OOO

Memaparkan catatan dengan label bunga ros. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bunga ros. Papar semua catatan

Khamis, Julai 18, 2019

BUNGA ROS LE CIEL BLEU/LE CIEL BLUE ROSE

Assalammualaikum semua

Pertengahan bulan Julai 2019 ni bunga ros sedang berbunga.  

Ada 3 jenis pokok yang galak berbunga dan ada satu yang kojol.๐Ÿ˜”

Sedihnya bila pokok bunga ros  party ranunculus terkena penyakit dan mati kekeringan.  Nasib baiklah akak ada abadikan dalam blog akak buat kenangan.  Sedih sebab bunganya berwarna warni.  Redha ajerlah๐Ÿ˜ฅ

Memang agak payah menjaga bunga ros ni, banyak yang perlu di jaga.๐Ÿ˜’

Salah satu pokok bunga ros yang mula berbunga sekarang ni ialah Le Ciel Bleu , alahai terpeleot lidah nak menyebutnya. ๐Ÿ˜



Seperti namanya yang begitu mempesona, bunga ros ni memang cantik.๐Ÿ˜

Maksud bunga ini ialah Langit Biru terjemahan dari Bahasa Perancis.  

Di ilhamkan dari lagu terkenal Chanson iaitu The Song of Love.

Bunga ni dalam gambar macam pink kan, sebenarnya warnanya ungu muda.  


Selasa, Julai 09, 2019

BUNGA ROS JULIE ANDRIEN/JULIE ANDRIEN ROSE


Assalammualaikum semua

Bila dah jatuh cinta dengan kecantikkan bunga ros, memang nak akan ambil gambar terutama bila pertama kali berbunga.

Rasa berbaloi dengan duit dan masa yang di gunakan untuk menghidupkan bunga ros ini.

Masa beli dari Johor,penjual memang pos pokok ros dengan sedikit tanah sahaja untuk menjimatkan kos pos.

Bila sampai akak memang buang semua daun yang ada, tanam semula dalam pasu dan di baja dan di jaga dengan kasih sayang pada bulan puasa yang lalu.

 Alhamdulliah pertama kali bunga ros julie andrien ni berbunga mengeluarkan 4 kuntum bunga yang sungguh cantik.  Setelah sebulan menjaganya akhirnya keluar juga bunga ros yang di tunggu tunggu.
 Dah tentu bunga yang cantik memjadi pujaan seperti mana jua gadis yang menjadi pujaan jika ianya cantik.
 suka sangat dengan warna warni bunga ini
Semuga terus berbunga bunga ros kesayangan 

Jumaat, April 05, 2019

ROSE RANUNCULA/ROSE PARTY RANUNCULUS/BUNGA ROS RANUNCULA

Assalammualaikum semua

Bila dah mula terjebak nak bela ros barulah tau banyak juga id ros ni. Hari Sabtu lepas akak pergilah ke satu nursery di Seremban 2 bersama Aiman cucu akak.

Bila sampai kat sana, mak aiii rambang mata dibuatnya bila tenguk pokok bunga ros macam macam warna ada.

Akak rembat 4 jenis yang ada id, nak bela dulu tenguk tangan sejuk ataupun tangan panas.

Salah satunya ialah pokok ros ranuncula, bunganya kecil sahaja tapi bila ambik gambar baru nampak kecantikan bunga ros ini.

Hasil dari google bunga Rose 'Ranuncula' atau party ranunculus dinamakan begitu kerana persamaannya dengan bunga Ranuncula dan dengan kelopak belang yang cantik dan tahan lama sehingga tiga minggu.

Bunga ni tak wangi cuma terserlah warnnya sahaja.

Semuga bunga ros ranuncula/rose ranunculus ni akan tumbuh subur di kebun mini akak.

Isnin, Mac 11, 2019

TIPS JAGA BUNGA ROS BARU BELI DARI NURSERY

Assalammualaikum semua

Bila anak anak dah besar dan mula bekerja, maka tinggallah ibu kesunyian.  Bila boring kena cari hobi baru.

Kali ni cuba belajar jaga pokok bunga ros.  Orang kata bunga ros ni agak manja dan payah di jaga.
Akak google cara caranya dan cuba praktikkan.  Alhamdulliah ros akak masih mengeluarkan bunga.

Bunga ros kecil ni akak beli kat Pasar Tani BBST. Masa beli pokok ni dalam pasu kecil, akak dah alihkan dalam pasu besar.

Pokok ros kedua, bila beli di nursery harga RM10, bunga cuma ada sekuntum, 
pastu batang cekeding ajer.  
Bagaimana menjaga bunga yang baru dibeli di tapak semaian?

Selalunya akak akan pindahkan kedalam pasu yang besar sikit.


Masukkan tanah (boleh beli di tapak semaian), sedikit baja, biarkan lubang kosong di tengah dan masukkan bunga yang baru dibeli tadi dengan tanahnya sekali.


Jika anda beli bunga dalam pek poli, gunting ajer  plastik tu kemudian masukkan pokok ros tadi dengan tanah sekali.


Yang ni akak order kat nursery, ros bunga besar, 
baru pindahkan ke dalam pasu.

Setelah pokok duduk cantik dalam pasu, timbuskan tanah keliling pokok tersebut termasuk tambahkan sedikit agar menutupi tanah asal yang memang lekat dengan pokok tadi.

Kemudian siram seperti biasa. Jangan terlalu banyak air.

Pastikan pokok ini di letakkan pada tempat yang redup dahulu buat beberapa hari atau satu pun paling lama satu minggu. 

Ia bertujuan agar pokok dapat menerima rumah baru (pasu) dan tempat baru.

Pastu baru kenakan cahaya matahari sekurang kurangnya 4-6 jam setiap hari.

๐Ÿ˜Moga info ini membantu anda semua.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...