OOO

Memaparkan catatan dengan label cerita russhdi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita russhdi. Papar semua catatan

Ahad, September 15, 2013

Bila Anak Nak Kawin!!!!


 

p/s 
ada lagi ker ek checklist akak ni?
kadi tu semua urusan anak dan tunang
Akak belah lelaki tak yah beria ia kan :) tapi kena gak prepare macam-macam.

Jumaat, Mac 08, 2013

Hisap Puting Kosong

Assalammualaikum semua

Nyut..nyut...nyut..comel ajer kan bila nampak baby hisap puting yang ada macam-macam pesen sekarang. 

Puting kosong digunakan dengan alasan orang tua akak ...untuk bagi baby diam dan tenang ..biar tak ashik melalak. Bila dah guna...banyak pula mulut bising kata..
wah hisap puting..comeiii...tapi nanti dah besar ...gigi jongang..

oklah jom baca pot pet tentang puting ni ikut pengalaman akak pulak yer.


Russhdi  tak hisap puting sebab selepas pantang..mak akak jaga selama 4 bulan ajer..lagipun russhdi ni masa kecik baik..tak banyak kerenah dan tak kua melalak...baik ajer masa kecil..lagipun akak berhenti kerja ikut suami ke JB masa Russhdi 6 bulan.  
 Firdaus pun sama..akak memang tak kasi langsung sebab dia pun tak banyak kerenah..baik cam Russhdi..lagipun Russhdi rajin layan adik dia sebab masa Firdaus lahir Russhdi dah 2 tahun.
 
Yana lahir selang setahun..pasai..ada kisahnya kat N3 yang lama ..penat gak jaga budak kecik 2 orang ni..
Comeiiii tak Yana hisap puting..sebab banyak ragam..ashik bunyi ajer..
Ira memang mak akak jaga dari umur 2 bulan lagi..jarak Ira dengan Yana 7 tahun. Mak akak pun bagi puting..tapi tak ada pula gambar Ira hisap puting...ishhh. Alasan mak sebab puting boleh membantu menenangkan dan senang tidur lama.
Imran pun mak akak jaga dari lepas pantang..mak pun suruh bagi puting..tapi masa ni puting dah jual yang lawa-lawa..akak suka tukar puting baru yang cun bila tenguk puting lama dah buruk. Imran lama gak hisap..dekat umur 2 tahun lebih baru dia tak mintak.
Dah besar camni Yan dah tak hisap dah puting..senang pulak tu..syukur tak hisap sampai umur 3 tahun

Ira pun hisap puting tak lama..umur setahun lebih dah tak hisap lagi
Russhdi dan Yana


Nasib baik gigi Yana tak jongang...bakal model iklan ubat gigi :)
Imran dan Ira

Memang ada kebaikan dan keburukan hisap puting ni tapi puting kosong ni orang dulu-dulu pun dah bagi kalau anak ashik meragam..dah jadi perkara biasakan. 

p/s apa pula komen anda?

Isnin, Januari 02, 2012

Selamat Pulang Anakku

Hari Jumaat lepas akak ke KLIA nak jemput anak.
Puas menunggu barulah tampak kelibat anak akak ni.
Imran terus menerpa masuk bila ternampak kelibat abang dia..
rindu dengan abang dia kot
Sekejap ajer masa berlalu, tup tup dah setahun lebih beliau di sana, 
alhamdulliah akhirnya tamatlah pengajian Russhdi
Doakan agar beliau beliau berjaya pula mendapat kerja

Rabu, Ogos 10, 2011

Kesiannya Tenguk Asyraf Hazlan Di Rompak Dan Di Pukul Di London UK(Akak Pun Risau Ni!!!)

Ya Allah Ya Tuhanku selamatkan anakku dan anak-anak Malaysia di sana. Seram sejuk bila tenguk pelajar Malaysia bernama Asyraf Hazlan yang telah di rompak dan di pukul oleh orang putih kat London. Asyraf Hazlan yang sedang belajar di Universiti Kaplan London di pukul sehingga gigi dan rahang patah.

Asyraf Hazlan pelajar tajaan Mara yang baru sebulan sampai di London serta seorang kawan, Mohd Fariz dalam perjalanan berbuka puasa di rumah senior mereka tetapi malang tak berbau apabila beliau telah di pukul dan kemudian barangnya di ambil oleh mereka.

Beliau telah di rawat di Royal London Hospital dan akan di bedah untuk merawat rahangnya yang patah.

Sumber : Harian Metro
Risau bila tenguk video ini, mak rasa risau tau Russhdi, mak bayangkan macam anak mak yang kena...semuga anak mak selamat disana.  Kalau tak ada hal jangan pegi ke mana-mana..kalau terdesak pergi dengan member serumah.

