OOO

Memaparkan catatan dengan label Maybelline New York Fashion Week Workshop. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maybelline New York Fashion Week Workshop. Papar semua catatan

Isnin, November 28, 2011

Maybelline New York Fashion Week

 Maybelline NY Fashion Show in Malaysia! 
Maybelline New York Fashion Week diadakan dari 23-28hb. November di Centre Court Mid Valley yang lalu.  Berbagai-bagi aktivit menarik telah di sediakan.
 

Salah satu acaranya ialah From catwalk to side walk di adakan pada  24.11.2011 di Mid Valley jam 5.00 petang.  Akak rasanya tetamu paling awal sehingga boleh pilih tempat duduk kat depan sekali pastu chop pulak tempat duduk buat geng blogger yang lain..
kena ambik gambar kat sini..ada gak ambil gambar dengan bloggers lain ...tapi dorang masihlah tak upload gambar kat situ..malas nak tunggu akak buat N3 dulu..nanti buh gambar kemudian

Akak ke sini bersama anak-anak tapi dorang tak leh join masuk kat sini, akak suruh mereka merayau dan gi makan-makan. 
 Boleh make over tapi malaslah pulak (lepas tenguk gambar baru perasan muka berminyaklah pulak..ishhh terasa rugilah pulak)
 Kami sempat bergossip bersama (kredit pic  Nisa)
madammandoq, Fara Ng dan Nisa
Mula-mula ingatkan emcee ini pempuan..bila dia bersuara...ahhhhhhhh
terpedayalah pulak... Bila tenguk dari dekat ehrmmm
 Model Catwalk pun bermula..model mestilah cun dan tinggi lampai kannn
 Suka bila tenguk model mengenakan warna merah..cantikkk
 Model-model bergaya dengan barangan Maybelline
suka gak tenguk solekan mereka yang ni
 hitam itu menawan
Beranikah anda di solek macam ni?
 Cam biasa tak sah tak ambil gambar dengan Liyana 
(alahai gambar ni kurang cantiklah pulak)
 Thank u Connie jemput akak...love u...muahhhhhhhh

p/s ada gambar lain..nanti akak masukkan kat fb akaklah

Khamis, September 29, 2011

Maybelline Blogging Contest

Ingat tak N3 akak pasal gi workshop Maybelline tu dulu. Nak gi tenguk balik SINI.
  
Masa workshop tu kami semua telah di tunjukkan 4 tema terbaru Maybelline.
make up Party Princess (sweet, subtle pink and girlish accents)
make up tema Mystery Maven(dramatic turquoise eyes with red lips).
Sexy Starlet(shiny and metallic eyes)
akhir sekali GI Jane(eyes in military khaki greens and lots of eyeliner)
(kredit picture by madammondoq)
 
selepas tu kami semua diberi masa 30 minit untuk make over muka sendiri.
Akak pilih tema GI Jane sebab ikut tema ni make up lebih menyerlah kat mata
inilah barangan make up akak gunakan untuk tema tersebut ..jom tenguk langkah demi langkah cara akak solek yer.

Pertama kali kita kena pilih warna yang bersesuain dengan wajah kita,
jangan pakai semboro sahaja.

1. Mula-mula akak gunakan foundation Maybelline natural-looking yang sekata dengan warna kulit muka, ratakan dengan menggunakan jari. Mustahak guna foundation sebab ia boleh menutupi cela noda di wajah kita.
2. Setelah itu sapukan compact powder rata-rata
3. Gunakan eye shadows berwarna gelap
4. Selepas itu calitkan pulak hyper sharp liner berwarna hitam
5. Di turuti pula The Colossal Volum' Express® Mascara
6. Sapukan pula pemerah pipi angle fit brighten up sambil tersenyum dengan cara dari atas ke bawah
7. Kemudian oleskan listick Water Shine Pure dengan memilih warna yang sesuai untuk bibir kita
8. Akhir sekali guna lip gloss untuk menyerlah lagi bibir anda.
taraaaaa

Kitaorang yang hadir pada masa tersebut di galakkan masuk maybelline blogging contest.
 Sebelum jom tenguk step by step make up dari 
Liyana Jasmay menggunakan produk Maybelline
Kena ikut syarat-syaratnya

STEP 1 : RECREATE ANY OF THE 4 DIFFERENT LOOKS AND PHOTOGRAPH/VIDEO YOURSELF DOING IT1


STEP 2 : SUBMIT YOUR VIDEO/PHOTOGRAPHY TO NUFFNANG BY 30TH SEPT
VIDEO BLOG

ATAUPUN STEP BY STEP PHOTOGRAPHY

STEP 4 : WE' LL ANNOUNCE THE 4 FINALISTS ON OCT 31

STEP 5 : ADVANCED MAKE UP CLASS (AMBER CHIA)

STEP 6 : PROFESSIONAL VIDEO SHOOT ON OCT 15

STEP 7 : WE'LL POST YOUR VIDEOS ON FACEBOOK FOR VOTING?

HOW IS THE WINNER DECIDED?
  • 50% "LIKES'
  • 50% PROFESSIONAL JURY (MAYBELLINE, AMBER CHIA, FEMALE)

All decisions are final and may not be contested
Term and conditions apply
Hadiah-hadiah yang best sungguh.

