OOO

Memaparkan catatan dengan label kenangan lalu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan lalu. Papar semua catatan

Sabtu, September 27, 2014

Bertemu Kembali Rakan Sekolah Menengah (P) Jalan Temerloh Kuala Lumpur

Assalammualaikum

Facebook memang memudahkan kita menjejak rakan sebaya ataupun teman satu sekolah yang puluhan tahun tak pernah jumpa lagi selepas menamatkan alam persekolahan.

Setelah puluhan tahun, akhirnya dapat juga berjumpa dengan rakan satu sekolah yang sama-sama menimba ilmu di Sekolah Menengah (P) Jalan Temerloh Kuala Lumpur (sekarang SMK Puteri Titiwangsa).  Akak cuma 3 tahun ajer dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Selepas peperiksaan SRP akak masuk ke Sekolah Vokasional Jalan Genting Klang Setapak, sekarang ni di kenali sebagai Kolej Vokasional

Dah banyak pertemuan demi pertemuan yang diadakan tapi di sebabkan akak ni dah duk jauh tak dapatlah join sentiasa.  Bila balik masa cuti sekolah minggu lepas berkesempatanlah dapat berjumpa dengan mereka tapi cuma yang ni ajer yang dapat jumpa. Tak apa lah kan.
Pelbagai cerita di zaman persekolahan menjadi topik perbualan sehinggakan  masa berlalu sebegitu pantas, sedar tak sedar 2 jam  kami melepak kat KLCC.
Walaupun dah berbeza rupa dan saiz badan, muka masing-masing tak banyak berubah.  Semuga pertemuan ini akan menjadi ikatan silatulrahim berpanjangan sehingga ke akhirnya.

Rabu, April 17, 2013

Nak Jadi Cam Muhammad Ali Kononnya

Abahku yang baik hati..kenangan bersama abah..
Al fatihah

Julai Tahun 1975

Satu petang..

Along..angah...alang..
Muhammad Ali nak datang Malaysia

Sape dia abah?

OOoo dia peninju terkenal..selalu kalahkan lawan dia.


wah bestnya..kita boleh tenguk tak abah?
Abah tak ada duit.  Tiket mahal..kita tenguk kata tv ajer.

Nanti dia lawan sape abah.(adik lelaki teruja)

Lawan dengan joe bugner kat stadium negara, kuala lumpur. 

Ooo omputih lawan orang hitam ker abah?

Ha ha ha ha..abah dan mak gelak.


Kami bertiga pernah baca pasal Muhammad Ali ni..orang islam rupanya.  Dia selalu menang bila lawan..berdarah-darah lawan dia kena tinju.  Muka pun bengkak bengkak, benjol sana..benjol sini. 
 
Oleh sebab dah jadi fenomena masa tu..abah belikan adik lelaki akak satu set penumbuk ni...dorang cuma main acah-acah ajer.  Tak berani nak tumbuk betul-betul..kang ada yang kena rotan.

Akak dan kak long pun pernah merasa pakai benda ni..kami main dalam bilik..waduh sakit gak bila kena penumbuk ni ek.
  
Al fatihah juga buat 3 rakan sepermainan waktu kecil di Kampung Puah Setapak Kuala Lumpur.

Khamis, Ogos 02, 2012

Kisah Si Imran

masa ni dia dalam hari lagi..

Akak upkan gak cerita anak akak yang paling kecil.  Sajer nak share pengalaman macamana pengalaman melahirkan anak-anak akak.  Setiap ibu memang akan mengingati saat indah sebegini walaupun masa nak bersalin memang sakit sangat.  Setiap kali bersalin memang kita akan merasa pengalaman yang berlainan..betul tak?

N3 ni akak tiap pada hari Jumaat, Januari 30, 2009 tanpa di edit semula..caca marba dan tulis panjang sungguh.  Al maklumlah baru nak mula berblog..jadi semangat nak pot pet pot pet masih rajin lagi.

Akak nak cerita pasal si imran pula....

Seperti yang semua tahu imran di lahirkan pada 21hb. Januari 2001.....
Alhamdulliah walaupun akak mengandungkan dia masa tu umur dah masuk 37, dari mula mengandung hingga bersalin tak ada pula masalah seperti darah tinggi atau pun kencing kotor.

