Bila anak-anak ada kat rumah..akak ajak suami belanja makan kat luar..bukan senang nak dapat berkumpul macam ni. Mula-mula nak makan masakan arab..tapi akak cadangkan makan kat sini.
Tempat dia di Bukit Antarabangsa. Memang agak tersorok tapi kami dah call dan mereka bagi arahan macamana nak ke sana. Bila sampai simpang Jalan Wangsa 9 dah ada dah petunjuk nak gi ke sini. Insyallah tak sesat lah.
Mula-mula sampai macam tak ada orang. Suami kata tak sedap kot. Akak benganglah sebab akak yang cadangkan gi ke sana selepas baca feed back yang baik dari member blog tentang tempat ni.Pelayan yang sudi melayan setiap pertanyaan tentang menu. Tak lama kemudian orang makin ramai.elok jugak kami datang masa orang tak ramai sebab cepat sikit dapat makan..
oh yer..luper pulak...kalau hari gaji..mungkin ramai yang datang..jadi sebaiknya buat tempahan dahulu..takut tak ada tempat duduk nanti.
oh yer..luper pulak...kalau hari gaji..mungkin ramai yang datang..jadi sebaiknya buat tempahan dahulu..takut tak ada tempat duduk nanti.
macam-macam ada..cuma siapkan wang tunai yer....no credit card tau..kalau tak duit dalam dompet baik gi cucuk dulu..
Signature Roast Duck..nilah sebabnya akak cadangkan supaya makan kat sini..nak makan itik aka bebek..memang sedap..tak hanyir..sos nampak macam entah apa-apa ...tapi bila dah rasa..semua kata sedap.
Turut kelihatan nasi goreng kampung dan tofu..akak bagi 9/10..memang menepati selera kami semua.
"Mungkin sebilangan kaum Melayu berkeinginan mencuba itik panggang tetapi disebabkan ia tidak halal, niat itu terpaksa dilupakan. Itik biasanya dimasak rendang oleh orang Melayu tetapi orang Cina lebih suka panggang..(review dari pelanggan)
Betul kata suami akak..dia kata tertunailah hasrat dihati nak makan itik panggang bila lalu kedai cina..sekarang ni barulah dia merasa masakan yang lazat ni.
Betul kata suami akak..dia kata tertunailah hasrat dihati nak makan itik panggang bila lalu kedai cina..sekarang ni barulah dia merasa masakan yang lazat ni.
Bersama tuan punyer kedai Hj Sharin Low...baguslah beliau..sebab
memang dia layan customer..siap angkat kerusi lagi bila tempat penuh..
Aksi terlampau..cium mulut itik
Imran mula-mula hairan tenguk mulut itik tu...
akak suruhlah dia buat aksi terlampau
habis licin di kerjakan dek kami anak-beranak
Terima kasih suamiku ...sudi membelanja kami...
seronok tenguk semua tersenyum kekenyangan.
Lepas ni insyallah nak datang lagi..sebab banyak lagi yang belum kami rasa..harga berbaloi..tunggu poket hb penuh balik bila hari gaji dan sebelum Yana balik semula ke India...
Yang best tu suami akak kata..Ina ni barulah makan sedap..berbaloi dengan RM yang keluar. Akak senyum sebab bukan duit akak yang keluar dan akak gantung periuk hari Sabtu lepas.
Yang best tu suami akak kata..Ina ni barulah makan sedap..berbaloi dengan RM yang keluar. Akak senyum sebab bukan duit akak yang keluar dan akak gantung periuk hari Sabtu lepas.