Bacaan Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Rabbanaksyif ‘annal ‘azaaba innaa mu’minuuna”
Arti Doa Mohon Dijauhkan Dari Malapetaka
“Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. (Q.S. ad-Dukhan [44]:12)”


اَللَّهُمَّ جَنِّبْهُمُ اْلفَوَاحِشَ وَاْلمِحَنَ, وَالزَّلازِلَ وَاْلفِتَنَ, مَا ظَهَرَ مِنْهاوَمَا بَطَنَا
Alloohumma jannibhumul fawaahisya wal mihan, waz zalaazila wal fitan, maa dhoharo minhaa wamaa bathon. 
Artinya: "Ya Allah, jauhkan mereka dari segala bentuk kejahatan dan cobaan, juga dari segala bentuk bencana dan petaka, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi".
 

Selasa, Jun 28, 2011

Sebelum Ke London

Bila keluar dari rumah ternampak polis ni, suami pun panggil , nak ambil gambar buat kenangan. Dengan senang hati polis ni bergambar dengan kami.
Kami ke Bridge, tempat shopping yang popular di sini. Beli sedikit cenderahati untuk anak-anak.
Beli barang makanan di Tesco, anak yang tau halal ker idak benda yang akak beli. Cheese memang murah kat sini.
tekak mengada-gada nak makan sup bihun, harga satu paket kecik untuk 2 orang makan yang dah di rendam 1 pound kat tesco.
Balik dari beli bihun tu akak buatlah bihun sup. Bihun paling mahal yang akak pernah buat.
Kat Primark tempat shopping yang popolur di UK..jaket ni 10 pound ajer kat sini
Ingat nak beli untuk anak tapi tak jadi...takut anak tak kenan, al maklumlah anak sekarang, kang kita beli dia tak nak pakai. Buat sakit hati ajer duit habis camtu.
Ke Stadium Sunderland
apa lagi beli jersey sunderland..tapi sayang tak ada saiz kecil untuk hb, beli untuk Daus dan adik ipar.
Ada gak sup punjut adabi kat sini. Akak ke e kedai orang Pakistan beli daging kambing, sajer nak masak jamu member anak. Kat sini gak akak beli berkotak-kotak rempah Shan sebab murah 1/2 kali dari kat pasaraya di Malaysia
Lepas hantar kereta sewa, kami naik bas ajer ke mana-mana. Bila bas tiba, mereka suruh kami naik dulu sebab tangan penuh dengan beg, walaupun mereka dah tua. Yang tak seronok dalam bas mereka bawa anjing..puaslah gak nak mengelak.
Seronok tenguk kenderaan tak banyak di jalanraya. Tak ada sampah bertaburan sebab ibubapa memang ajar anak-anak buang sampah dalam tong, kalau tak jumpa tong sampah, mereka suruh anak mereka masukkan sampah dalam poket ataupun beg. Bila jumpa tong sampah di keluarkan semuanya dan buang. Bagus sungguh cara ibubapa didik anak mereka.
Kami pegi hari Sabtu jadi ramai sungguh ibubpa bawak anak-anak berjalan-jalan. Orang-orang tua kat sini pun suka keluar berjalan, kalau couple siap pegang tangan lagi, romantik sungguh.
Anak-anak remaja bermain-main di tepi jalan. Tak takut pun macam kat sini. Kalau kat sini tentu penuh dengan pendatang asing bila hari Sabtu, sampai nak bawa anak keluar pun rasa risau terutama di KLCC.
Jadual pengangkutan awam kat sini memang efisen. Kalau lambat pun mungkin dalam 1-2 minit ajer. Kalaulah kat sini macamtu tentu ramai yang gunakan pengangkutan awam.
ke kedai satu pound, kami banyak beli coklat kat sini..murah dari harga di airport.
Hari Ahad kami ke car boot sales naik kereta kawan anak akak. Besar gak tempat jualan ni. Ikut tips dari member anak, kena grab kalau berkenan, kalau idak melepas. Yang banyak barang mainan kanak-kanak, puas hati kalau beli sebab barangan yang di jual masih bagus.

Kat sini akak beli pinggan mangkuk, dan mainan Imran. Ada yang akak beli 1 pound, 2 pound dan paling mahal pun set pinggan mangkuk yang berharga 5 pound. Ikut hati nak borong pinggan mangkuk tapi bila fikirkan susah nak angkut balik terpaksalah redha ajer.
Kat sini baru akak jumpa udang segar, harga lebih kurang sama kat Malaysia. Ada kepah, ikan salmon tapi tak beli sebab dah nak gerak ke London. Bila nak packed barang akak pinjam beg anak yang besar sekali.

Penuh weiii sampai suami kata lepas ni tak leh buka beg tu lagi. Bila tenguk beg yang dah beranak tu rasa risau gak nak gi ke London nak bawa naik bas nanti. Lagi satu yang buat akak risau takut terlebih muatan masa kat kat airport. Suami kata..rilex aaa

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...