OOO

Memaparkan catatan dengan label kenangan di pulau langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan di pulau langkawi. Papar semua catatan

Selasa, Jun 12, 2012

Perfect Romantic Escape

Impian percutian romantik kami adalah ke  Pulau Langkawi yang juga disebut sebagai Pulau Lagenda disebabkan  pulau ini adalah unik dalam erti kata yang lain pulau ini memiliki begitu banyak mitos dan  legenda yang berkaitan dengannya.


Akhir sekali kami sekeluarga pergi ke Pulau Langkawi pada Disember 2009.  Percutian ke sini amat bermakna kerana Pulau Langkawi  adalah sebuah pulau syurgawi dan  keindahan di sini  barangkali tiada  tandingannya di mana pun di wilayah Asia Tenggara.


Kenapa nak ke sini?

Pulau Langkawi yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Selain itu, di sini juga terdapat pantai-pantai yang indah untuk menenangkan dan mendamaikan jiwa dan boleh melakukan bermacam-macam aktiviti di sini.

Memang seronok jika dapat bercuti kesini dengan suasana romantik  bersama orang yang tersayang di tempat penginapan yang terkenal dengan pemandangan laut yang indah dan mempesona  dan menarik bersama suami tercinta iaitu di  Awana, Porto Malai Langkawi.
 
Alangkan bahagianya menikmati percutian di sini dengan suasana yang tenang dan harmoni dan jauh dari kesibukan kota sambil bercanda dan menikmati keindahan pantai yang mendamaikan.
Setiap pagi bersarapan bersama sambil berpegangan tangan dan saling mengucapkan kata-kata cinta sambil menikmati pemandangan yang indah, menghirup udara yang nyaman amat sesuai untuk bersantai dan menenangkan fikiran jauh dari kesibukan kota.
   
Dengan suasana yang begitu romantik dan relax sebegini amat sesuai untuk mencari ketenangan sambil mengimbau kembali kenangan semasa mula berjumpa, bercinta dan mendirikan rumah tangga.

Airnya yang jernih amat  sesuai untuk melakukan rekreasi atau kegiatan olahraga air bersama orang tersayang. Kemudian berdua-duaan menyusuri  dan bercanda di tepian pantai sambil berpegangan tangan dan saling mengucapkan kata-kata cinta ianya menjadi pengikat kasih sayang berpanjangan sukar nak diputuskan. Insyaallah kekal abadi
sepanjang hayat sampai ke hujung nyawa.
Pantainya yang  sungguh indah menawarkan siraman cahaya matahari yang benar-benar menciptakan rasa nyaman dan santai sepanjang hari.  Menikmati pemandangan pantai   yang indah sambil menyaksikan keindahan detik matahari terbenam di waktu senja  dan menikmati keindahan suasana matahari terbit yang tentu menambahkan  lagi suasana romantik di sini dan meninggalkan kenangan yang terindah di sini.
Apabila malam menjelma, alangkah indahnya menikmati makan malam yang menawarkan juadah yang enak berdua-duaan dalam suasana romantik dengan di sinari cahaya lilin. Lalu mengucapkan ungkapan cinta  yang romantik sambil mata bertentang mata, ibarat sepasang kekasih yang tengah hangat bercinta.


Di  Awana, Porto Malai Langkawi memang sesuai untuk pasangan bercinta menghabiskan masa-masa indah dan tempat percutian yang sesuai bagi pasangan yang bercinta, berbulan madu dan meraikan ulangtahun perkawinan di sini kerana  ianya menawarkan suasana romantik.
Menghabiskan masa berdua-duaan menaiki kereta kabel untuk naik ke atas  puncak gunung Mat Chinchang. Dari puncak, kita boleh melihat pemandangan dan pulau-pulau di sekitar Pulau Langkawi dan melihat permandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi sambil berpegangan tangan. 
Menyusuri titian gantung kereta kabel Langkawi atau Langkawi SkyBridge   adalah saat yang paling menggembirakan kami titian gantung yang melengkung ini.  Terasa gayat bila titian gantung bergoyang apabila angin bertiup kencang, tapi orang kesayangan sentiasa ada di sisi.

Langkawi juga dikenali sebagai sebuah pulau yang bebas cukai. Dah tentu kami berdua akan merasa percutian kali Ini lebih bermakna  kerana dapat  dapat menikmati pembelian yang murah berbanding dengan membeli barangan di Kuala Lumpur.

 
Semuga impian untuk bercuti sambil menikmati suasana  romantik  dan akan menjadi kenyataan. Dah tentu tertunailah hasrat hati  sempena perkahwinan kami yang ke 27 tahun dan berdoa agar ikatan perkawinan kami kekal abadi dan murni. 

