OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar di dakka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar di dakka. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 15, 2010

Merasa ke Dakka, Bangladesh Sekejap

Masa Russhdi gi ke tempat belajar tu...kapalterbang  dari KLIA delay satu jam.  Naik kapal terbang bangladesh..tak silap Biman Bangladesh Airline. Dah tentu banyak mamat bangla yang naik sama kan.  Naik Biman ni kena transit kat Dakka.

Masa checkin  tu beraturlah mat banggla nak balik ke kampung halaman.  Barangan pulak mak datuk..macam-macam ada.
 Ada yang bawak tv plasma..ada yang bawak baju terpakai se kotak. 
Dia orang boleh tidur baring sementara tunggu check in..pastu bukaklah lagu dia kuat-kuat..macam katunlah dia orang ni.  Memekak ajer.
Dek kerana delay satu jam, sampai ajer  kat Dacca...kapal terbang nak ke London dah terlepas.  Kenalah duduk kat Dacca dan jadi mat bangla sehari semalam. Kena tunggu penerbangan ke London lagi sekali tapi Russhdi kata best sebab dia di layan macam orang kaya..
 Semua di tanggung termasuk hotel, pengangkutan dan makan minum.  Yang lebih parah sebab beg besar dah ke sana dulu.  Yang ada cuma beg  kecil (hand carry bag).  Sehelai sepingganglah di buatnya.  Tak ada baju/seluar  nak salin.  Nak beli kat luar pihak hotel tak bagi keluar.  Takut jadi apa-apa.
Kiranya taraf hotel ni bukanlah 5 bintang pun..tapi jadilah kan.  Naik bosan nak tunggu penerbangan yang lain.  Ashik makan tidur..makan tidur.
Jadi orang lelaki senangkan...tak yah salin pun tak apa.  Kalau orang perempuan mesti geli gelemen kan terutama bila time tut....tut....
Nak basuh kain baju pun tak leh...takut tak kering dan takut nanti baju basah..kena pulak gi airport.
 Gambar kat sini sikit ajer..sebab tak leh keluar gi jejalan.
handsome tak mamat ni..bila tenguk keadaan kat sini..bersyukur jadi rakyat Malaysia.  Masa kat Dacca ni akak sempat berym dengan dia...risau gak kan..tersadai kat tempat macam ni.
Akhirnya selamat gaklah dia sampai ke London..dan kena tunggu lagi penerbangan ke Newcastle.  

p/s  Lain kali dah tau..

kalau gi jejalan jejauh kenalah bawak satu persalinan dalam hand carry luggage tu..takut jadi macam Russhdi ni..Haru di buatnya.  Sampaikan berus gigi pun tak ada.  

Kalau akak tentu nangis pakai pakaian semalam...tang baju tak per...tapi tang dalaman tu...aduhai..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...