OOO

Memaparkan catatan dengan label kesan pembedahan Osteoartritis di hospital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesan pembedahan Osteoartritis di hospital. Papar semua catatan

Rabu, Mei 01, 2013

Artroskopi Lutut Lagi

Setelah buat artroskopi lutut belah kanan tahun lepas, akhirnya kena juga buat belah kiri kerana mengalami masalah yang sama.  Benda ni ashik di tangguh..tangguh sebab ada saja urusan yang perlu dibereskan..satu lagi rasa takut ..mengenangkan pengalaman yang lalu.

Sama ajer cam dulu cuma kali ni buat belah petang..muntah 3 kali walaupun lepas 3 jam keluar dari bilik bedah.  Pakar bius Dato' Dr Azhar  kata..kalau kita memang mabuk kalau naik kereta, bas ataupun kapal terbang memang akan terjadi perkara camni.  Akak memang camtu..kalau  travel memang selalu mabuk.

Satu lagi yang paling tak tahan sebab kena tahan nak buang air kecil..aduhai rasa seksanya bila kena tahan berjam-jam..walaupun boleh buang air atas katil ataupun guna pamper...tapi rasa tak selesa.  Bila dah rasa kurang pening, dengan pertolongan suami akak tekad nak gi tandas guna kerusi roda.  Legaaaaaaaanyaa

Hari ni baru boleh makan setelah berpuasa dari pukul 7.00 pagi semalam...barulah terasa betapa syukurnya dapat menikmati makanan setelah berpuasa sehari semalam.

Oleh kerana akak dah pernah mengalami situasi sebegini kuranglah sikit gementarnya walaupun begitu rasa takut memang ada terutama memikirkan keadaan selepas di bius.

Akak masuk ke OT dalam pukul 5.30 petang, pakar bius membaca doa dan mula mencucuk urat di tangan kanan dan akak diminta  mengucap 2 kalimah berulangkali, tangan sebelah kanan di letak di atas dada..akhirnya akak tak sedarkan diri.  Selepas tu Dato' Dr Wahab memulakan tugasnya pula.

Bila keluar dari OT, dah  maghrib ..wah agak lama gak kat dalam.  Bila dalam wad, doktor pakar kata ada 3 kerosakan di lutut akak.  Paling tak tahan bila terdengar pesakit di sebelah muntah membuatkan tekak akak loya...dahlah bila buka mata, kepala terasa berpinar-pinar.

Selepas azan isyak baru di hantar semula kebilik, kepala mula berpinar-pinar ..baru sampai pintu bilik akhirnya terkeluar juga isi perut..cuma air sahaja.

Tak boleh gak makan sehingga pukul 12.00 malam...cuma boleh minum air 100 plus dan sekeping roti ...walaupun perut kelaparan.  Akhirnya setelah berpuasa dari pagi Selasa  jam 7.00 pagi..pada pagi hari  Rabu baru  boleh makan seperti biasa...syukur alhamdulliah...terasa sungguh nikmatnya walaupun cuma makan bihun goreng dan secawan nescafe.

Selepas tu baru diletak ais, bermulalah ke mana-mana terpaksa menggunakan kerusi roda dengan pertolongan nurse di sini. Kemudian barulah mula buat fisio sehari 2 kali.

Pengalaman sebegini memang memberi keinsafan kepada diri sendiri..rasanya ada lagi yang lebih teruk dari akak.redha ajerlah bila allah swt memberi dugaan sebegini....doakan agar akak cepat sembuh yer.

Kalau nak tau lebih lanjut camner doc buat bolehlah ke SINI


Jumaat, Mei 04, 2012

Kenangan Pembedahan Lutut

Sebelum korang baca N3 ni, akak nak ucapkan ribuan terima kasih diatas doa-doa kalian.

Hari Ahad (29.04.2012)

Ada alternatif lain sebenarnya jika tak nak tebuk lutut.
 Sumber  : SINI
 
Rawatan diklasifikasikan sebagai rawatan konservatif dan rawatan pembedahan . Rawatan secara konservatif termasuklah:

* Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
* Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
* Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
* Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
* Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Suami dan anak-anak lebih setuju jika akak buat cara yang ini.

Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.

* Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
 * Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid
* Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut

Sumber 

Akak bagi keputusan nak pilih yang kedua walaupun terasa takut sangat kerana ianya merupakan pengalaman pertama masuk ke dewan bedah.  

Isnin (30hb. April 2012)
Pagi-pagi dah mandi dan bersiap sedia untuk ke dewan bedah.  Sebelum tu tekanan darah dan ujian jantung di jalankan dahulu.  Alhamdulliah akak tak ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung, jadi pembedahan ini boleh di jalankan  secepat mungkin.
 credit pic : google
Sepanjang perjalanan ke dewan bedah, apa lagi yang perlu di ucapkan cuma mengucap dan berzikir ajer yang dapat di lakukan.  Sebelum masuk ke dalam, macam biasa ada soalan tentang itu dan ini dan harus menunggu sebentar.  Akhirnya  Dato' Dr Syed keluar dan bagi kata-kata perangsang, barulah  akak  rasa sedikit lega.

Walaupun begitu perasaan takut memang tak boleh hilang sehingga jam 10.00 pagi akak di bawa masuk kedalam.  Doktor Aminah pakar bius pun menjalankan tugasnya.  Bila sahaja dipakaikan penyedut (nak panggil apa ek) akhirnya akak tertidur tak sedarkan diri.

Bila nama di panggil berulangkali barulah akak terjaga semula tetapi tak boleh buka mata lama sebab tenguk kat atas siling semuanya berputar laju.

 credit pic : google
Bila diarahkan bertukar katil terus akak muntah..tiada apa yang keluar sebenarnya cuma air....oh yer sebelum tu kena puasa dari jam 12.00 tengahmalam lagi.  Sampai ke dalam bilik dalam pukul 12.00 lebih akak masih lagi mengalami pening kepala yang teruk.  Akak tak boleh makan dan minum dalam 3 jam takut muntah.

Memang tak boleh buka mata langsung, bila buka mata ajer memang terasa segala-galanya berpusing ligat, anak-anak  dah hb dah menunggu tak lama kemudian akak loya dan muntah lagi.  Walaupun 3 jam telah berlalu akak masih tak boleh makan dan minum sebab bila minum air kosong muntah maknanya kesan bius masih ada.
Dalam pukul 5.00 petang, perut dah memang lapar sungguh, akhirnya dapat gak menjamah sedikit puding dan air kosong dan akak tidur semula. Selepas maghrib barulah boleh makan sempurna dan barulah akak tenguk kaki akak dah terbalut kemas dan tak boleh di gerakkan.
 
Malam tu anak-anak tidur di bilik sebab akak kena gunakan kerusi roda untuk ke bilik air.


p/s macam manalah kalau kena operation yang teruk tu..kena sikit camni pun dah serik rasanya

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...