Masa akak mengandungkan anak-anak yang lain penyakit darah tinggi tu memang ada...jadi akak berjaga-jaga..takut jadi apa-apa kat baby ....bila baca dalam paper,bila ibu-ibu yang mengandung agak lewatataupun telah berumur..... risiko nak dapat baby yang bermasalah agak besar...bila ke klinik, doktor bagi macam-macam ubat..akak memang rajin makan...memang dengar betul nasihat doktor zana di klinik naluri tu..

Bila tiba masa check up pun akak ikut tarikh yang doktor bagi tu....alhamdulliah dari awal kehamilan hingga ke akhir tak ada apa-apa masalah. Bila nak masuk sembilan bulan ...akak dah tak larat....akak cakap dengan doktor ..boleh tak keluar awal...tak larat nak bawak perut.....dia scan perut dan kata baby memang sehat tapi, kena tunggu lagi satu minggu sebelum due date...kalau dah lewat dari tarikh sepatutnya akak mesti datang ke klinik walaupun cuma 1 hari... takut nanti baby makan najis dalam perut ataupun baby lemas.

Patutnya 21hb. Januari tu akak ada jemputan hari raya rumah 2 pupu kat lembah keramat, cadang nak pergi lepas sembahyang zohor....jadi lepas breakfast .... lepak-lepak dengan suami....tiba-tiba akak rasa ada air mengalir..eh..eh...air apa pulak ni..... kencing dalam seluar ke? ..panik jugak dibuatnya...yelah selama ni bila masuk bulan ke sembilan aje dah ada darah tinggi..pastu doktor suruh masuk wad..jadi terpinga-pinga di buatnya bila keluar air macam air kencing.......takut betul....macam first time nak bersalin rasanya.

Suami pun suruh akak siap-siap..gi hospital....terpaksalah akak pakai pampers takut nanti basah baju/kusyen dalam kereta....sampai kat naluri dah dekat pukul 2.30 petang...perut pulak tak rasa lapar....macam biasalah di pam (tak ingat..panggil air apa)....pastu gi ke toilet...buang apa yang patut....hati berdebar-debar aje..dah lama tak bersalin...last bersalinkan ira tahun 1996.

Oleh sebab dah lama tak bersalin, usia pulak dah banyak... tak tahan pulak rasa sakit ni....kebetulan ada seorang budak perempuan perempuan menjerit melolong-lolong dalam labour room...lagilah akak kecut di buatnya.....tapi tak lama kemudian dia senyap...hairan jugak...tanya dengan nurse....apasal budak tu tiba-tiba tak dengar suara dia menjerit.....rupanya budak perempuan tu ambil suntikan epidural.....patutlah dia senyap...rupanya tak rasa sakit lepas di cucuk epidural tu.

Masa tu company suami memang dah tanggung rawatan bersalin ni.... akak bincang dengan suami boleh tak ambil ubat bius epidural tu....lagi pun bila lagi nak merasa benda ni..nak alami pulak pengalaman baru...ashik macam-macam problem masa melahirkan empat orang anak yang lepas.......cost dia dalam RM450.00.....suami pun bincang dengan doktor zana.....nasib baik suami setuju...dalam pukul 6.00 lebih pakar bius datang..cucuk kat belakang.....rasa macam semut gigit aje......bila dah cucuk tu akak tak rasa sakit pun...cuma bila datang resa....dapat rasa perut tu menegang....akak siap boleh tidur lagi....bestnya bila tak rasa sakit.

Nurse kat situ pakaikan akak satu klip di jari dan mereka pantau graf kat monitor tu...bila dah cukup masa nak meneran pun akak tak tahu....dalam pukul 10.00 lebih nurse kata pintu rahim dah terbuka besar...berapa cm lupalah pulak...dia call hb suruh datang...masa tu hb kat rumah jaga anak-anak yang empat orang tu...

Bila hb dah datang lega sikit hati akak..... tak lama doktor zana pun datang....dia pasang kaset orang berzikir..nilah pertamakali akak dapat dengar orang berzikir bila nak bersalin walaupun cuma guna kaset aje....akak tak tahu bila nak push....cuma bila doc kata push...baru akak push....penat jugak meneran bila usia dah banyak ni...tercungap-cungap akak di buatnya...2-3 kali jugak meneran barulah baby nak keluar...alhamdulliah akhirnya pada pukul 10.41 malam.. imran selamat dilahirkan. Bila keluar aje baby tu doc buka pulak azan...meleleh jugak air mata bila tenguk baby....

