OOO

Memaparkan catatan dengan label filem syamsul yusof. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem syamsul yusof. Papar semua catatan

Khamis, Disember 23, 2010

Sawan Kamera

Sawan kamera..
itulah boleh di katakan bila blogger bertemu blogger. Ayat yang di perkenalkan oleh blogger juga. Akak lupa sape dia?

Kenapa blogger jadi macam tu? Sebab masing-masing nak merakamkan kenangan sahaja. Manalah tau kalau nanti susah nak jumpa lagi.
Wartawan Zubir yang ada segmen pasal gossip artis kat
akhbar Berita Minggu.
Bila bloggers bertemu artis lagilah semua naik sawan. Tipulah sape kata dia jumpa artis dia tak hairan nak ambil gambar dengan artis tu. Kalau dia wartawan ataupun memang hari-hari jumpa artis memanglah boleh kata tak hairan.
Tapi akak ni bukan selalu jumpa artis. Bila dah jumpa kat pra tonton khurafat mestilah teringin nak ambil gambar bersama. Biarlah mak/pak enon kata kami ni giler trafik, gila glamour ataupun naik naikkan rating blog.

Sebenarnya niat akak bukan begitu. Kalau tak ada pun ambil gambar dengan artis pun alhamdulliah trafik blog akak dah okey dah. Dapat gak merasa duit BE tu. Tapi trafik akak taklah sebanyak Hanis Zalikha tu.
Acah ajer gambar untuk N3 gossip semalam tu. Akak sajer crop gambar mereka berdua. Kasi gempak sikit. Camtu gak Nabil kata kan..orang sekarang pandai teknologi. Boleh ubah macam-macam.
Datuk Yusof Haslam yang patut di jadikan contoh ..dari seorang konduktar bas
Seri Jaya sekarang ni telah menjadi seorang jutawan.
Tinggi betul Scha Al-Yahya. Lawakan riben kat atas kepala tu. Memang layak memegang watak sebagai seorang pramugari dalam ceria Awan Dania.
Bean Moreno yang telah beransur sembuh. Nampak gemuk sikit. Ramai lagi artis yang hadir seperti Mariani, Aimi Jarr, Datuk Mustafa Maarof, Tam, Raja Azmi dan Aziz M. Osman bersama isteri terbaru beliau. Ada lagi dah lupalah.
Tq ery akak cilok gambar. Liyana Jasmay ni kurus sangatlah.
Kalau berisi sikit lawa gamaknya.

Pasni kalau orang nak kata macam-macam tentang akak ..nak kata apa pun katalah ..janji akak happy. Janji suami akak tau apa yang akak buat.

Selasa, Disember 21, 2010

Majlis Pra Tonton Filem Khurafat -Best Sungguh

Semalam akak bersama geng blogger yang di undang sebagai media telah menonton Preview Media Filem Khurafat kat GSC, di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Terujanya dapat berjumpa dengan pelakun-pelakun utama cerita Khurafat ini. Ada Syamsul Yusof sebagai Pengarah dan filem ini merupakan filem ke 4 bagi beliau. Selama ini Syamsul mengarahkan cerita bercorak bohia dan rempit tapi kali ini beliau mencuba pula mengarah cerita seram.
Encik Puad Onah dan Datuk Yusof Haslam yang merupakan orang kuat dari kedua-dua produksi juga telah menghadiri sidang media ini. Mereka berdua berharap agar filem ini dapat menguasai dan meletup di pasaran.

Oleh sebab filem ini bercorak seram giler di poster Khurafat telah di beri amaran yang ibu mengandung dan pesakit jantung di larang menonton filem ini. Kalau nak tenguk gak..mereka tak bertanggungjawab jika ada perkara buruk terjadi.

Memang tak senang duduk bila Khurafat mula di tayangkan. Perasaan seram mulai menguasai diri. Ashik terperanjat sampai ada yang menjerit ketakutan dan ada juga yang berpeluk dengan pasangan mereka ataupun teman perempuan sebelah.

Entah-entah ada gak artis yang hadir pada malam tersebut terpeluk orang sebelah. Sapelah tu yang bertuah di peluk dek artis..kan.
Oh pocot mak kau..tenguk budak lelaki pun takut..tak percaya lagi ker? Cuba teka anak sapelah yang penakut ni..tu budak lelaki kalau budak perempuan entah macamana gayalah pulak bila takut tenguk hantu dalam filem ni.

Sistem dolby memang bagus giler dan disebabkan itu ramai penonton yang di kuasai oleh perasaan takut dan di sulami pula oleh cahaya yang suram dan scene yang suspen memang mencabar sungguh fikiran dan perasaan penonton.
Ending cerita filem ini berlainan dari filem seram yang pernah akak tenguk. Memang suspen sungguh bila mengetahui siapakah penyebab gangguan ini bermula.

Liyana Jasmay sebagai Aishah yang comel dan selalu berlakon sebagai remaja tetapi kali ini telah di beri peranan sebagai isteri Syamsul Yusof (Johan) yang solehah dan memakai tudung.
cutenya liyana ni..suka tenguk..muka comel
Sabrina pakai seksi ada sebab tau..nak samakan watak dalam filem khurafat
Seram bila Johan mendukung mayat Hana di dalam hutan


Tak sangka Sabrina Ali telah berjaya dengan cemerlang kerana dia telah membawa watak sebagai Hana bekas kekasih Johan yang menyimpan dendam kerana Johan mengahwinai Aishah.

Antara pelakun lain ialah artis veteran Mariani, Salina Saibi, Zendy dan ramai lagi.

Gandingan pelakon filem Khurafat yang best giler dan mantap memang bagus untuk di tonton oleh orang ramai bagi yang menyukai genre filem seram ini.
Akak bagi rating 4/5 untuk filem ini. Filem Khurafat akan mula di tayang di pawagam pada 13hb. Januari 2011. Jom sama-sama kita menyokong industri filem melayu.


Terima kasih buat cikhelena sudi ajak kami.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...