OOO

Memaparkan catatan dengan label Jemputan kawin/ jalan-jalan/Makan-makan/Aktiviti Hujung Minggu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jemputan kawin/ jalan-jalan/Makan-makan/Aktiviti Hujung Minggu. Papar semua catatan

Selasa, Januari 10, 2012

Berewang Kat Kenduri Kawin Di Melaka

Majlis kawin kat Melaka pada 25hb. Disember tahun lepas.  Banyak sangat nak di buat N3 langsung terlupa nak buat.  Maafkan Mak Uda yer pengantin.  

Dia ni bukan pengantin tapi adik pengantin.  Kesian tenguk dorang ni sebab mak dorang dah meninggal tahun lepas.  Nasib baik duk di sekelilingi dek sanak saudara, jadi taklah terasa sangat.
suka tenguk hiasan botol camni
Imran yang belum berapa baik bersunat kena kerah jadi kendarat..tapi sekerat jalan ajer..pastu hilang..ala budak-budak kan
Ipar dan biras pun rajin menolong basuh gelas
Kami yang tukang jaga duit sumbangan orang ramai..macam mak guardlah pulak..al maklumlah sekarang ni banyak kes kehilangan duit sumbang kat rumah orang kawin.  Berhati-hati sebelum terkena
Rajinnya manager@pa@anak akak ni kannnnn..walaupun penat tapi happy dapat merewang camni.  Sekarang ni orang dah tak rajin nak merewang kan
Selamat Pengantin Baru Jai dan isteri ..Mak Uda doakan agar kamu berbahagia selamanya yer..

Sabtu, Disember 17, 2011

Kenduri Kawin Anak Jiran

Anak perempuan yang kecil dulu dah besar.  Masih terbayang masa beliau ke sekolah naik basikal dengan beliau. Akhirnya jodoh beliau telah sampai.  Pengantin perempuan dan keluarga terutama ibu beliau masih bersedih mengenang ayahanda yang telah pergi pada awal tahun ini.  Hidup mesti diteruskan, yang pergi tetap pergi.  Alfatihah buat Arwah.
Pengantin lelaki berasal dari Muo (Muar) muka macam budak sekolah , suka tema warna ungu (purple).  Baju pun cantik taklah sedondon cam warna khemah. 
penuh dengan hiasan bunga hidup, tiada pelamin cuma makanan beradap dapat gak duduk atas kerusi cantik.  Bagus gak kan, jimat kos nak sewa pelamin yang khabarnya dah beribu harga mengikut tema yang di kehendaki.  

Kata hb akak, naik atas pelamin cuma sekejap buat perabis duit, baik kita sedekah duit tu pada anak yang baru nak mulakan hidup baru.  Itu pendapat hb akak, kita tenguk nanti yer, bila anak akak kawin (insyallah tapi entah bila ek) camner pulak sebab hb akak ni lain sikit fikiran dia.
kakak kesayangan yang sudi hadir memeriahkan majlis, bila ambil gambar gelaklah pulak.  Ishhh mesti nak masuk bloglah tu...macam biasa kak long..macam tak fahamlah pulak.

Dah berusia ni pergi ke sana ke mari berdua ajer macam akak juga. Kira macam honey moon lah kan.  Anak-anak dah tak nak join mak ayah lagi.  Doa di baca mendoakan pasangan pengantin
rombongan pengantin lelaki..suka tenguk bunga hiasan ini..
ada gak budak kecik nak tarik rantai yang berjuntaian itu
 
Hb kata baguslah dapat sudu dan garpu leh guna kan,  kira menambah koleksi sudu garpu yang selalu hilang bila Ira bawa balik asrama ataupun bila Imran bawa bekal.  

Kek lapis pun sedap, dah tak ada dah bunga telur sebab selalu akak tenguk kalau dapat telur orang jarang makan, terperap ajerlah dalam peti sejuk macam kat umah akak.  Yang menghabiskan suami akak sahaja.


Khamis, September 22, 2011

Makan-makan Di Sini Sana

 
Tiap minggu ada open house, seboleh-bolehnya akak cuba datang. Minggu pertama raya  kerumah kak long yang buat open house.  Lepak sampai petang kat situ.  Gambar lupa pula ambil.

