OOO

Memaparkan catatan dengan label norman hakim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label norman hakim. Papar semua catatan

Khamis, Disember 23, 2010

Sawan Kamera

Sawan kamera..
itulah boleh di katakan bila blogger bertemu blogger. Ayat yang di perkenalkan oleh blogger juga. Akak lupa sape dia?

Kenapa blogger jadi macam tu? Sebab masing-masing nak merakamkan kenangan sahaja. Manalah tau kalau nanti susah nak jumpa lagi.
Wartawan Zubir yang ada segmen pasal gossip artis kat
akhbar Berita Minggu.
Bila bloggers bertemu artis lagilah semua naik sawan. Tipulah sape kata dia jumpa artis dia tak hairan nak ambil gambar dengan artis tu. Kalau dia wartawan ataupun memang hari-hari jumpa artis memanglah boleh kata tak hairan.
Tapi akak ni bukan selalu jumpa artis. Bila dah jumpa kat pra tonton khurafat mestilah teringin nak ambil gambar bersama. Biarlah mak/pak enon kata kami ni giler trafik, gila glamour ataupun naik naikkan rating blog.

Sebenarnya niat akak bukan begitu. Kalau tak ada pun ambil gambar dengan artis pun alhamdulliah trafik blog akak dah okey dah. Dapat gak merasa duit BE tu. Tapi trafik akak taklah sebanyak Hanis Zalikha tu.
Acah ajer gambar untuk N3 gossip semalam tu. Akak sajer crop gambar mereka berdua. Kasi gempak sikit. Camtu gak Nabil kata kan..orang sekarang pandai teknologi. Boleh ubah macam-macam.
Datuk Yusof Haslam yang patut di jadikan contoh ..dari seorang konduktar bas
Seri Jaya sekarang ni telah menjadi seorang jutawan.
Tinggi betul Scha Al-Yahya. Lawakan riben kat atas kepala tu. Memang layak memegang watak sebagai seorang pramugari dalam ceria Awan Dania.
Bean Moreno yang telah beransur sembuh. Nampak gemuk sikit. Ramai lagi artis yang hadir seperti Mariani, Aimi Jarr, Datuk Mustafa Maarof, Tam, Raja Azmi dan Aziz M. Osman bersama isteri terbaru beliau. Ada lagi dah lupalah.
Tq ery akak cilok gambar. Liyana Jasmay ni kurus sangatlah.
Kalau berisi sikit lawa gamaknya.

Pasni kalau orang nak kata macam-macam tentang akak ..nak kata apa pun katalah ..janji akak happy. Janji suami akak tau apa yang akak buat.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...