Selepas bersalin barulah terasa lapar...tak makan dari tengahari...nurse buatkan air milo dan bagi roti. Suami lepas azankan baby terus pergi cari nasi untuk akak..lepas settle semuanya akak
di tolak masuk ke bilik untuk seorang....menyesal pula duduk seorang ni...takut...

Tak lama suami akak sampai bawa makanan..dia tunggu sampai habis makan barulah dia balik kerumah bersama-sama uri yang nak di tanam.

Duduk kat sini 3 hari 2 malam..ambil package....anak-anak datang pada hari esok...semuanya excited tenguk adik baru....masa tu bincang apa nak bagi nama baby ni...entah kenapa dari masa mengandungkan baby ni suka sangat dengan nama imran...masa dah tahu jantina anak ni lelaki..lagilah akak suka bebeno dgn nama imran.

Lepas bincang dengan suami dan anak-anak...kami pilih nama Muhammad Imran.....masa dalam pantang imran ni buat perangai...siang tidur malam berjaga...penat akak dibuatnya berjaga malam....nasib baik ada astro..dapatlah jugak tenguk cerita macam-macam....nasib baik mak yang tolong masak...kerja rumah suami dan anak-anak-anak yang buat.

Biasanya anak-anak akak dari kecil memang kena penyakit kuning..tapi tak teruk sangat...yang si imran ni tak ada penyakit kuning tapi kena penyakit kulit pulak...kat leher dan ketiak ada keluar ruam....bila buat medical check up kali pertama kat naluri...doktor pakar kanak-kanak suruh bawak ke hospital...dia kata anak akak sakit...takut dan sedih betul masa tu..dahlah dalam pantang...

Lepas ambil surat dari doktor tu...kami terus ke hospital ampang putri...dan imran terus di masukkan ke inkubator...ashik melalak aje dia ni...oleh kerana dia menyusu badan..akak terpaksalah pergi ke bilik rawatan bila dia nak menyusu. Jauh pulak tu dari bilik nak ke situ..nasib baik badan akak dah kuat.

Akhirnya imran sembuh dan akak pulang semula ke rumah setelah duduk kat situ 3 hari 2 malam. Mula-mula mak akak malas nak jaga...akak pun carilah jiran yang sanggup nak jaga dia...tup..tup...akak dah dapat orang...mak nak jaga pulak....kesian katanya..lagi pun akak kerja setengah hari aje....

Bila 2 orang abang dan seorang kakak imran masuk asrama...tinggallah mereka berdua ni aje kat rumah...jadi mereka ni jadi member kamcing dan member bergaduh dan bertekak..pening dibuatnya..tenguk perangai 2 orang ni...tak sama dengan perangai abang-abang dan kakak dia..

Ira akak bawak ke tadika dan imran tinggal seorang kat rumah...alhamdulliah beliau tak pernah lagi sakit...cuma demam, batuk dan selsema tu biasalah..

Bila pindah di Jakarta...mula-mula si ira bersekolah kat situ..seronoklah dia..pasal ada member..bila ira bersekolah balik ke kl...dia ashik bad mood aje....nasib baik tak lama kemudian ada 2 keluarga datang dan tinggal kat apartment yang sama..cuma tingkat aje yang lain-lain..bila mak dan abah datang..dia sukalah..bila dia orang nak balik...dia menangis nak ikut balik...melalak kat airport....

Bila ira dah balik ke kl..akak terpaksa bergilir dengan suami....sebulan kat kl...sebulan kat jakarta..sampai giliran balik ke jakarta...imran tak nak balik...sebab tak best katanya....dalam bulan jun 2007 satu family balik ke malaysia....tinggallah satu family aje...

Kat airport jakarta masa nak hantar ira balik semula kekuala lumpur..akaklah yang uruskan pertukaran si ira ni...suami tak dapat ikut..dia tak leh cuti.

Dengan anak dia nilah imran berkawan..akak tak bagi dia bercampur dengan orang indon yang duduk kat apartment..kena hati-hati. Dengan family ni jugak akak berkelah buat pertama kalinya kat Pantai Anyer...

Dari tak pandai berenang...imran dah pandai berenang kat sini...tiap-tiap minggu ke sini..jadi masa si ira ada...ira yang ajar imran berenang.

Dalam perjalanan ke bandung....masa ni ira masih ada lagi...

Tak lama kemudian datang satu lagi family....tapi anak-anak akak ni dah besar...tinggal kat malaysia aje...datang bila ada cuti sekolah....akak ana ni suka bagi macam-macam kat imran.

