OOO

Memaparkan catatan dengan label kak ina kl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kak ina kl. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 03, 2010

Ingat Eriqazz ajer ker ambil gambar dengan Hanis Zalikha!!!

Dek kerana tahap kejelousan melampau-lampau kat N3 http://www.eyriqazz.com/2010/12/hanis-zalikha-yang-hot.html. Gambar dah ada dari malam semalam tapi malas nak buat N3.

Tapi pagi ni hati akak panas terbakar dan akak pun dengan semangat berkobar-kobar nak tunjuk yang my manager aka anak akak Firdaus pun ambil gambar dengan Hanis Zalikha.
Lepas ni manager akak nak ambil kerja part time jaga aka pengawal peribadi Hanis Zalikha dari di kejar-kejar dek Eyriqazz dan tali barut yang lain.

Sebenarnya semalam mereka dan kira-kira 50 orang lain join event
Nuffnang dan Event Nokia Ovi Store di KDU Damansara. Akak malas nak join pasal akak bukannya pandai nak buat benda ni semua. Kebetulan pulak ada orang order kukis 300 keping.

Kebetulan Hanis Zalikha pun ada. Apa lagi kelam kabutlah peminat dia terutama peminat fanatik Eyriqazz nak bergambar berdua. Tertunailah hasrat di hati beliau.
Dia tak leh peluk pun Hanis Zalikha tu..akak siap kiss and hugs dia tau. Tau apa pewangi yang dia pakai..tau mak dia drive kereta apa...berlagak weiii..geram punya pasal dengan budak tu.

Nak tau akak jumpa kat mana..gi ke vaseline launchinglah. (klik ajer)

p/s Tapi kan Firdaus pulak kata...


Mak..Lisa Surihani gak yang lawa
(dia peminat fanatik Lisa).


Tulah manusia , rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kita suka ini, dia suka itu. Tak sama kegemaran dan minat masing-masing. Betul tak?

Jumaat, November 19, 2010

Pump Up the Volume-Hentikan Penderaan Kanak-Kanak

Akak pergi ke Pump Up the Volume , Get On Board, Stop the Child Abuse anjuran bersama oleh ChurpChurp bersama eyriqazz Nasib baiklah ada dia, kalau idak memang tak ada member nak pot pet.


Suka mendengar celoteh Datin Paduka Marina Mahathir

Besok hari Sabtu 20hb November 2010 ada
Universal Children's Day - Family Fun Day di One Utama
Niki Cheong bertanya jika anak-anak yang gagal mendapat semua A dalam peperiksaan dan di marahi oleh ibubapa dan guru ..adakah itu salah satu penderaan?

Pada pendapat akak, memang satu penderaan mental sebab kebanyakkan kanak-kanak di zaman sekarang ni dipaksa pergi ke kelas tambahan oleh ibubapa (terutama ibu) sebab hendak anak tu berjaya dan cemerlang. Sampai anak-anak tension sehingga tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak dengan sewajarnya. Setiap Sabtu dan Ahad pun ada kelas tambahan..ataupun kelas piano, kelas tae kwan do dan macam-macam kelas lagi.

Jika di perhatikan di negara Jepun, Singapura dan China ramai kanak-kanak yang tidak mendapat keputusan yang terbaik akan membunuh diri kerana takut di marahi oleh ibubapa dan mereka merasakan mereka bodoh.
Bertuahnya dapat bergambar Bersama Datin Paduka Marina Mahathir

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...