OOO

Memaparkan catatan dengan label tentang ombak rindu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang ombak rindu. Papar semua catatan

Rabu, Januari 11, 2012

Betul Ker Isteri Eyriqazz Nak Berblog?


Sebelum tu, akak nak ucapkan ribuan terima kasih     kerana sudi menghadiahkan akak novel Ombak Rindu ini.  Akak dah pernah baca tapi masa tu pinjam kat Perpustakaan Negara, sekarang ni bestlah dapat simpan sendiri
Wah tentu dalam hati eyriqazz tengah berdebar tu bila Ayr Malik peluk dia ketat-ketat..takut wife dia suruh tidur luar walaupun muka happy...ni semua gara-gara N3 Ary Malik Hampir Nak Kena Lempang
Tak taulah camner hati wife Eyriqazz bila suami tersayang di peluk depan mata..kalau akak memang terasa tau sebab ikut pengalaman akak kalau tengah mengandung memang hati cepat terasa al maklumlah fizikal dah berubah...kadang-kadang rasa cam suami dah tak sayang kita.

Jadi kepada suami-suami bersabarlah dengan kerenah isteri anda yang sedang mengandung tau.

Tapi mungkin wife Eyriqazz tak jelezz kot...tapi bila baca status kat FB dia..hermmmm..macam jelezz ajer..
Dah lebih 10 ORANG bertanyakan pada SAYA, knp Azwa@Akak x buat BLOG gak???
PUJUKAN suami saya,...."Mama x yah lah berBLOG2....byk cabarannya, nanti KESIAN lak kat anak2 Papa x der org tengokkan.....lgpn, Mama dah PENAT mengajar kat sekolah, kdg2 pun bawa balik kerja ke rumah....biar Papa jer, yg carikan EXTRA MONEY utk Sayang dan anak2...".......

*Padahal, saya dapat RASAkan.....SUAMI saya, Eyriqazz tu sebenarnya RISAU......kalau saya pun ada BLOG gak,....mesti BLOG saya lagi FAMOUS dr blognya.....hihihihiii*
Mungkinkah isteri Eyriqazz lebih fofolur dari beliau kalau dia buat blog?  Atau pun mungkin dia nak balas dendam?

p/s Akak setuju ajer sebab wife Eyriqazz cantikkan dah tentu cepat fofolur..nanti akak ajar kamu yer..jangan marah aaaa Eyriqazz

Sabtu, Disember 24, 2011

Tertidur Masa Tonton Ombak Rindu!


 kredit pic : kancilbiru.com
Firdaus dapat voucher tiket wayang ni dah lama, tapi kami tak guna sebab tak ada cerita menarik nak tenguk.  Bila tenguk tarikh akhir 31hb Disember terpaksalah kami gunakan juga, nanti rugi kan.
Ira, Imran dan member Ira tenguk filem Alvin and Chipmunk.

Firdaus tenguk filem Songlap..dia kata best aaaa
 akak pula layan Ombak Rindu.  Akak dah pernah dah baca novel Ombak Rindu ni tapi dah lama dah.  Akak masih ingat lagi apa yang akak baca.
Akak memang suka tenguk pemandangan dalam filem ini, cantik sungguh lepas satu part ke satu part akhirnya akak terlena di buai mimpi. Isshhh camner lah boleh tertidur ni .  Tapi sempat tenguk adegan di ranjang yang heboh di perkatakan selepas  Hariz  dan  Izzah berkawin di Siam.

Bila bangun ajer masa part Lisa Surihani bergaduh dengan Julia Zingler pasal cemburukan dia.  Pastu accident.  Nasib baik tak tertidur lagi sampai habis cerita.
Sayang sungguhlah tak tenguk betul-betul.

Bila time adegan sedih akak yang jiwang dan berjiwa sentimental ni tak menangis pun macam penonton pempuan sebelah  yang ada mengesat mata dengan tisu dan tudung. Apa sal ek?

Apa pun akak suka dengan Aaron Aziz, memang best lakunan dia.  

Betullah orang kata watak Maya Karin kurang sesuai jadi orang kampung yang sesuai ialah Lisa Surihani.  Lisa tak bestlah pegang watak Mila  gadis yang gi belajar ke oversea yang kekwat dan gaya percakapannya agak tinggi..tak bestlah

Bagi akak, akak lebih suka layan novel Ombak Rindu ni dari tenguk wayang.  Ini pendapat akak ek..jangan marah sebab setiap orang mempunyai citarasa masing-masing yang berbeza

Apa pun tahniah sebab filem Ombak Rindu dah dapat lebih dari RM10 juta .
 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...