Sebab dia anak yang kecil sekali...jadi dia ni manjalah sikit...kadang-kadang mengada-gada..tapi dia cukup takut dengan abang-abang dia...

Anak nama imran ni..time baik...baik bebenor..time dia bad mood...aiiiii susah nak cakap...

Bila dah balik sini...imran dah masuk 6 tahun...jadi masuk pasti ...kat situ ada mengaji dan akademik. Masa sukan tabika pasti si imran ni banyak pulak masuk acara sukan..sampai 6 kali...sebab ramai yang tak datang...yang bestnya dapat sampai 5 pingat...5 kalilah naik pentas.




















Sekarang ni dia minat pulak lukis kartun..terutamanya shinchan...suka main...kalau nak suruh belajar susah kemain...geram akak di buatnya...

Sekejap aje masa berlalu....dah 8 tahun rasanya....agak-agaknya dapat tak akak tenguk dia kawin nanti...mak doakan agar imran berjaya di 












dunia dan akhirat. Jangan nakal-nakal ye..(pasal dia suka baca blog akak ni..)...suami akak pun ada tanya....dah tak kerja tak nak baby lagi ke?dia kasi can akak bersalin nanti boleh ambil epidural lagi....tapi...akak tak sanggup dah....tunggu cuculah pulak...

Rabu, Ogos 17, 2011

Alahai Anak......

Sape lagi nak akak nak layan sekarang ni kat rumah , cuma Imran sahajalah budak kecik yang tinggal. Akak yang sibuk carikan baju, seluar dan kasut raya buat dia. Yang lain dah besar dah pandai pilih sendiri. Masa beli baju raya kat JJ sebelum bulan puasa tak ada pulak jual baju melayu lagi masa tu.
Bila pergi ke Jalan TAR akak pun masuklah ke Mydin. Mula-mula nak cari tudung tapi bila nampak baju Melayu budak lelaki akak pun beli kat situ sebab harga taklah mahal sangat. Bagi pandangan mata akak warna baju melayu ni lembut dan kain pulak sejuk bila di pakai.
Akak pun letaklah baju raya kat depan..
kononnya nak bagi dia happy
Tapi kan bila Imran balik dari sekolah...
Mak...mak...ni baju sape?
Baju raya Im lah.....
Haaaa apasal tak lawa..

Alahai....sedih pulak bila Imran kata cam tu. Bila ayah dia balik ayah dari kerja dia pun bagitau kat ayah dia...

Ayah..mak beli baju Im tak lawa..colour buruk..
Aaahhh lah..macam kain buruk ...warna pun tak cantik (sajer ajer suami nak kenakan akak)
Ina..ingat Imran tu kecik lagi ker? Dia dah pandai pilihlah..
Lain kali bawa dia sekali kalau beli.
Geram akak di buatnya... sabar ajerlah..budak sekarang tak macam akak dulu..apa mak abah beli pakai ajer..baju akak dengan kak long mesti sama..nasib baik kasut tak sama. Tak pun kami cakap apa-apa...rasa happy ajer bila dapat baju baru.

Selalunya mak suka belikan baju kat Globe Silk Store Jalan Tunku Abdul Rahman salah satu tempat membeli belah paling fofolur masa tahun 1970an dan 1980an..boleh dikatakan semua baju, kain ela, baju sekolah beli kat situ.

Kasut pulak mak dan abah suka belikan kat Central Shoe. Sekarang ni Globe dah tak ada cuma tinggal Central Shoe ajer. Teringat kenangan lama.

p/s Cuma anda tenguk...lawa kan baju melayu Imran ni....(nak pujuk diri sendiri)

Isnin, Julai 18, 2011

Nak Seribu Daya

Orang kata akak ni..pandai masak ...ermmmm rasanya akak macam mak-mak orang lain gaklah. Kena masak sebab suami dan anak-anak nak makan. Bila dah hari-hari masak tentulah tau camner nak budget bahan-bahan yang nak di guna. Orang kata kalau tak pandai tapi tak mencuba memang tak kan jadi. Sebenarnya kalau selalu kita buat kita akan dapat skill memasak. Cuba tenguk mak dan atok kita, mereka mana ada sukat-sukat, pakai campak-campak ajerkan. Sebab mereka dah biasa buat jadi mereka dah ada skill. Tak percaya..cuba praktikkan.

