OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar maya karin dan yusry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar maya karin dan yusry. Papar semua catatan

Khamis, Disember 23, 2010

Sawan Kamera

Sawan kamera..
itulah boleh di katakan bila blogger bertemu blogger. Ayat yang di perkenalkan oleh blogger juga. Akak lupa sape dia?

Kenapa blogger jadi macam tu? Sebab masing-masing nak merakamkan kenangan sahaja. Manalah tau kalau nanti susah nak jumpa lagi.
Wartawan Zubir yang ada segmen pasal gossip artis kat
akhbar Berita Minggu.
Bila bloggers bertemu artis lagilah semua naik sawan. Tipulah sape kata dia jumpa artis dia tak hairan nak ambil gambar dengan artis tu. Kalau dia wartawan ataupun memang hari-hari jumpa artis memanglah boleh kata tak hairan.
Tapi akak ni bukan selalu jumpa artis. Bila dah jumpa kat pra tonton khurafat mestilah teringin nak ambil gambar bersama. Biarlah mak/pak enon kata kami ni giler trafik, gila glamour ataupun naik naikkan rating blog.

Sebenarnya niat akak bukan begitu. Kalau tak ada pun ambil gambar dengan artis pun alhamdulliah trafik blog akak dah okey dah. Dapat gak merasa duit BE tu. Tapi trafik akak taklah sebanyak Hanis Zalikha tu.
Acah ajer gambar untuk N3 gossip semalam tu. Akak sajer crop gambar mereka berdua. Kasi gempak sikit. Camtu gak Nabil kata kan..orang sekarang pandai teknologi. Boleh ubah macam-macam.
Datuk Yusof Haslam yang patut di jadikan contoh ..dari seorang konduktar bas
Seri Jaya sekarang ni telah menjadi seorang jutawan.
Tinggi betul Scha Al-Yahya. Lawakan riben kat atas kepala tu. Memang layak memegang watak sebagai seorang pramugari dalam ceria Awan Dania.
Bean Moreno yang telah beransur sembuh. Nampak gemuk sikit. Ramai lagi artis yang hadir seperti Mariani, Aimi Jarr, Datuk Mustafa Maarof, Tam, Raja Azmi dan Aziz M. Osman bersama isteri terbaru beliau. Ada lagi dah lupalah.
Tq ery akak cilok gambar. Liyana Jasmay ni kurus sangatlah.
Kalau berisi sikit lawa gamaknya.

Pasni kalau orang nak kata macam-macam tentang akak ..nak kata apa pun katalah ..janji akak happy. Janji suami akak tau apa yang akak buat.

Rabu, Disember 22, 2010

Maya Karin Suka Yusry Abdul Halim

'Dia ada ciri lelaki idaman saya'..hemmm adakah mereka ni datang berdua ker masa pra tonton filem Khurafat?
Bila selak Harian Metro hari ini ada gossip mengatakan yang mereka berdua telah dilihat bersama-sama di pusat membeli belah di Alamanda Putrajaya pada minggu lalu.Dengan menggunakan topi mereka cuba melindungi wajah mereka tetapi peminat masih lagi mengenali mereka berdua.

Artis fofolur mestilah orang akan perasan berdasarkan fizikal mereka. Mana boleh nak cover-cover.
Akui Maya, persahabatannya dan Yusry adalah ikhlas, malah mereka saling menyokong kerjaya masing-masing. Malah, wanita berbintang Scorpio ini juga tanpa berselindung mengakui menyukai Yusry selain menyifatkan duda kacak
itu memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

"Saya suka dia dan selesa berkawan dengannya. Lagipun, takkan kita berkawan dengan seseorang yang kita tidak suka. Yusry seorang yang serius dan ada masanya pandai buat lawak juga.
"Memang saya akui, ada beberapa ciri lelaki yang saya suka ada padanya. Biasanya, apabila kami berjumpa kami lebih banyak berbual soal kerja, filem dan skrip yang menarik untuk menghasilkan filem. Jarang sekali menyentuh hal peribadi," katanya.

Walla...kalau betullah gossip ni akak memang suka tenguk pasangan kekasih ni. Maya yang cantik jelita dan Yusry yang handsome sungguh. Semuga adalah jodoh mereka berdua. Sesuai kan dengan gelaran yang di beri..

KLIK SINI YER untuk berita selengkapnya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...