OOO

Memaparkan catatan dengan label kari ayam kapitan sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kari ayam kapitan sedap. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 29, 2017

Resepi Kari Ayam Kapitan

Assalamualaikum

Resepi ni asalnya dari resepi orang peranakan Baba Nyonya dan terkenal di Pulau Pinang,



Bahan-bahannya

1 ekor ayam kampung-potong 10-12-bersihkan
4 sudu makan minyak
2 helai daun limau purut-hiris
2 cawan air
Sedikit jus limau nipis
1 cawan santan
Sedikit gula melaka
garam
sedikit air


Pes Rempah

1 biji bawang besar
15 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
5 biji cili merah
10 cili kering-potong, rendam dalam air panas
1 1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
3 biji buah keras
1/4 belacan
2 batang serai

Cara-caranya
Kisar semua bahan rempah.
Masukkan minyak, tumis rempah sehingga naik bau.
Masukkan ayam dan kacau sebati.
Masukkan  air , bila dah mendidih masukkan santan.
Biarkan merenih dalam 20 minit, masukkan gula hirisan daun limau purut.
Masak  sehingga sedikit pekat, masukkan jus limau barulah tutup api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...