OOO

Memaparkan catatan dengan label hanis zalikha/hanis zalikha cun/model hanis zalikha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hanis zalikha/hanis zalikha cun/model hanis zalikha. Papar semua catatan

Khamis, Jun 23, 2011

Lagi Kisah Di Oreo Daddy Dunk

Amboi manager akak ni..kelaparan ker..
Aaron Aziz, isteri dan anak-anak. Anak kecik dia tak ada kat atas pentas,mungkin meragam sebab panas kat situ. Bukan dia sajer yang meragam, ramai lagi baby yang rimas disebabkan tempat tu tak selesa.
Habis ajer games, sape yang nak tandatangan Aaron kena beratur, fuhhh panjang sungguh barisan dek penangan nak jumpa dengan Seth Tan ni. Akak suruh Imran beratur tapi disebnabkan dia budak kecik, ramai pulak yang potong barisan.

Yang buat geram dahlah penat beratur tiba-tiba sessi tu di tamatkan..penat ajer buang masa ek. Tak kuasa akak nak beratur balik bila sessi petang. Baik akak gi makan.
Jumpa tali baruts akak Eyriqazz aka Mat Tiger, Hazman dan ahli barut yang baru sain borang Kid
Pastu DJ DJ dari Sinar FM pula naik kepentas..sebelum tu akak ambil kesempatan bergambar dengan Khairil Rashid
Salih Yaacob aka Mak Neng aka Abang Jem baru datang..terlambat sebab banyak urusan yer Abang Jem.
Mai jap abang jem, nak tenguk hidung jap..erhmmm nasib baik tak tertarik ...kalau idak..nahas kau..nanti akak tertarik akak suruh Yana pulak kawin dengan abang Jem..ish mana boleh dah cukup kuota
Sibuk ajer budak-budak ni..tak kasi can mak dia.
Imran sibuk nak naik benda ni
Imran naik lagi ke pentas bersama-sama anak Redmummy..putarrrrrrrr

Rabu, Mei 25, 2011

Mee Rojak

Tak pernah buat pun mee rojak ni.  Kalau teringin akak beli ajer.  Bila jejalan kat rumah Nani  mak si Hanis Zalika tu akak ternampak ada resepi mee rojak ni.  Macam sedap ajer dan kebetulan ada bahan kat rumah walaupun tak cukup lengkap sebab nak clearkan stok sebab nak jejalan ke uk. Buat pun sebelum pergi tapi tak sempat nak update.
Akak pernah jumpa sekali Nani masa tahun lepas.  Lawanya dia, al maklumlah bekas model mestilah pandai jaga badan.

Kalau nak buat masakan camni biarlah semua anak ada kat rumah, berbaloi sebab renyah gak nak membuatnya seorang diri.

Bahan-bahan
1kg mee kuning (celur)
1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan untuk di kisar dan ditumis:-
10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu udang kering

Bahan perisa :-
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 cawan cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1sudu makan garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis 
  • akak tambah-1 gelang gula melaka
Cara menyediakannya
  1. Kisar dan tumis sehingga naik bau. 
  2. Masukkan bahan perisa. 
  3. Masukkan kacang tanah, biji bijan , gula melaka, keledek dan air. 
  4. Biar mendidih dan angkat.
Bahan bahan hiasan :-
  • Timun-tak letak
  • taugeh-tak letak
  • telur rebus
  • cucur udang
  • tauhu goreng
  • limau kasturi
Resepi Cucur Udang Nanirostam

Bahan-bahan
  • 200 gram tepung gandum
  • 320ml air
  • 5 ekor udang besar (buang kulit dan potong kecil-kecil)
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 biji cili merah/hijau
  • 1 biji cili padi-tak letak
  • sedikit daun sup
  • garam dan serbuk perasa secukup rasa
  • secubit (sangat sedikit) soda bikarbonat/kalau tak mahu pun ok.

Cara menyediakannya
  1. Tuang air kedalam tepung sedikit demi sedikit agar bancuhan tidak berketul.
  2. Masukkan bawang, cili merah/padi, daun sup dan udang yang telah di hiris. 
  3. Masukkan soda, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak agak banyak, masukkan bancuhan tadi dengan menggunakan sudu makan.
  5. Goreng hingga masak kekuningan

Isnin, Disember 13, 2010

Terima Kasih Encik Mazidul Akmal Sidik

Semalam baru ajer buat N3 pasal Mazidul Akmal Sidik intai blog akak. Pagi tadi bila check kat ruangan komen , beliau sudi komen kat bawah N3. Rasa bangga jap dan terharu sebab beliau sudi nak tinggalkan komen. Kan Mazidul ni orang fofolur.