Masa belum kawin ada gak tolong mak , tapi cuma potong bawang, giling lada kering (tertonggek-tonggek giling cili..siap ada giliran akak dan kak long), siang ikan. Pernah sekali masak asam ikan kembung , rasa entah apa-apa. Kebetulan mak angkat datang, dia rasa..tenguk muka dia pun tau memang tak sedap masakan akak tu. Suruh mak buat ajerlah lagi pun abah agak cerewet, dia nak mak gak yang masak. Mak pun rajin kalau pasal masak memasak ni.

Masa baru kawin, hb duk jauh kat Jay Bee, akak duk kat gombak dengan family. Macamner nak belajar masak. Balik kerja ajer semua dah siap sedia. Kalau hari sabtu dan ahad akak dan kak long kemas umah yang se kangkang kera..mak gak yang masak. Suami kalau balik pun rasa masakan mak ajer sebab balik cuma sebulan 2 kali.

Bila dah beranak sorang pun masih duk dengan mak dan abah. Pun jarang pegang kuali dan periuk sebab masih lagi bekerja. Keluar lepas subuh dan balik dah petang. Memang pemalas sungguh akak masa tu. Masih ingat lagi, lepas raya gi naik bas ke rumah kakak ipar kat Teluk Panglima Garang di Kelang. Tak mampu lagi nak beli kereta.
Old Klang Bus Station (dulu nak gi ke Klang naik kat sini..tq google)
Sarapan pagi kat umah kakak ipar pastu naik bas ke stesyen bas di Kelang sampai di Old Klang Bus Station nak ke Gombak (dekat dengan Central Market). Dari situ naik bus mini ke Gombak. Penat kan naik turun bus dengan anak kecik.

ambik gambar kat google
Sampai kat umah dah tengahari. Mak, abah dan adik beradik lain gi beraya rumah saudara. Walaupun perut lapar akak tak masak sebab hb kata masih kenyang lagi. Bila mak balik dia tanya kenapa tak masak? Akak kata suami kat kenyang, buat per masak. Apa lagi mak membebel..marahkan akak.

Bila Russhdi berumur 6 bulan akak nekad berhenti kerja sebab ikut suami ke Jay Bee, masa tulah baru akak fully pegang kuali, periuk dan senduk. Masak pun yang senang ajer..kalau yang susah tak berani nak buat lagipun hb bukan pemakan orangnya.

Masak biasa ajer pun tak apa...nak buat pakai bahan mahal tak mampu sebab gaji hb kecik. Ada gak ikut resepi kat majallah yang selalu rasa tak sedap. Buat roti jadi keras..hb kata kalau baling kat dinding boleh pecah..lagi lah malas nak buat.

Duk kat Jay Bee tak lama, setahun lebih, berpindah kat Taman Melati, kemudian pindah lagi ke Gombak Setia. Dah memang dekatlah dengan umah mak. Kemudian akak dapat kerja balik dan mak yang kesian tolong masakkan lauk utama...akak cuma goreng ikan dan sayur. Kalau Sabtu dan Ahad baru akak masak, tu pun masak biasa-biasa ajer sampailah kami berpindah ke rumah sendiri di Sentul.

Dah pindah kat Sentul lagilah akak malas, sebab kami buat rumah ala town house,mak duk bawah atas duk kat atas. Akak bawak mak gi pasar setiap hujung minggu dan mak masakkan lauk utama dan siapkan semua bahan nak masak. Cuma tinggal masak ajer bila suami nak balik kerja
Bila berhenti kerja dan ikut suami duk kat Jakarta barulah merasa duk rumah. Bestnya dapat berehat, melepak tenguk segala cerita kat sana. Yang fofolur masa tu siri cerita Hidayah, Babi Ngepet, Extrawangza sampaikan akak boleh cakap macam orang sana.

Bila naik teksi, driver tu ingatkan akak orang medan ataupun orang padang. Kat sana pun akak masak macam mak ajar sebab masa tu teringat nak beli laptop nak buat blog. Kalau idak lagi best.Akak cuba gak masak cara kawan Malaysia yang lain.

Balik semula kat sini, akak malas nak kerja balik. Tak bagi lagi mak masakkan untuk kami sekeluarga. Masak apa ajer yang terfikir, nak masak sedap tak adolah. Dulu nak on laptop pun takut, jadi akak habiskan masa gi ke library dan pinjam novel.

