OOO

Memaparkan catatan dengan label miri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label miri. Papar semua catatan

Rabu, April 22, 2015

Selamat Tinggal Miri

Assalammualaikum

Rupanya ada yang tak tau yang kami sekeluarga dah balik ke Semenanjung pada bulan Febuari yang lalu.  Akak cuma pos gambar orang packing barang kat fb akak, tapi ada gak yang tak perasan.  Pastu akak tukar pulak no hp, lost contactlah akak dengan rakan rakan.
Sebelum pulang ada rakan suami buat majlis makan makan dengan rakan-rakan sekerja.  Buat sekali untuk 2 orang staff yang pulang juga. 
Keluarga ni baru sampai, duk pulak dekat rumah akak.  Cuma berkenalan sebentar ajer, tak sempat nak bawa gi sana dan sinum.
Semuga berjumpa kembali di Semenanjung yer. Terima kasih buat tuan rumah yang bersusah payah buat jamuan untuk kami.

Banyak kenangan manis yang terpahat di ingatan, dapat pula jumpa rakan-rakan Semenanjung dan juga anak watan Sarawak.  Semuga persahabatan kita akan berkekalan selama-lamanya.

N3 mengenai Miri dan jalan-jalan ada yang akak belum update lagi.  Nanti akak publish yer.

Isnin, Januari 12, 2015

Pasar Tamu Kedayan Miri

Assalammualaikum 


Macam biasa orang perempuan terutama mak-mak, makcik dan nenek suka gi ke pasar cam akak juga. 

Selain dari Tamu Muhibbah akak suka gak pergi ke Tamu Kedayan di  Centre Point Commercial Area. Kat sini lebih meriah dan ramai penjaja bila tiba hari Minggu, akak selalu pegi pepagi sebab nak cari parking dekat.  

daging biawak..mahai tau RM15.00 sekilo

Peniaga yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan menjual pelbagai bahan masakan, pelbagai jenis ikan sungai, kueh mueh, buah buahan dan sayur sayuran dan ada juga daging binatang yang susah nak jumpa tapi sayangnya kebanyakan yang jual daging rusa, pelanduk bukan peniaga islam. 
Setiap minggu barangan yang di jual kadang kala berlainan, kadang kala sama.  Burung puyuh, terung asam dan pelbagai bentuk labu, ada yang panjang dan ada yang bulat.
Kadangkala ada lokan, ikut musim gak, ikan kering dan ikan salai pun ada di jual tapi akak kurang minat ikan salai kat sini, mereka salai kering sangat tak macam kat semenanjung, cam keropok pula bila di makan.
Buah kelubi dan ulat sagu, seronok gi sini sebab barang niaga segar dan dapat tenguk telatah peniaga, ada ambik gambar daging pelanduk yang di jual oleh peniaga bukan islam, tapi bila balik gambar tak ada pulak..misteri nusantara lah pulak.

Alamat
Pasar Tamu Kedayan
Centrepoint, 
98000 Miri, Sarawak

Jumaat, Mei 23, 2014

Restoran Ir-One Piasau Jaya Miri

As'salammualaikum

Kalau mengada-gada tak nak masak, akak ajak suami makan kat luar.  Kat area Piasau banyak kedai makan islam, kami selalu gak gi makan kat area sini.
Nasi beryani ayam masak merah, tak ada pepedum 
cuma keropok sayur.  Kat sini pepedum 
harganya sekali ganda tau
Nasi kerabu lauk ayam tapi bukan warna birulah.  Bukan keropok ikan cuma keropok sayur sebab susah nak jumpa keropok ikan kelantan/terengganu kat sini.  Kalau ada pun mahal tau, akak selalu beli kat kl ataupun kirim dengan geng terengganu yang tolong belikan.
Nasi beryani kambing bakar, kena tunggu lama sikit sebab nak bakar kambing tu.  Harganya mahal sikit sebab lamb shoulder ni memang mahai kan.  Kira oklah sebab harga makanan kat sini taklah mahal sangat
Tempat makan kedai warna merah  kat sebelah kedai runcit, papan tanda tulis kek lapis.  

Menghala ke Jalan Bulatan, di simpang masuk ada papan tanda kedai dobi, terletak di Piasau Jaya, Fasa Satu 98000 Miri Sarawak

Isnin, Mei 12, 2014

Ikan Segar Di Miri

Assalammualaikum semua
Yang seronoknya duk kat Miri ni boleh makan ikan baru naik..dah tentulah segar bugar dan rasanya memang manis.
Bila nelayan turunkan ikan, peraih akan asingkan ikan ikut jenis.  
Ramai yang suka beli kat sini..harga pula ikut jenis ikan.
Ikan mayong@duri ..tak tau ikan apa sebelah kanan
Banyak ikan pelik pelik tapi akak tek beli sebab tak tau nak masak apa..akak terus ambik ikan terubuk segar ni..satu buat bakar, satu lagi buat masak asam
Ikan kelapak  orang sini panggil..kat sana 
akak tak tau apa namanya.  
Tapi bukan selalu ada jual ikan kat sini..ikut nasib. Ikan ni akak jumpa di Bekenu

yang ni ikan sungai


Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...