OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar taming sari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar taming sari. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 17, 2010

Menara Taming Sari-Tak gayat pun

Dari dulu lagi nak naik Menara Taming Sari.  Selalunya tak sempat. Minggu lepas barulah tertunailah hasrat dihati.

 Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi sebab dari Masjid Tanah kami jalan-jalan di sepanjang pantai Tanjung Kling.  

Berhenti tenguk orang jual ikan, lepak minum kopi kampung, mee goreng dan nasi lemak.  Tenguk nelayan betulkan pukat. 


Geram betul tenguk ikan yang di jual di sepanjang jalan tu segar sungguh terutama ikan parang.  Tapi tak boleh beli sebab takut busuk.
Oleh sebab cuti sekolah,mestilah orang ramai.  Panjang sungguh barisan nak naik keatas.  Kesian gak tenguk orang yang bawa baby.  Ada yang melalak tak tahan panas.  Bila budak melalak riuh rendahlah kat situ dahlah  stress kena beratur panjang.
 Lebih dari 1/2 jam menanti giliran barulah dapat naik.  Lega duk dalam ni
 Anak-anak yang nak naik sangat.  Jadi akak tunaikan hasrat hati anak-anak.
 Seronok tenguk pemandangan dari atas.
Muzium Samudera dah pernah masuk dulu.
 Teringinlah pula Ira nak mengabadikan kenangan kat atas ni.
 Sayup mata memandang tenguk laut Selat Melaka yang membiru
 cantik kan pemandangan dari atas ni..Menara ni pusing sebanyak 2 kali.
 Dah pernah dah naik river cruise tu..kali ni tak naiklah. Tunggu lagi 2-3 tahun.
 Kat sini pun dah pernah jelajah dulu.  Tenguk dari atas udahlah
 barulah tau bentuk bangunan DataranPahlawan Megamall
 Dah sampai bawah.  Jom turun.  Suami tak naik pun sebab dia  kena tunggu dalam kereta..parking penuhlah.
 Bayaran yang patut di bayar jika ingin naik ke Menara Taming Sari ni.  Kalau  bawak anak ramai terutama yang dah besar,rabak gak poket mak atau ayah. 

Pada pendapat anda..mahal ker idak?
 Info tentang Menara Taming Sari

Mula di buka pada 18hb. April 2008. 
Ketinggian 110 meter .
Terletak di Bandar Hilir on Jalan Merdeka, cuma 3 minit jika berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Complex dan Dataran Pahlawan Megamall.
Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut  contact Melaka Taming Sari Berhad at +60-6-2881100 or +60-6-2813366.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...