Entah camner satu hari anak nak makan lauk apa tah...tanya dengan adik ipar dia suruh cari dalam myresepi.com. Langsung terjebak berforum kat situ dan dapat geng masak memasak. Mereka tunjuk masakan yang sedap-sedap dan akhirnya akak pun terikut-ikut nak buat. Masa tu gak kami sibuk buat blog sebab nak show resepi dan gambar masakan kat blog.

5hb. November 2008 akak mula berblogging .Klik sini kalau nak baca,Masa mula-mula mana tau nak buat blog cantik-cantik. Pakai taram ajer, janji ada tulisan dan gambar. Mana ada sangat orang datang ke blog masa tu dan akak tak tau nak letak iklan nuffnang.

Dari situ kami geng masak memasak akan memberi tips dan motivasi kepada siapa ajer nak mencuba apa-apa masakan kat blog MyResepi.com. Barulah akak tau camner nak masak nasi dan masakan serta kueh mueh yang anak-anak suka makan. Akak dah malas sangat ikut resepi kat Majallah, sebab bukan semua betul pun. Membazir ajer kalau buat sebab roti jadi keras dan masakan jadi tak sedap.

Bila semua anak-anak ada kat umah, tentulah tak berbaloi beli. Dah mampu beli bahan masakan yang mahal sikit dan sejak itulah akak cuba macam-macam masakan. Taklah pandai pun sebab masih lagi rujuk resepi.

Sekarang ni akak tak hairan sangat dah bila orang muda kata tak pandai masak..sebab akak dah mengalaminya dulu.

Alamak terlebih sudah..saja ajer nak pot pet..pot pet..


p/s tahniah buat #HarimauMalaya 3-6..walaupun kalah dengan Liverpool ..seronok tenguk siaran langsung kat Astro

Klik sini kalau nak iPhone 4 ?

Selasa, April 19, 2011

Kena Buli

Entah kenapa semalam malas betul nak buat N3.  Padahal bukan ada kerja pun..tak moodlah..kalau tak ada mood memang macam tu.  Nasib baik malam  tenguk Imam Muda 2011, tak ada keroje cari keroje, gilah ambik gambar tapi kali ni tak sempat nak ambik semua gambar peserta.  Laju sungguh bila tunjuk gambar dia orang.

Baca dalam suratkhabar hari minggu pasal anak artis Rozita Cik Wan dah  dikeluarkan  dari MRSM sebab kena buli dek senior.  Alahai buli membuli memang dah biasa kat mana-mana asrama.  Baik dari tingkatan satu ataupun di kolej dan ipta/ipts.  Rasa sayang gak sebab nak masuk ke MRSM memang susah bebeno, dah dapat peluang keluar pulak....tapi mungkin teruk kot anak dia kena buli.Taklah patah riuk kot..kalau idak tentu jadi cerita muka depan.

Kalau kat asrama pempuan tak teruk sangat cuma kena tahan daripada  mulut-mulut longkang .  Ataupun ada yang cuba cucuk jarum ajak keluar dari asrama macam di alami dek anak pempuan akak.

Biar akak cerita pasal kisah anak akak yang lelaki dulu masa duk asrama yer.
Suami akak yang sibuk nak masukkan anak ke asrama bila dah Tingkatan Satu.  Akak tak bagi sampai menangis-nangis masa mula-mula berpisah.  Al maklumlah anak sulung.

Tapi bila suami akak pot pet pot pet kata baguslah..itulah..inilah..terpaksalah akak sebagai isteri mithali mengikutnya...akak pun sibuklah cari sekolah agama swasta sebab russhdi tak dapat 5 A jadi tak ada can lah nak masuk asrama bawah Kementerian Pelajaran ataupun asrama negeri.

Masa tu akak rajinlah beli surat khabar harakah sebab kat situ banyak di iklankan sekolah agama swasta.  Puas akak gi survey bila balik dari mengajar..kat Puchong, kat Seremban, Ampang dan banyak lagi . Akak siap gi masuk ke asrama, tenguk kelas  dan persekitaran asrama.  Kenalah cerewet pasal ni semua, sebab semuanya perlu di bayar dan kita hendakkan kemudahan yang di beri berbaloi dengan wang yang di keluarkan.