Minggu ke 2 ke rumah member hb buat sekali sambutan hari jadi cucu perempuan 2 orang.  Meriah dengan makanan , akak cuma makan satay dan jamah sikit kek secret recipes yang ada kacang macademia.  Rugi ooo kalau tak makan kek mahal.

Pastu ke kenduri kawin blogger, kat MRR kereta jalan cam semut, bila sampai pengantin dah bersanding.  Hujan pulak tu, bila dah bergambar dengan kakak pengantin, kami ke Shah Alam.  Plan asal nak gi 2 umah saudara di Sg Way dibatalkan sebab jalan kat Federal Highways jem teruk.

Sampai umah adik dah tak larat makan, cuma jamah makan keropok lekor.  Pukul 9.00 malam bergerak balik ke rumah..nasib baik semua jalan dah clear.
Minggu ke 2 ke rumah kerja kawin tali baruts di Cheras pastu ke rumah Aus member blogger yang dah tak aktif berblog sebab nak tumpukan pada pelajaran. Eloklah tu sebab blog ni untuk orang yang punya masa lapang cam akak ni.
Rupanya Aus ni kawan baik dengan anak kak long akak.  Wah keciknya dunia..pusing pusing jumpa orang yang sama.  Lepas ambil Ira di Seri Gombak (gi open house kawan dia) jalan kat MRR memang sesak sungguh, nasib baiklah manager akak cilok sana dan cilok sini.  Hari dah petang tak sempat nak gi umah lagi satu.  
 
Imran dan Ira ashik menikmati mee/bihun/soto ayam.
Terpaksalah jalan belah malam pula, sebelum tu call dulu tuan rumah boleh ker idak datang malam, tak sedap hati nak ganggu tuan rumah. Nasib baiklah acara sampai pukul 10.00 malam, balik umah dulu lepak.  

Lepas hb balik kerja baru pergi ke rumah jiran lama yang duk kat taman area Gombak (nasib baik dekat).
Budak kecik ni dulu duk sebelah rumah, sekarang ni dah pindah ke rumah taman. Satu hari tak yah masak tiap-tiap minggu.  

Hari Sabtu ada 2 open house tapi tak leh join sebab ada hal lain, hari minggu ni pulak umah saudara.  

Fuhhhh  setiap minggu ada makan-makan..best kan.

Selasa, September 20, 2011

Kenduri Kawin Adik Tali Baruts

 Oleh sebab ada 3 jemputan terkejar-kejar akak nak terjah kat sana sini.  Aliran trafik memang teruk, kereta punyalah banyak di jalanraya.  Semua pun cam akak juga ada jemputan kawin dan open house.

Pengantin dah sampai masa ni.  Tak ada can nak ambil gambar mereka berarak, terus ajer makan bersama CikLily Putih bersama suami.  Suami akak tak leh join sebab kerjalah  pulak minggu ni.
 Sape kata pengantin tak cantik..tipulah kan.  Tak kenal pun dengan adik pengantin
 cuma kenal dengan Bean Moreno. Keluarga Bean ada gak yang jadi blogger termasuk isteri dan ibu beliau.  Akak pun Bean yang tolong tukar ke dot.com.
Cantik gift ni. Coklat yang sedap.  Nanti nak tanya dengan mak Bean..kat mana tempah.  Lepas tu mengharung lagi kesesakan jalan raya nak ke Setapak.

Kalau nak diikutkan malas nak gi kemana-mana cuti hujung minggu sebab tak sanggup nak redah jem kat sini sana tapi bila orang dah jemput rasa tak sedap pula tak pergi terutama majlis perkawinan.
Betul tak?