Ingatkan orang fofolur malas nak blogwalking . Rupernya beliau tak sebegitu. Rajin gak nak gi ke blog akak yang biasa-biasa ajer ni.

Sebab akak ni taklah sefofolur Maher Zain, Justin Beiber, Lee Min Jo (artis Korea) , Arwah Din Beramboi, Adam Lambert dan Paul Tan.

Akak taklah secantik Hanis Zalikha, Luna Maya, Lady Gaga ataupun Siti Nurhaliza tapi Mazidul Akmal tak pandang tu semua. Baguslah camtu.

Alhamdulliah pagi ni tenguk blog akak dah tersenarai dah dalam senarai Sahabat Bloggers di blog beliau.

Terima kasih buat Encik Mazidul Akmal . Memang tak sangka blog akak melepasi syarat yang beliau berikan. Tenguk kat ruangan komen ramai betul yang berharap dapat termasuk dalam senarai sahabat bloggers. Sape yang tak nak di linkkan di blog orang fofolur. Semua nak kan..jangan nak tipu.

Oh yer.. Hari Sabtu ni ada gath dengan beliau. Siapa yang nak hadir di persilakan.

Akak kena minta kebenaran dari suami akak. Kalau beliau benarkan, insyallah akak akan datang.

Jumaat, Disember 03, 2010

Ingat Eriqazz ajer ker ambil gambar dengan Hanis Zalikha!!!

Dek kerana tahap kejelousan melampau-lampau kat N3 http://www.eyriqazz.com/2010/12/hanis-zalikha-yang-hot.html. Gambar dah ada dari malam semalam tapi malas nak buat N3.

Tapi pagi ni hati akak panas terbakar dan akak pun dengan semangat berkobar-kobar nak tunjuk yang my manager aka anak akak Firdaus pun ambil gambar dengan Hanis Zalikha.
Lepas ni manager akak nak ambil kerja part time jaga aka pengawal peribadi Hanis Zalikha dari di kejar-kejar dek Eyriqazz dan tali barut yang lain.

Sebenarnya semalam mereka dan kira-kira 50 orang lain join event
Nuffnang dan Event Nokia Ovi Store di KDU Damansara. Akak malas nak join pasal akak bukannya pandai nak buat benda ni semua. Kebetulan pulak ada orang order kukis 300 keping.

Kebetulan Hanis Zalikha pun ada. Apa lagi kelam kabutlah peminat dia terutama peminat fanatik Eyriqazz nak bergambar berdua. Tertunailah hasrat di hati beliau.
Dia tak leh peluk pun Hanis Zalikha tu..akak siap kiss and hugs dia tau. Tau apa pewangi yang dia pakai..tau mak dia drive kereta apa...berlagak weiii..geram punya pasal dengan budak tu.

Nak tau akak jumpa kat mana..gi ke vaseline launchinglah. (klik ajer)

p/s Tapi kan Firdaus pulak kata...


Mak..Lisa Surihani gak yang lawa
(dia peminat fanatik Lisa).


Tulah manusia , rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita suka ini, dia suka itu. Tak sama kegemaran dan minat masing-masing. Betul tak?

Selasa, Jun 22, 2010

Bestnya dapat pergi Vaseline Amazing Skin Media Brunch(Jumpa Hanis Zulaikha, Dapne King dan Jojo)

Tadi gi ke Jalan Damai..dapat jemputan pasal losyen Vaseline...puas mencari jalan tu...nama ajer duduk kat kl...tapi tak jumpa-jumpa..akhirnya tanya orang teksi...rupernya dekat dengan Balai Polis Tun Razak...ishhhh sabar ajerlah..

 Event ni dibuat kat Villa Manja ..tempat spa...cantik sungguh
 semua yang hadir dapat merasai urutan percuma selama 10 minit...sedapnya di urut..
Ingatkan lambat sampai rupernya tidak..acara belum bermula lagi..vaseline..sape yang tak tahu tentang losyen ni..
 product yang telah ada dari tahun 1870 lagi..over 130 yearslah...tenguk berapa punya lama..mutu yang di percayai kan..

Dah tua-tua ni kena pakai losyen kalau idak kulit kering...kenalah haragai kulit kita..bukan sajer kena jaga muka tapi seluruh badan yer.  Jadi kenalah jaga kulit kita supaya sentiasa lembab.

