OOO

Memaparkan catatan dengan label info sakit lutut Osteoartritis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info sakit lutut Osteoartritis. Papar semua catatan

Jumaat, Mei 04, 2012

Kenangan Pembedahan Lutut

Sebelum korang baca N3 ni, akak nak ucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.

Hari Ahad (29.04.2012)

Ada alternatif lain sebenarnya jika tak nak tebuk lutut.
 Sumber  : SINI
 
Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatan pembedahan . Rawatan secara konservatif termasuklah:

* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
* Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Suami dan anak-anak lebih setuju jika akak buat cara yang ini.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
 * Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut

Sumber 

Akak bagi keputusan nak pilih yang kedua walaupun terasa takut sangat kerana ianya merupakan pengalaman pertama masuk ke dewan bedah.  

Isnin (30hb. April 2012)
Pagi-pagi dah mandi dan bersiap sedia untuk ke dewan bedah.  Sebelum tu tekanan darah dan ujian jantung di jalankan dahulu.  Alhamdulliah akak tak ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung, jadi pembedahan ini boleh di jalankan  secepat mungkin.
 credit pic : google
Sepanjang perjalanan ke dewan bedah, apa lagi yang perlu di ucapkan cuma mengucap dan berzikir ajer yang dapat di lakukan.  Sebelum masuk ke dalam, macam biasa ada soalan tentang itu dan ini dan harus menunggu sebentar.  Akhirnya  Dato' Dr Syed keluar dan bagi kata-kata perangsang, barulah  akak  rasa sedikit lega.

Walaupun begitu perasaan takut memang tak boleh hilang sehingga jam 10.00 pagi akak di bawa masuk kedalam.  Doktor Aminah pakar bius pun menjalankan tugasnya.  Bila sahaja dipakaikan penyedut (nak panggil apa ek) akhirnya akak tertidur tak sedarkan diri.

Bila nama di panggil berulangkali barulah akak terjaga semula tetapi tak boleh buka mata lama sebab tenguk kat atas siling semuanya berputar laju.

 credit pic : google
Bila diarahkan bertukar katil terus akak muntah..tiada apa yang keluar sebenarnya cuma air....oh yer sebelum tu kena puasa dari jam 12.00 tengahmalam lagi.  Sampai ke dalam bilik dalam pukul 12.00 lebih akak masih lagi mengalami pening kepala yang teruk.  Akak tak boleh makan dan minum dalam 3 jam takut muntah.

Memang tak boleh buka mata langsung, bila buka mata ajer memang terasa segala-galanya berpusing ligat, anak-anak  dah hb dah menunggu tak lama kemudian akak loya dan muntah lagi.  Walaupun 3 jam telah berlalu akak masih tak boleh makan dan minum sebab bila minum air kosong muntah maknanya kesan bius masih ada.
Dalam pukul 5.00 petang, perut dah memang lapar sungguh, akhirnya dapat gak menjamah sedikit puding dan air kosong dan akak tidur semula. Selepas maghrib barulah boleh makan sempurna dan barulah akak tenguk kaki akak dah terbalut kemas dan tak boleh di gerakkan.
 
Malam tu anak-anak tidur di bilik sebab akak kena gunakan kerusi roda untuk ke bilik air.


p/s macam manalah kalau kena operation yang teruk tu..kena sikit camni pun dah serik rasanya

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...