Ahad, September 11, 2011

Gi Umah Blogger Kawin

Kami sampai agak lambat sebab gi open kat umah member hb, pastu jalan kat MRR2 cam kura-kura jalan..tension dibuatnya.  Nak buat camner sebab tak tau jalan lain..redah ajerlah.
 Masa ni hujan mula turun..cepat-cepat ambil gambar pengantin Norfa pastu gi makan. Wah Norfa lawanya kamu..agak berbeza masa kita jumpa kali terakhir dulu.
 Tak sempat makan jumpa blogger Aus dengan ehemmm dia..bergambar lagi.
Oleh sebab Sumijelly agak bzz dengan anak kecik (baru lepas pantang...dapat lagi hero) kakak dia  UmmiArissa (blogger gak ni) dari Kuala Lipis Pahang layan akak.  Baru nak makan katanya...bila baru 2 suap kena panggil pulak sebab kena ambil gambar bersama pengantin. Terima kasih banyak yer.
 Bila dah siap makan, barulah CikLily Putih dan husband dia sampai. Jumpa gak 2 blogger yang lain.  Sebelum tu pun ada juga blogger yang lain datang juga. Terima kasih kepada Sumijelly dan Norfa sebab sudi jemput kami.

Selasa, Januari 04, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race



Saya selalu tenguk amazing race kat AXN kat tv dan teringin nak masuk tapi apakan daya memang susah sangat la nak masuk sebab terlampau sangat ramai orang yang nak masuk. Pastu syarat-syarat penyertaan memang garenti tak lepas punya.

Bila saya dapat tau yang pasal Om Nom Nom ni, saya memang nak sangat-sangat join event yang agak menarik ini.


Event ini yang julung-julung kali diadakan oleh Maxis akan dibuat pada:

Date: 15 January 2011 (Saturday)
Venue: Modesto’s, Ground Floor, Capital Square, 7 Persiaran CapSquare 50100, Kuala Lumpur
Time: 8am-7pm


Hadiah-hadiah pulak memang best sangat-sangat dan cukup lumayan.

Hadiah Pertama:
A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)


Hadiah Kedua
: 4 x free smartphone – 1 per winning member

Semua blogger yang masuk akan dapat Goodie Bag dari Maxis


Kenapa saya nak sesangat join event ini?
Sebab saya memang kaki makan,suka jalan-jalan cari makan dan kalau boleh nak tahu banyak lagi tempat yang best dan unik di seluruh Malaysia.

minum cendul madu di Rembau
Blog saya ni kan berkisar tentang apa yang saya masak setiap hari, jalan-jalan cari makan. cuba aiskrim Thailand di Pengkalan Kubur Kelantan
Saya sanggup pegi tempat yang orang kata sedap semata-mata nak tau betul ker idak masakan kat situ sedap.

Sebab itulah badan saya sedap dan oleh itu la saya nak saiz baju XXL untuk menyertai event ini.


Sekarang saya dah tak pening-pening kepala lagi untuk mencari tempat makan yang menarik kerana dengan adanya aplikasi terbaru dari Maxis iaitu Finder301.

Applikasi ini sangat berguna sebab kita dapat tengok tempat makan yang menarik dan kalau korang tak tahu nak pergi kedai makan yang ada kat
Finder301 jangan risau sebab ada alamat, no telefon dan cara nak pergi tempat tue.

Maklumat lanjut boleh la tengok kat
http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#

Selain itu untuk korang yang masih lagi tak tahu, Maxis juga ada buat promosi untuk Maxis Broadband serta pakej terbaru, Wireless Broadband.untuk maklumat lanjut sila ke
http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp


NAMA TEAM SAYA:
THE TALIBARUTS'