 Recognising the need for daily hydration and replenishment, Vaseline the expert skin care brand for over a century unveiled its amazing skin care range with the best products designed to meet specific skin care needs.

Empat losyen vaseline yang baru ialah total moisture, intensive rescue, aloe cool and fresh dan healthy white.  Melindungi kulit selama 24 jam untuk kulit yang lembap dan sehat.  Di jual di farmasi dan supermarket dari harga RM3.90 to RM18.10 dengan pack sizes 120ml, 250ml dan 400ml.
 masuk-masuk ajer nampak  pasangan kekasih ni..takkan  blogger tak kenal t? baju biru ajer akak tak kenal..haruslah akak perkenalkan diri...nanti barulah banyak bufferd earnings masuk ke blog ..ahaksss....
kenalah kipas sikit si timothytiah dan My hello  kitty dia si Audrey  bersama  Ray Gionoo, Senior Brand Manager of Vaseline
 ishhh best betul  jumpa wartawan...pastu jumpa blogger Faizah,
Zaiton  dari Mingguan Wanita dan Intan Jastina dari Majallah Pa & Ma
apasallah mereka tak tanya akak  pasal blogging ek..
mesti akak boleh jawab..ada jugak wartawan dari akhbar sinar harian nama dia Gee..bila akak cerita berblogging boleh dapat duit..dia tak percaya...
  Nani Rostam ibu Hanis Zalikha..pandai buat kek coklat...cunnnlah..

 like mother like dotter..muda belia lagi Hanis ni lagi..
tengah ambil diploma..diploma apa..luper nak tanya..
 Emcee si Jojo yang cantik jelita
sessi cakap-cakap pasal pengalaman pakai vaseline.....tips dan 
rahsia kecantikan mereka...blogger Kimberly Cun -Narcissism is Necessary.  Ibu Kimberly telah menggunakan vaseline dari muda dan kemudian Kimberley pula menggunakannya..kiranya dari generasi ke generasi..
Dapne Iking, model, television personality, actress dan pengacara The Breakfast Show on ntv 7  pula bercerita tentang tips dan kecantikan beliau dan beliau memang menginginkan kulit yang cantik dan lembab kerana beliau selalu ke lokasi  dan setiap hari beliau memastikan beliau menggunakan losyen setiap hari.

Sebab itu penting bagi wanita untuk memahami keperluan kulit mereka agar sentiasa lembap kerana masa tak akan berulang kembali.  Di awal usia 20..an kulit beliau kelihatan sangat cantik walaupun apa yang beliau lakukan, tetapi harus di akui, saya telah mengabaikan keperluan kulit saya dan ini mula menunjukkan saya mesti menjaga seluruh badan saya..kata beliau.



Zalina Markisan Mecja..seorang wanita yang berkerjaya dan mempunyai 3 orang anak pula bercerita beliau memang menyimpan sebotol losyen di pejabat kerna kulit beliau kering terkena air cond.

Wanita cuma cenderung menghargai kulit mereka selepas proses penuaan yang biasanya bermula di leher dan tangan. Kulit orang dewasa sudah pasti mempunyai keperluan yang berbeza dan tidak terlambat untuk menggunakannya secara harian untuk mengoptimum kulit anda.

 Ada juga blogger lain...tapi eksyen lah..tak  nak kawan sudah..nama kau Dollah..ada aku kisah..dia pakai keta mercedes..akak pakai keta murah..mana layak dia nak berkawan dengan akak...(chewah dah tua ni cepat no sensitif)
tapi best betullah blogger yang ni  Faizahsuker tenguk kulit muker dia..licin ...sharelah rahsia kecantikan kamu tu..dengan akak

Yana!!!! Mak peluk Hanis Zalikha

Yana minat giler dengan model cantik ni...Hanis Zalikha..dia yang sibuk suruh akak baca blog awek lawa ni...
Bila tenguk blog beliau wowwwww....memang meriah dan happenning...lawa dan educated...mak dia pun cun..selama ni tenguk gambar Hanis kat blog dia ajer....wah tadi best dan gembiranya rasa hati....

sebab akak dapat peluk dia hari ni...tertunailah hasrat dihatiapasal muker akak macam terkezutttt..sebab mungkin tak sangka kot dapat jumpa dia .....ish..rugi tak senyum cam Hanis..kalau idak mesti glam kannnn

Jangan jelous yer eyriqazz (peminat setia Hanis Zalikha)....


Bila? Dimana? Tungguuuuuuuuuu

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...