OOO

Memaparkan catatan dengan label eyriqazz.com.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eyriqazz.com.. Papar semua catatan

Rabu, Januari 11, 2012

Betul Ker Isteri Eyriqazz Nak Berblog?


Sebelum tu, akak nak ucapkan ribuan terima kasih     kerana sudi menghadiahkan akak novel Ombak Rindu ini.  Akak dah pernah baca tapi masa tu pinjam kat Perpustakaan Negara, sekarang ni bestlah dapat simpan sendiri
Wah tentu dalam hati eyriqazz tengah berdebar tu bila Ayr Malik peluk dia ketat-ketat..takut wife dia suruh tidur luar walaupun muka happy...ni semua gara-gara N3 Ary Malik Hampir Nak Kena Lempang
Tak taulah camner hati wife Eyriqazz bila suami tersayang di peluk depan mata..kalau akak memang terasa tau sebab ikut pengalaman akak kalau tengah mengandung memang hati cepat terasa al maklumlah fizikal dah berubah...kadang-kadang rasa cam suami dah tak sayang kita.

Jadi kepada suami-suami bersabarlah dengan kerenah isteri anda yang sedang mengandung tau.

Tapi mungkin wife Eyriqazz tak jelezz kot...tapi bila baca status kat FB dia..hermmmm..macam jelezz ajer..
Dah lebih 10 ORANG bertanyakan pada SAYA, knp Azwa@Akak x buat BLOG gak???
PUJUKAN suami saya,...."Mama x yah lah berBLOG2....byk cabarannya, nanti KESIAN lak kat anak2 Papa x der org tengokkan.....lgpn, Mama dah PENAT mengajar kat sekolah, kdg2 pun bawa balik kerja ke rumah....biar Papa jer, yg carikan EXTRA MONEY utk Sayang dan anak2...".......

*Padahal, saya dapat RASAkan.....SUAMI saya, Eyriqazz tu sebenarnya RISAU......kalau saya pun ada BLOG gak,....mesti BLOG saya lagi FAMOUS dr blognya.....hihihihiii*
Mungkinkah isteri Eyriqazz lebih fofolur dari beliau kalau dia buat blog?  Atau pun mungkin dia nak balas dendam?

p/s Akak setuju ajer sebab wife Eyriqazz cantikkan dah tentu cepat fofolur..nanti akak ajar kamu yer..jangan marah aaaa Eyriqazz

Rabu, Jun 29, 2011

Hari Jadi Anak Tali Baruts

isss hampagas betullah..tadi akak sajer google search imej sambal ikan keli. ada 2 blog yang ambil gambar kat blog akak. seorang tu tak perlah dia kata ambil gambar dari google tapi yang blog lagi satu tu siap edit dan tulis nama blog dia..geram tullah.
Sebagai ketua tali barut akak di jemput oleh talibaruts eyriqazz gi ke rumah dia nak sambut harijadi anak kecil beliau alisya. Sampai ajer dah ada tetamu yang hadir. Orang pempuan kalau dah jumpa mestilah bergossip.
Akhirnya setelah sapa menyapa di blog sahaja, dapat gak bertentang mata dengan mamazharfan.

Nasib baiklah dia ni peramah dan suka pot pet macam akak. Lama gak borak dengan dia sebab tak ada orang lain yang sampai lagi. Akak bagi hadiah kukis sebab beliau pernah menang contest di blog akak dahulu. Kena tunggu dia balik setelah habis belajarbaru boleh bagi. Takkan nak pos jejauh kat uk.
Beruntung Alisya dapat 3 kek sekaligus. Sedap-sedap pulak tu..Gto agak pendiam sebab baru cabut gigi bongsu.
Mama yang ceria bersama 2 anak lelaki dan manager akak
Selamat ulangtahun Alisya, semuga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Imran tukang sibuk duduk depan.
kameraman dan kamerawomen sibuk sungguh nak snap
first time dapat tempahan buat puding..puding roti akak buat, puding caramel Ira buat (duit upah bagi kat dia)..entah sedap entah idak tak taulah.
Suka tenguk cup cake fondant ni hasil tangan azura,..salah seorang penaja contest akak dulu cantik sungguh.
ummmmmmmm cedapnyaaaaaa..ewah mama punya harijadi ker ...alisya punya...kemain mama alisya menyuap cupcake ke dalam mulut

suka tenguk gelagat anak tali barut Hasanah aka Yana (teringat Yana masa kecik) anak Matjoe dan Alisya..kek yang telah di korbankan dan dah masuk ke dalam perut orang yang hadir.
Tali baruts yang setia Daydeck dan Matjoe yang tak ingat nak balik-balik sebab ashik makan bihun dan nasi dagang. Bila dah pukul 5.00..jom daydeck kita pulang..lama kau duk umah tali barut ni..dekat 4 jam..fuhhhh

Jumpa gak dengan Bella Enveus bersama teman dia.
jejai pakwe Fasha Sandha aka jai..dalam pukul 5.00 baru Bean Moreno datang bersama wife dia. Terima kasih buat Azwa sebab bagi bekal bawa balik nasi dagang, gulai ayam dan ikan tongkol (serius sedap)
Mak ...Imran nak celebrate birthday tahun depan tahun tau...hermmmm...tenguk budget ek anakku(cilok gambar dari fb http://www.daydeck86.com/)

p/s ada lagi rupanya blogger yang datang selepas akak balik, tak ada rezeki nak jumpa

Khamis, Januari 13, 2011

YEZAAAAAA AKHIRNYA TALIBARUTS' TERPILIH

Puas menunggu email dari NUFFNANG dari pagi akhirnya teams Talibaruts' telah terpilih masuk dalam race makan-makan ni. Kalau nak baca N3 camner kami terpilih bacalah kat
http://www.kakinakl.com/2011/01/one-step-closer-to-maxis-om-nom-nom.html
Adakah kami akan berjaya? Doakan yer.

Kalah dan menang adat pertandingan tapi Talibaruts' akan cuba menghabiskan race ini ..insyallah. Nak enjoy sebenarnya sebab pertandingan makan-makan ni lain dari yang lain.

Sebenarnya risau gak sebab dengar khabar ramai betul bloggers yang nak join race ni. Alhamdulliah N3 teams kami telah menarik minat pihak
MAXIS .

Terima kasih kepada MAXIS and NUFFNANG kerana memilih TEAM kami TALIBARUTS' .

Inilah senarai team Talibarut's

1. Jejai - Klon P. Ramlee
2. Eyriqazz - The Food Inspector
3. Bean -
The Kungfu Eater

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...