Akhirnya dapat gak satu sekolah swasta di Beranang, nama sekolah tu Sekolah Seri Al Ain.  Tersesat-sesat nak cari jalan ke sini sebab sekolah ni kat perkampungan.  Tenguk persekitaran pun macam ok ajer.
Bila dah sekolah swasta tentulah bayaran mahal kan.  Tapi tak per kata hb akak, untuk masa depan mereka, kenalah rela mengeluarkan wang.  Sekolah ni baru jadi semua barang baru dan pelajar taklah ramai sangat.  Ada gak pelajar lelaki berumur 7 tahun dihantar dek ibubapa ke sini....aduhai kesiannya kecik-kecik dah di hantar ke asrama..kalau akak tak sangguplah kalau anak sekecik tu dah pi asrama.

Bila tiba hari nak buka sekolah tahun awal 1993, kami sekeluarga hantarlah beliau ke situ.  Bila dah siap kemas semua barang, masa nak balik, apa lagi melelehlah air mata. Sedihnya tak terucap tapi kena tabahkan hati demi nak melihat anak berjaya.

Kononnya akak belikanlah semua baru....tapi rupanya tak guna belikan barang baju dan spender berjenama sebab orang suka sapu bila di sidai  dan akhirnya lesap tak dapat di kesan.  Perkara ni berlaku gak kat sekolah asrama biasa.  Bila Russhci call ajer..ada ajer benda yang hilang..tension gak dibuatnya... selalunya baldi ataupun gayung di pecahkan dek budak-budak nakal.  Akak taklah kata anak akak baik sangat pun.

Rasanya 2 minggu/sebulan sekali kena camtu, lelama bincang dengan warden, tolong disiplinkan budak-budak ni dan akak ada gak gi soal jawab dengan bduak suka pecahkan baldi russhdi.  Lepas tu kejadian tu jarang berlaku cuma kes kehilangan baju seluar masih berlaku..tapi akak salahkan anak akak gak sebab dia pun cuai.  Yang lain tak ada masalah rasanya, tapi sayangnya dek sebab pengurusan yang tak betul sekolah ni terpaksa di tutup pada penghujung tahun 1993.

Kenalah cari lagi asrama baru.  Kali ni dapat pulak ke Sekolah Al Amin Seremban, dia belajar di Tingkatan 2.   Oleh sebab pelajar lelaki yang duk jauh tak ramai, pihak sekolah cuma sewa sebuah rumah berhampiran sekolah, tapi makan dan minum kena gi ke kantin.  Masa duk sini tak ada problem sangat sebab yang duk kat asrama cuma 10 orang,  sebab kebanyakkan duduk area Seremban.

Pada tahun 1995 akhirnya dapat gak duk dalam kawasan sekolah dan alhamdulliah kat sekolah ni semuanya teratur sebab guru semua memang berpengalaman dan Russhdi berjaya juga menghabiskan peperiksaan tingkatan 3.
Tapi sayangnya sebab Sekolah Al Amin tak ada asrama untuk Tingkatan Empat, terpaksalah akak kena cari sekolah lain.  Oleh sebab dah besar akak hantar pulak ke sekolah agama di Perak, setelah pergi tenguk sekolah tersebut.

Alhamdulliah akhirnya Russhdi selamat menempuhi peperiksaan spm di sana.  Oleh sebab mungkin dah besar tak ada pulak dengar cerita lagi tentang ada lagi barang yang hilang.  Alhamdulliah juga anak akak tak pernah patah riuk dan di buli teruk masa duk kat situ...setakat buli biasa cam basuh kain baju senior ataupun di suruh buat kerja adalah  kot.  Denda tu akak tak kisah sebab kalau dah melakukan kesalahan, mestilah terima hukuman..ala setakat di pukul dengan rotan tak sampai luka tak apalah..
Ada baik dan buruk duk asrama ni...tapi kalau anak-anak tak nak jangan di paksa sebab mereka memendam perasaan nanti dan memburukan masa depan mereka.  Kalau mereka nak gi sukarela tak per tapi kena selalu datang pada tahun pertama.  Ini pengalaman akak..pengalaman anda mungkin lain kot.

Sape ada pengalaman teruk kena buli...cuba ce citer...

Khamis, Mac 31, 2011

Kenangan Lalu

Sebelum baca pot pet akak ni minta tolong LIKE yer bagi yang belum,
sebab tarikh akhir 15 hb. April ni
(haritu check 1hb. April..ni dah tukr ke 15 pulak)
http://mastraveller.com/WhatsNew/IMASTravel/Blogs/India/2011/03/25/The-Journey-in-Bangalore-current-name-Bengaluru-India/186/
kursus pertama di Port Dickson selama 2 minggu..
sedih sebab berpisah dengan anak dan suami

Bila tenguk gambar ni..teringat balik kenangan masa jadi guru tabika perpaduan. Masa tu akak sajer ajer apply bila ada jiran bagitau ada kekosongan di Jabatan Perpaduan Negara sebagai Guru Tabika. Terima kasihlah pada Cikgu Saripah sebab sudi hantarkan borang kat pejabat. Akak ambil borang SPA kat bangunan kerajaan bertentangan dengan Dayabumi..lupa lak nama bangunan tu.

