OOO

Memaparkan catatan dengan label filem songlap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem songlap. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 24, 2011

Tertidur Masa Tonton Ombak Rindu!


 kredit pic : kancilbiru.com
Firdaus dapat voucher tiket wayang ni dah lama, tapi kami tak guna sebab tak ada cerita menarik nak tenguk.  Bila tenguk tarikh akhir 31hb Disember terpaksalah kami gunakan juga, nanti rugi kan.
Ira, Imran dan member Ira tenguk filem Alvin and Chipmunk.

Firdaus tenguk filem Songlap..dia kata best aaaa
 akak pula layan Ombak Rindu.  Akak dah pernah dah baca novel Ombak Rindu ni tapi dah lama dah.  Akak masih ingat lagi apa yang akak baca.
Akak memang suka tenguk pemandangan dalam filem ini, cantik sungguh lepas satu part ke satu part akhirnya akak terlena di buai mimpi. Isshhh camner lah boleh tertidur ni .  Tapi sempat tenguk adegan di ranjang yang heboh di perkatakan selepas  Hariz  dan  Izzah berkawin di Siam.

Bila bangun ajer masa part Lisa Surihani bergaduh dengan Julia Zingler pasal cemburukan dia.  Pastu accident.  Nasib baik tak tertidur lagi sampai habis cerita.
Sayang sungguhlah tak tenguk betul-betul.

Bila time adegan sedih akak yang jiwang dan berjiwa sentimental ni tak menangis pun macam penonton pempuan sebelah  yang ada mengesat mata dengan tisu dan tudung. Apa sal ek?

Apa pun akak suka dengan Aaron Aziz, memang best lakunan dia.  

Betullah orang kata watak Maya Karin kurang sesuai jadi orang kampung yang sesuai ialah Lisa Surihani.  Lisa tak bestlah pegang watak Mila  gadis yang gi belajar ke oversea yang kekwat dan gaya percakapannya agak tinggi..tak bestlah

Bagi akak, akak lebih suka layan novel Ombak Rindu ni dari tenguk wayang.  Ini pendapat akak ek..jangan marah sebab setiap orang mempunyai citarasa masing-masing yang berbeza

Apa pun tahniah sebab filem Ombak Rindu dah dapat lebih dari RM10 juta .
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...