DI ILHAMKAN OLEH JEJAI


1. Jejai - Klon P. Ramlee
2. Eyriqazz - The Food Inspector
3. Bean - The Kungfu Eater

Isnin, November 29, 2010

Ada Apa di Sungai Burung Selangor

Semalam akak ikut rombongan pengantin perempuan kat rumah akak ke rumah pengantin lelaki di Sungai Burung, Tanjung Karang. Dulu pernah ke Sekinchan, Sabak Bernam dan Kuala Selangor. Suka betul akak tenguk pemandangan kat kawasan ni. Buah sukun merata-rata.
Azura dan Hafiz berarak naik kereta ni. Cayalah
Rasa macam kat Muarlah pulak..kat kampung fil pun banyak gak parit camni.
Seronok tenguk masyarakat di sini masih lagi mengamalkan semangat gotong royong...no katering.
Pengantin lelaki merupakan anak pertama yang berkawin dari 2 beradik. Mestilah ramai orang datang.
makanan yang menarik perhatian...kerang bercili...best giler..ada sambal goreng ala jawa..ala yang letak suhun, tempe, tahu tu..tak taulah orang lain panggil apa.
pengantin tersenyum gembira..apa yang dihajatkan telah termakbul
Mak yang beria-ia nak pergi..kesian pulak tak bawak (padahal...akak yang suka gi menjengkit). Suami, Ira dan Imran pulak ke jemputan satu lagi kat AU 2 Keramat rumah staff dia. Memang tak dan kalau di bahagi 2. Jauhkan.
otak-otak pun ada..ibubapa pengantin perempuan suruh akak dan mak makan kat meja pengantin..ishh tak naklah..sebab walaupun ayam bergolek, udang panjat nanas tapi semua segan nak ambik...baik makan kat tempat biasa..lagi kenyang perut.
tapai pulut hitam dan koci labu...tapi sayang akak memang tak pernah makan makanan ni..jakun kan
pertamakali dapat senduk kuah dan senduk nasi ..tak dak telur..
(sape tau apa sebab mereka bagi camni..sajer kot)

Selasa, September 21, 2010

Seronoknya kawin di hari raya aidil fitri

Hari raya berbaju baru
Berpakaian cantik beraneka warna
Senyum simpul pengantin baru
Seronoknya bersanding di hari raya
Seronok sungguh berhari di aidilfitri
berhari raya di rumah Cik Rosli
Anak-anak ku penawar hati
Jika tiada terasa sunyi sepi
 Riang ria di pagi raya aidil fitri
Gelak ketawa tak sedar diri
Semuga menjadi muslimah sejati
Baik-baik menjaga maruah diri
 Pelamin indah berwarna merah
Pengantin pula cantik berseri-seri
Nadia dan Yana janganlah marah
Bila auntie suruh ambil gambar camni
Seronok makan kueh redan
yang paling best kerepek dan tumpi
semuga kekal ikatan persahabatan
semuga berjumpa di lain kali
Berbaju merah pergi ke pekan
Pergi ke pekan membeli maggi
Demi untuk masa depan
Mak relakan kamu pergi
Buat biskut sampai di pagi hari
Makan pulak tak sampai sehari
tenguklah perangai 3 anak terunaku ini
suka buat akak tergelak sendiri

Sabtu, Ogos 07, 2010

FOOD REVIEW-HR STEAK HOUSE DI KAMPUNG BARU

Terletak di kawasan Jalan Raja Alang Kampung Baru..memang susah nak cari parking kat sini..terpaksa parking jauh sikit. Anak lelaki akak yang suggestkan tempat ni..nak tukar tempatlah pulak. Takkan ashik nak pergi tempat makan western yang ada boat tu.

Tenguk ajerlah menu western dia..macam-macam ada. Kalau nak datang beramai baik booked dulu sebab memang penuh. Kebetulan malam minggu lepas hari hari hujan, jadi ramai yang tak dapat tempat sebab tempat duduk kat luar tu basah.
Ishhh apasal tak nak senyum..padahal anak akak Yana yang belanja...bukan akak yang keluar duit...nanti akak cuber senyum kat cerminlah.
Oleh sebab orang ramai..kenalah ambil masa yang agak lama nak menunggu. Imran bawak kad..mainlah dengan abang dia.
masing-masing order coffee blended dan jus..memang tak mahal..Memang sedap masakan yang ni..suami akak memang puas hati
Meniru gaya Mia Sara
Perut Kenyang Suka Hati..
Terima Kasih Yana
Nanti balik lagi bawak duit banyak-banyak , pastu belanjalah kita orang lagi yer. Semuanya tak sampai RM100.00. Tak percaya?????Sila pergi ke sana dan tenguklah sendiri.

Masa nak balik terserempak pulak dengan member blogger Nurul yang pun tengah celebrate dengan family dia sebab adik pun balik bercuti dari luar negara.

p/s tapi ada 2 perkara yang akak tak puas hati..tapi malas nak cerita...biarlah rahsia..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...