Lepas makan tengahari di A' Cafe ARHAB Restaurant, kami jejalan kat sini. Kami parking tepi jalan pastu jalan kaki
hari Jumaat cuti pun kena gak bayar BD1.00
Galeri Seni pun tutup..kamu jejalan ajer kat belakang galeri ni
Salah satu tempat lepak ....alahai ramai aa pekerja asing sedang lepak-lepak kat sini
Kat belakang galeri seni ni boleh tenguk pemandangan Kampung Ayer yang terkenal dan menjadi mercu tanda bagi Negara Brunei.
Walaupun nampak cam biasa ajer tapi sebenarnya banyak kemudahan yang di sediakan di sini. Kat dalam rumah pun banyak barangan mewah tau
Kena cari member blogger Brunei yang duk kat Kampung Ayer baru akak letak gambar kan :)
Walaupun air sungai nampak keruh tapi tempat ni memang bersih, suka tenguk gelagat pemandu dan penumpang bot ni.Oleh sebab hari dah petang, kami tak naik punbot ni lagi pun harganya boleh tahan mahal..satu kepala BD15.00.
Kami 4 orang dah berapa dah kan..tukaran wang mahal dah dekat seratus lebih.
Kami balik semula menghala ke Jalan Sultan tempat kami makan tengahari
Sempat singgah kat kedai kain..sajer jamu mata
Banyak tempat menarik tutup..kami gi salah timing.


