Bersama geng events..Zurie dan Nik..selepas di beri penerangan oleh juru make up pro kami diarahkan supaya mencuba mencantikkan diri.
Masa yang di berikan cuma 30 minit ajer. Akak yang paling gabra dibuatnya. Manalah akak nak tau camner nak tepek eyes liner, pemerah pipi, mascara (mesti comot kalau pakai sendiri) dan eyes shadow.
Masing-masing khusyuk tenguk tukang make up mengenakan mascara kat CikLily Putih.
Eh ceh cehhhh macamlah akak ni terror ek make up. Sebenarnya akak cuma di make up (sebab tak pandai) masa ada event masa kerja, bertunang dan masa berkawin. Akak cuma pakai foundation dan compact powder ajer.
Hasilnya..cam kelakar ajer tenguk muka akak camni. Tang mata tu rasa cam tak sesuai aa.
Tepekan kat mata semuanya di pakaikan oleh juru make up, akak cuma letak foundation, bedak, pemerah pipi (tu pun selepas di tunjuk ajar dek juru make up tu) lipstick dan gloss ajer.
Tepekan kat mata semuanya di pakaikan oleh juru make up, akak cuma letak foundation, bedak, pemerah pipi (tu pun selepas di tunjuk ajar dek juru make up tu) lipstick dan gloss ajer.
Oklah camni kan...tak yah pakai terang-terang, tak sesuai untuk orang dah berumur cam akak ni. Kang orang kata cam pemain opera chinalah pulak.
Nasib baiklah kami tak di suruh catwalk..kalau idak...hermmmm
Nilah benda yang di tepek kat muka akak. Semuanya menggunakan jenama Maybelline. Terima kasih Maybelline dan Nuffnang
