OOO

Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Khamis, Julai 18, 2019

BUNGA ROS LE CIEL BLEU/LE CIEL BLUE ROSE

Assalammualaikum semua

Pertengahan bulan Julai 2019 ni bunga ros sedang berbunga.  

Ada 3 jenis pokok yang galak berbunga dan ada satu yang kojol.πŸ˜”

Sedihnya bila pokok bunga ros  party ranunculus terkena penyakit dan mati kekeringan.  Nasib baiklah akak ada abadikan dalam blog akak buat kenangan.  Sedih sebab bunganya berwarna warni.  Redha ajerlahπŸ˜₯

Memang agak payah menjaga bunga ros ni, banyak yang perlu di jaga.πŸ˜’

Salah satu pokok bunga ros yang mula berbunga sekarang ni ialah Le Ciel Bleu , alahai terpeleot lidah nak menyebutnya. 😍



Seperti namanya yang begitu mempesona, bunga ros ni memang cantik.😍

Maksud bunga ini ialah Langit Biru terjemahan dari Bahasa Perancis.  

Di ilhamkan dari lagu terkenal Chanson iaitu The Song of Love.

Bunga ni dalam gambar macam pink kan, sebenarnya warnanya ungu muda.  


Selasa, Julai 09, 2019

BUNGA ROS JULIE ANDRIEN/JULIE ANDRIEN ROSE


Assalammualaikum semua

Bila dah jatuh cinta dengan kecantikkan bunga ros, memang nak akan ambil gambar terutama bila pertama kali berbunga.

Rasa berbaloi dengan duit dan masa yang di gunakan untuk menghidupkan bunga ros ini.

Masa beli dari Johor,penjual memang pos pokok ros dengan sedikit tanah sahaja untuk menjimatkan kos pos.

Bila sampai akak memang buang semua daun yang ada, tanam semula dalam pasu dan di baja dan di jaga dengan kasih sayang pada bulan puasa yang lalu.

 Alhamdulliah pertama kali bunga ros julie andrien ni berbunga mengeluarkan 4 kuntum bunga yang sungguh cantik.  Setelah sebulan menjaganya akhirnya keluar juga bunga ros yang di tunggu tunggu.
 Dah tentu bunga yang cantik memjadi pujaan seperti mana jua gadis yang menjadi pujaan jika ianya cantik.
 suka sangat dengan warna warni bunga ini
Semuga terus berbunga bunga ros kesayangan 

Sabtu, Oktober 07, 2017

KUMPUL TIN-HOBI BARU

Assalamualaikum semua


Dah masuk peringkat nenek nenek ni kan, dah mula dah kumpul barang.  Jangan penuh satu rumah sudahlah.

Dulu suka kumpul barang tembaga
patu pinggan mangkuk lama termasuk bekas kuih
Sekarang ni tinlah pulak, ala baru sikit jer

Dah ada dah sikit sikit, pelan pelan lah kan, lama jadi bukit gak sampai tak tau nak letak mana.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...