OOO

Memaparkan catatan dengan label ikan di miri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan di miri. Papar semua catatan

Isnin, Mei 12, 2014

Ikan Segar Di Miri

Assalammualaikum semua
Yang seronoknya duk kat Miri ni boleh makan ikan baru naik..dah tentulah segar bugar dan rasanya memang manis.
Bila nelayan turunkan ikan, peraih akan asingkan ikan ikut jenis.  
Ramai yang suka beli kat sini..harga pula ikut jenis ikan.
Ikan mayong@duri ..tak tau ikan apa sebelah kanan
Banyak ikan pelik pelik tapi akak tek beli sebab tak tau nak masak apa..akak terus ambik ikan terubuk segar ni..satu buat bakar, satu lagi buat masak asam
Ikan kelapak  orang sini panggil..kat sana 
akak tak tau apa namanya.  
Tapi bukan selalu ada jual ikan kat sini..ikut nasib. Ikan ni akak jumpa di Bekenu

yang ni ikan sungai


Khamis, Disember 26, 2013

Jalan Jalan Cari Ikan

Bukan jalan jalan cari makan tapi jalan jalan cari ikan.  Akak memang suka ke pasar beli barangan mentah sebab suami lebih suka makan kat umah.

Sebab tekak akak ni lorat sangat..kadang makan kat luar rasa cam tak puas hati sebab kadang kala rasanya kurang umphh tapi harga mahal sungguh.

 kat tepi jalan ..geram ikan fresh aa
Memang buntu tak tau nak gi mana beli ikan dan sewaktunya..al maklumlah pertama kali ke sini.

Nasib baik ada blogger Alongroz sungguh tunjukkan tempat beli ikan fresh dan keperluan yang lain.  Belanja akak makan mee rebus dulu sebelum ke sini dan ke sinun.

Kat Miri ni tempat beli ayam dan daging cuma ada satu tempat yang di yakini halal.  Kalau nak beli ayam kat tempat lain..daging kat tempat lain.

Ayam dekat RM10 sekilo, besar pulak tu..akak bukan suka ayam besar besar tapi nak buat camni, ni ajer pilihan yang ada.  Kadangkala beli sayap/drummet jenama ramli walaupun harga RM20 lebih se paket.

Payah nak jumpa daging fresh yang di jual di tepi jalan macam kat Kuala Lumpur, cuma ada satu supermarket ajer yang ada daging australia.  Harga daging lembut/batang pinang RM40 lebih sekg.  

Pengsan bangun balik tenguk harga daging kat sini.  Kalau dapat tau tempat jual daging tempatan tentu best..along selalunya bawa balik daging tempatan beku berkilo kilo  dari kampung beliau di Semenanjung ke sini.  Kadang kala beliau beli kat Brunei..hermm kena gak masuk Brunei lah kalau camni.

Terima kasih Along sudi membantu akak dalam banyak hal terutama mengenai sekolah dan rumah sewa akak.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...