Rabu, Disember 16, 2009

Hari ke 2 di Langkawi

 Biras akak ni bukak kedai depan umah dia...masak kat situ ajerlah..makan minum pun kat situ..pagi tu makan mee goreng
dulu masa anak ke 2 dia kecik..dia letak anak dia dalam kandang ni....sekarang dah besar..tempat ni dah jadi tempat mainan ajnak-anak jiran ajer....rumah dia kat belakang tu..tulah hotel kami sepanjang kami menjelajah di pulau langkawi ni..kalau duk kat hotel mau beribu riban duit suami akak keluar...
nilah buah hati mereka berdua...baru dalam 6 tahun kawin...baguslah budak 2 oarang ni ..tak kacau ibu dia berniaga..
pagi hari khamis...makan mee goreng...air bancuh sendiri..merasalah camner nak buat air kat kedai makan..
ira makan nasi lemak...pastu makan mee goreng
isi minyak dulu kat Petronas....(luper pulak apa nama tempat ni)..ambil gambar kat sini sebab lawalah pemandangan kat belakang petronas..banyak kapal layar...tentu tempat orang kaya yang labuhkan kapal layar mereka kat sini.
 Lepas minum ...jejalanlah pulak....bawak kereta dia orang....tak yah sewa kereta...kat sini sekarang ni dah payah dah nak sewa kereta tak ada permit (sewa haram) sebab jpj ashik buat sekatan jalanraya...dia orang tanya sape punyer kereta.....tinggal kat mana.....apa nama dia.....sebab dah ada kes....dia orang serang orang jpj kat situ...jadi jpj pun balas dendam..mereka kacau lah sesape yang sewakan kereta secara haram kat orang yang datang melancung...kena samanlah kalau tak dapat jawab...kereta kami pun kena tahan lepas isi minyak tapi di lepaskan sebab kereta adik ipar ni plat Wilayah Persekutuan...kalau plat Pulau Langkawi ..haru.....
kalau sewa kereta yang ada permit mahallah...kalau mpv dalam RM160.00....kalau kereta biasa dalam RM80.00-RM100.00...kawan suami akak datang sebelum kami gi ke sana....duduk 4 hari ..3 malam..sewa kereta mpv RM160.00 x 4 hari dan duduk hotel  2 bilik untuk 4 hari....kiralah berapa kos tu ajer....dah nak dekat beribu terbang cam tu ajer...belum lagi makan minum dan belah belah...busuk-busuk pun kena ada dalam RM3.,000.00-RM4,000.00...baru best ke sana.
Bilalah nak banyak duit beli kapal layar..kena bisnes baru boleh dapat banyak wang....kalau makan gaji susahlah sikit nak dapat duit banyak....anak buah ni mengekor sebab boring duduk kat umah.
Destinasi pertama kami ...... ke cable car di Gunung Mat Chincang..ramai sungguh orang walaupun dah pukul 11.30 pagi..al maklumlah cuti sekolah......panjang sungguh barisan nak naik cable car ni.....dulu pun dah pernah naik kat sini...rasanya tiket dah naik harga...kena tunjuk ic kalau nak murah lagi.....kalau nak gi ke sini...gi belah petang...taklah beratur panjang..sebab bila akak nak balik...orang dah tak ramai..

Naik cable car pun dapat discount...adik ipar call kat kaunter....bestkan....

dari perhentian ke 2 nak turun ke jambatan ni agak jauh jugak.....tapi rugi kalau tak merasa berjalan kat jambatan ni...
Masa pergi 5 tahun lepas tak ada jambatan ni.....saper yang gayat mesti gerun tenguk kat bawah...
rugi kalau tak ambil gambar
masa turun nak gi ke jambatan ni tak penat sangat...tapi masa nak mendaki balik...aduhai semput...bukan akak ajer yang semput..orang muda pun sama..masa nak naik cable car dia orang tak bagi bawak air..kena beli kat atas ni...kena tinggalkan kat bawah....akak dapat seludup 3 botol dalam handbag....masing-masing kehausan bila sampai kat atas...saper gi kat sini...sorok air dalam beg tangan...bawak beg besar sikit...kalau idak habis duit beli air kat atas ni...mahal beb...
tapikan...imran dan anak buah akak relax ajer...siap turun balik temankan akak nak naik ke atas..
nampak telaga tujuh dari atas....dekat ajer dengan cable car...tapi malas nak gi.dulu pergi pun tak ada apa yang menarik..lagi satu tak larat nak naik kat atas tu..

turun ke bawah kami makan ajer kat restoren kat bawah..masakan... .bolehlah tahan...tapi mahal ....kat area cable car ni di panggil oriental village....boleh beli kat sini...sebab coklat dan barang cenderamata taklah mahal sangat..

akak order nasi goreng..suami order char kueh tiaw...ira dan firdaus order ayam bakar...imran dan aiman (anak buah) nasi dan daging black pepper...lepas tu minum air sedap...mocha blended...ha ambik kau...bil nak dekat RM100.00

sekarang ni dah ada pulak tempat rusa dan arnab yang dilepaskan buat pengunjung bagi makan....tapi .kena beli makanan kat situ...
 
sepeket kecil  RM1.00 ..lepas tu akak merayau-rayau kat sekitar oriental village ni...tenguk barangan cenderamata dan kedai bebas cukai...

imran pulak seronok bagi makan ikan kat kolam kat situ...kena beli makanan ikan...satu peket pun RM1.00..itik pun tumpang sama..ada yang main motorbot control...mcm-mcm aktiviti...tapi semuanya di bayarin dong....ngak ada yang percuma....
memang lama sungguh kami lepak kat sini...sampai pukul 3.00 lebih...lepas tu gi jejalan kat Pekan Kuah...survey barang-barang...tak beli apa-apa pun..beli sedikit coklat buat kudapan...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...