Jumaat, September 23, 2011

Bestnya Dapat Join Maybelline New York Fashion Week Workshop

Maybelline New York Fashion Week Workshop telah diadakan pada hari Jumaat lepas di Bangsar. Walaupun cuti hari Malaysia dan Merdeka akak dengan penuh semangat nak pergi ke workshop ni. Nak tau apa yang akan terjadi di sini.
Bersama Jard tengah pilih makanan yang disediakan memang sedap-sedap walaupun simple.
Maybeline PR Ms Connie yang seksi berbaju hitam memang peramah menyambut ketibaan kami semua. Bergambar dengan  
vinnie, CikLilyPutih, Farraeng madammondoq dan Jard.
Staff Maybelline menerangkan 4 warna tema Maybelline iaitu Party Princess, Mystery Maven, GI Jane dan Sexy Starlet.
make up artist telah menunjukkan kepada kami teknik 4 warna tema tersebut
2 orang model yang bertuah..bila sedang tenguk model di makeup ternampak model Amber Chia yang baru datang.
Ohh rupanya Amber Chia juga telah di undang untuk memberi penerangan bagaimana untuk berposing dengan betul di depan kamera.
Tip yang paling berkesan untuk bergaya di depan kamera ialah menyebut perkataaan CHI WA WA
Semestinya kena ambil gambar dengan Amber Chia..buat kenangan
Tibalah saat yang mendebarkan bila para peserta di suruh memakai make up sendiri mengikut tema pilihan kami. Thara (Nuffies) sedang memerhati camner kami tepek alat make up.
Cepat-cepat..masa yang di berikan cuma 30 minit sahaja..gabra dan menggigil tangan akak
Banyaknya sample yang mereka bagi..baru lagi tau. Selepas habis tepek menepek kami diberi kebenaran boleh membawa pulang semua sample make up ni. Wah sape nak kasi kan, angkut jangan tak angkut.
meja blogger cun dan jelita tengah sibuk pakai make up. Mereka tak ada hal nak tepek menepek ni sebab akak tenguk masa datang pun mereka dah bermake up.
Hasil tema Mystery Maven..akak pilih tema ni..tapi member semeja kata macam tema Party Princess. Tak kisahlah kan...janji bertepek udahlah.

Berapa LOVE geng tali baruts dan pembaca blog nak kasi ek?
(abaikan hidung dan gigi taring yang ada tuah tu yer)
Masa tengah sibuk masukkan gift dari Maybelline tiba-tiba terdengar bunyi bising. Laaa ingatkan apa tadi, rupanya gimik dari Staff Maybelline ‘No Chap Lips, Yes Baby Lips’ yang akan mengeluarkan produk terbaru Maybeline.
Geng tepek menepek
muka happy
Lipbalm terbaru ni mempunyai berbagai-bagai perisa untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Nantikan produk terbaru ini di pasaran. Mascara tu bukan yer..gift dari Maybelline
Sebelum pulang bergambar dengan Cik Lily, Ceeramoon dan Viruspadu
Masing-masing tunjuk gambar pegang sepanduk ‘No Chap Lips, Yes Baby Lips’ guna polaroid untuk kempen lipbalm terbaru dari Maybelline.
Gambar di ambil katanya nak masukkan kat dalam FB Maybelline nanti. Wahhh glamnya kami nanti..(perasan)
Akhir sekali sebelum pulang para jelitawan sama-sama menyebut Chi wa waaaaaaaaaaaa..
Bersama Thara orang kuat Nuffnang
first time berjumpa Farahnaz dari Nuffnang juga
Gurauan semata-mata. Terima kepada madammondoq kerana ambil gambar dari facebook dan blog.

Isnin, September 19, 2011

KEna BelAjar MaKe UpLAh PuLAk

Bersama geng events..Zurie dan Nik..selepas di beri penerangan oleh juru make up pro kami diarahkan supaya mencuba mencantikkan diri.

Masa yang di berikan cuma 30 minit ajer. Akak yang paling gabra dibuatnya. Manalah  akak nak tau camner nak tepek eyes liner, pemerah pipi, mascara (mesti comot kalau pakai sendiri) dan eyes shadow.
Masing-masing khusyuk tenguk tukang make up mengenakan mascara kat CikLily Putih.
Eh ceh cehhhh macamlah akak ni terror ek make up. Sebenarnya akak cuma di make up (sebab tak pandai) masa ada event masa kerja, bertunang dan masa berkawin. Akak cuma pakai foundation dan compact powder ajer.
Hasilnya..cam kelakar ajer tenguk muka akak camni. Tang mata tu rasa cam tak sesuai aa.

Tepekan kat mata semuanya di pakaikan  oleh juru make up, akak cuma letak foundation, bedak, pemerah pipi (tu pun selepas di tunjuk ajar dek juru make up tu) lipstick dan gloss ajer.

Oklah camni kan...tak yah pakai terang-terang, tak sesuai untuk orang dah berumur cam akak ni. Kang orang kata cam pemain opera chinalah pulak.

Nasib baiklah kami tak di suruh catwalk..kalau idak...hermmmm
Nilah benda yang di tepek kat muka akak. Semuanya menggunakan jenama Maybelline. Terima kasih Maybelline dan Nuffnang

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...