OOO

Memaparkan catatan dengan label apa ada di melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa ada di melaka. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 17, 2010

Menara Taming Sari-Tak gayat pun

Dari dulu lagi nak naik Menara Taming Sari.  Selalunya tak sempat. Minggu lepas barulah tertunailah hasrat dihati.

 Kami sampai dekat pukul 11.00 pagi sebab dari Masjid Tanah kami jalan-jalan di sepanjang pantai Tanjung Kling.  

Berhenti tenguk orang jual ikan, lepak minum kopi kampung, mee goreng dan nasi lemak.  Tenguk nelayan betulkan pukat. 


Geram betul tenguk ikan yang di jual di sepanjang jalan tu segar sungguh terutama ikan parang.  Tapi tak boleh beli sebab takut busuk.
Oleh sebab cuti sekolah,mestilah orang ramai.  Panjang sungguh barisan nak naik keatas.  Kesian gak tenguk orang yang bawa baby.  Ada yang melalak tak tahan panas.  Bila budak melalak riuh rendahlah kat situ dahlah  stress kena beratur panjang.
 Lebih dari 1/2 jam menanti giliran barulah dapat naik.  Lega duk dalam ni
 Anak-anak yang nak naik sangat.  Jadi akak tunaikan hasrat hati anak-anak.
 Seronok tenguk pemandangan dari atas.
Muzium Samudera dah pernah masuk dulu.
 Teringinlah pula Ira nak mengabadikan kenangan kat atas ni.
 Sayup mata memandang tenguk laut Selat Melaka yang membiru
 cantik kan pemandangan dari atas ni..Menara ni pusing sebanyak 2 kali.
 Dah pernah dah naik river cruise tu..kali ni tak naiklah. Tunggu lagi 2-3 tahun.
 Kat sini pun dah pernah jelajah dulu.  Tenguk dari atas udahlah
 barulah tau bentuk bangunan DataranPahlawan Megamall
 Dah sampai bawah.  Jom turun.  Suami tak naik pun sebab dia  kena tunggu dalam kereta..parking penuhlah.
 Bayaran yang patut di bayar jika ingin naik ke Menara Taming Sari ni.  Kalau  bawak anak ramai terutama yang dah besar,rabak gak poket mak atau ayah. 

Pada pendapat anda..mahal ker idak?
 Info tentang Menara Taming Sari

Mula di buka pada 18hb. April 2008. 
Ketinggian 110 meter .
Terletak di Bandar Hilir on Jalan Merdeka, cuma 3 minit jika berjalan kaki dari Mahkota Parade Shopping Complex dan Dataran Pahlawan Megamall.
Dibuka dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk keterangan lanjut  contact Melaka Taming Sari Berhad at +60-6-2881100 or +60-6-2813366.

Sabtu, Julai 17, 2010

Perigi Hang Tuah..Sejarah, Lagenda Atau Mitos

Mula-mula hb ajak hari Sabtu masa gathring Gengblogger...aduhai akak dah frust dah...sebab memang bersemangat nak jumpa member baru. Alhamdulliah dia dengar pendapat akak..dan tukar ke hari Ahad. Nasib baik akak pujuk baik punya sampai dia ikut kata akak. Kalau idak tak merasa keluar muka dalam suratkhabar Kosmo.
Kami bertolak agak lambat. Dalam pukul 11.00 pagi..almaklumlah hari minggu kan hari bangun lambat.  Sampai kat Air Kroh perut dah lapar.  Ajak suami makan dulu di sini..tak nak susahkan kakak ipar dan anak beranak dia.  Beliau baru ajer balik dari hospital melaka.
Memang berbaloilah makan kat sini..sedap dan murah...ada kari kambing, sup kambing, ayam kicap, sayur dan masak lemak pisang muda.  Kedai makan ni lebihkurang 2 km sebelum sampai ke simpang nak gi ke Perigi Hang Tuah
Semua ni termasuk cendul ..nasi untuk  3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak (nasi ayam) tak sampai RM50.00 ..berbaloi sungguh.  Oleh sebab rumah kakak ipar dekat dengan Perigi Hang Tuah akak ajak suami singgah kejap..dah lama tak pergi...dulu pernah pergi sekali...tapi tak ada kamera..lagipun Yana nak beli barang kat situ
 Sumber : Wikipedia
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.

Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Dulu kat langkawi pun Imran dah cuber ambil air di perigi kat sini pun dia nak cuber jugak..org tak pernah jumpa perigi lah katakan...excited sungguh...mak dia pun sibuk nak interframe..akak taklah nak ambil air perigi buat ubat.  basuh ajer muka akak dan imran...air dia taklah sejuk sangat..
 
Nak naik Rumah Tradisional Melayu Melaka kena bayar RM1.00.....murah kan..semua naik tenguk khazanah lama..seronok tenguk khazanah lama yang tersimpan kat rumah ini
Nak buktikan akak pernah masuk kat umah ni..kenalah snap kan.
tudung senget..tak perasan..
 Imran ambil kesempatan try pukul beduk...manalah ada orang pukul beduk lagi kat bandardia excitedlah nak mencuber dengan bimbingan ayah dia
Bakal peserta gadis melayu anjuran tv9..kah...kah..kah..mak dia berangan lagi....sebenar akak suker tenguk tangga melaka ni...berwarna warni
Yana beli nak bawak balik india..dia nak buat kueh melaka aka ondeh-ondeh, sambal tumis dan sambal belacan..dalam bungkusan tu cencaluk..
ada keturunan orang melaka..cencaluk mana boleh tinggal kat india pun dia nak makan..kalaulah rakyat india tenguk cencaluk ni mesti dia orang hairan kan.

Lepas tu kami ke rumah kakak ipar. Ya Allah sayunya rasa hati melihat dia dah tinggal tulang ajer.  Ashik kena kimoterapi sebab ada penyakit kanser (limfoma-entah betul ker idak ejaan idak) Menangis dia melihat kedatangan kami.  Semuga beliau cepat sembuh.

Rabu, Mei 19, 2010

Last Part gi Melaka

Lepas beli coconut shake kat Klebang...kami minum sikit ajer..sebab kenyang lagi..baru lepas makan ....kami terus check in kat Hotel Sri Malaysia di Air Keroh...suker gi sini sebab bersih...lagipun ramai orang islam..menginap kat sini...harga pun tak mahal sangat.
tak ada minuman keras..pemandangan pun cantik..
 
yang paling penting ada kolam renanglah..sebab 2 orang budak kecik suka mandi manda.....akak dan driver aka manager aka firdaus lepak..titun dalam bilik..Imran pulak ..Ira tolong jaga.sebab dia boleh berenang.
yang paling best sekarang tak payah bawak iron..semua di sediakan
cuma nak basuh dan keringkan kain baju ajer kena bayar ..yang  bagus  sebab ada wifi
lepas maghrib kami gi ke klebang lagi..kali ni tak perasan kat mana..dulu pernah makan kat sini dulu..masa tu duduk kat Shah Beach Motel di Tanjung Kling..restoren ni depan sikit dari motel ni..tak perasan apa nama restoren ni..dan nama jalan..
Tapi tahulah nak gi sana tu....agak jauh jugak dari Air Kroh..makan masa 30-40 minit nak gi ke situ..jauh-jauh pun sebab sedap dan murah..beli satay kat kedai sebelah..makan..minum dan beli satay tak sampai RM40.00..

Dalam perjalanan balik beli belacan, cencaluk dan makanan ringan..murah tau beli tepi jalan klebang ni..murah dari kat bandar.

Hari Ahad..lepak..malas nak jejalan sebab nak balik cepat ...lepas   Ira dan Imran  mandi mandi....kami bertolak balik ke Kuala Lumpur..hujan lebat  pulak tu sepanjang perjalanan...tak boleh bawak laju..


Alhamdulliah sampai cepat  dalam pukul 3.00 petang dan lepas tu akak kerahkan Russhdi hantar balik Ira ke asrama di Rawang.
Memang nak gi lagi ke melaka..sebab ada yang belum tertunailah hasrat dihati lagi..lagi pun akak pun ada jugak darah keturunan melaka..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...