.  Selalunya meraikan member yang duk jejauh.  
Tahun lepas akak dapat juga jemputan dari beliau tapi akak tak dapat pergi sebab ada hal lain.  Best sebab dapat makan satay free.  
Perut memang tengah lapar sebab keluar dari pagi.  Pergi ke sana dan ke sinun.  Lega dapat minum air batu yang sedap ni.
Paling sedap laksa penang ni...memang terbaik...
sedap sungguh..kalah akak masak
Terima kasih daun keladi Ham,  tahun depan jangan lupa jemput lagi.  Bukan akak sorang yang lapar tau..tenguk tu ramai lagi yang sedang menjamu selera.  Al maklumlah lunch hour.
Bila balik dari situ akak singgah kat kedai converter berhampiran kat situ..langsung terkenan nak beli dulang tembaga ni disebabkan barang lama dan harga pun tak mahal sangat.  Biasalah kalau suka kumpul barang lama..pantang nampak sambar ..kalau harga murahlah...kalau mahal...sorry naik lori.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...