OOO

Memaparkan catatan dengan label isu blogger suka curi gambar masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu blogger suka curi gambar masakan. Papar semua catatan

Khamis, Januari 12, 2012

Isu Blogger Suka Curi Gambar Masakan

Dari dulu lagi akak selalu dengar dari blog yang punya gambar lawa, ada ajer blogger baru cilok gambar dan buat N3 seolah-olah dorang yang masak.

Kalau ambil resepi no hal tapi kalau dah ambil gambar mesti geram gak kan.  Tadi akak baca kat FB Ah Mat Gebu pasal ada blogger yang ambil gambar kat blog dia pastu mengaku dia yang masak kat SINI...  kat blog tu lagi teruk..banyak tul dia ambil gambar resepi geng masak memasak yang..siap buang watermark lagi tu..ishhh tak patut sungguh perbuatan tak beretika ini.

Bila akak google cari gambar resepi lama kat blog akak ..akak perasan ada jugak  yang ambil gambar dari blog akak yang gambarnya taklah  secantik mana.  Sebelum tu memang akak dah pernah terjumpa  2-3 blog yang lain yang ambil gambar masakan tapi akak malas nak bising-bising nak bising.  Tapi kali ni akak nak tulis gak N3.  Sabar ajerlah kan.
Yang ni gambar dan N3 akak buat pada tahun 2010  http://www.kakinakl.com/2010/11/resepi-masak-lemak-cili-padi-daging.html

Cuba korang bandingkan dengan N3 kat blog ini..N3 di buat pada 12 Januari 2012 hari ni bebb.  http://dairidihatiku.blogspot.com/2011/02/resepi-masak-lemak-cili-padi-daging.html

Sebiji kan memang ambil bulat-bulat..geram aaaa..ambil resepi ajer udahlah jangan ambil gambar boleh tak?

Apa hal dorang nak buat camni..nak cepat fofolur ker?  Tapi seronok ker klu buat kerja camni. 

Ramai lagi geng masak-memasak yang pernah jadi perkara camni.  Tapi nak buat camnerkan....

p/s ibarat kata member fb korang tak leh sorok apa perbuatan korang sebab di zaman teknologi ni segala perbuatan buruk akhirnya akan terbongkar gak...
tak perlah kasi can aa bagi trafik dia tinggi hari..



Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...