Akak boring duk rumah sebenarnya sebab Russhdi dah sekolah, Firdaus sekolah tadika islam dan Yana dah berumur 4 tahun. Duk pulak kat flat sri langkawi...tu sebabnya akak apply. Alhamdulliah akak telah di panggil untuk temuduga di Wisma Mirama.
baru kerja dekat 2 tahun anak murid menang menang
tarian perpaduan bagi Zon Sentul
Yang menemuduga pulak Pengarah sendiri dan 2 orang pegawai. Akak masa tu apply untuk Guru dan Pembantu Guru. Bila mereka tanya..
akak nak jadi guru ataupun pembantu..
tentulah akak nak jadi Guru. Bukan macam interview pun cuma tanya pengalaman masa akak bekerja dulu..
Kerja di mana? Jadi apa? Kenapa berhenti?
Ira tengah nak ambil hadiah pertandingan mewarna bendera malaysia..no 2

Last-last kena lukis gambar ayam jantan..pastu terangkan kat ner paruh, kepak dan sebagainya..sabar ajerlah ...
pastu kena menyanyi lagu kanak-kanak..nasib baik lah akak tau sebab masa anak-anak kecik akak suka beli cd lagu dan buku cerita buat mereka bertiga.

Mula bertugas di Tabika Perpaduan Taman Ibukota sebab kebetulan ada kekosongan..taklah jauh dari rumah...tapi dah tak ada dah tabika ni sebab telah di robohkan sebab nak besarkan jalan..tapak tu sekarang ni ada bangunan idaman..ala dekat OTK Gombak.

Akak gi kerja naik motor, bawa sekali Firdaus (6 tahun) dan Yana (5 tahun) walaupun tak ada lesen. Ira pun bersekolah kat situ juga.
Yana tengah berlatih tarian kat depan untuk persembahan di Stadium Negara..masa ni akak tengah mengandungkan Ira
Rupanya jadi guru tabika ni kena tau segalanya..kena tau menari, melukis, menyanyi, ambil minit mesyuarat, jadi bendahari dan macam-macam lagi. Pastu kena menghadiri mesyuarat dan aktiviti bersama Rukun Tetangga sebab di bawah satu kementerian. Apa pun aktiviti Rukun Tetangga kami kena datang gak..tension gak dibuatnya sebab aktiviti selalu diadakan pada hari Sabtu atau Ahad. Nak rehat pun tak boleh.
masa ni kursus di Pulau Pinang selama 2 minggu
Kursus pun kena attend jugak..selalunya 2 minggu dan pernah kena kursus selama 1 bulan di Kepala Batas di Pulau Pinang..Masa tu tengah mengandungkan Imran..seksa jiwa dan raga di buatnya..tak tahan rindu dengan anak, akak balik minggu ke 2 naik bas. Sampai malam Sabtu dan kena balik semula ke Pulau Pinang pada pagi Ahad. Dah kerja jadi guru tabika ni kadang-kadang hari Sabtu ada gak seminar dan lawatan. Mula-mula suami akak tak boleh terima..lama kelamaan dia faham dah.
Yana umur 5 tahun nak ambil sijil..acara wajib setiap tahun
Bila tiba akhir tahun kena fikirkan apa program nak buat ...samada kena buat tarian, gerakrama, dikir barat, ataupun boria. Nasib baiklah ada 3 kelas ..jadi boleh bincang nak buat apa.
Pastu kena bawak gi melawat ke mana-mana...pilihan kami selalunya Zoo Negara ataupun Petrosains. Kalau gi ke situ tentulah anak-anak akak 3 orang tu menyibuk nak ikut sampai ponteng sekolah. Tapi lelama mereka boring..ashik setiap tahun pergi tempat yang sama.
Tanyalah guru-guru ...apa makna buku ni..(ambil gambar kat google)
Inilah buku ringkasan/rekod pengajaran dan pembelajaran yang kena di buat setiap hari. Kena rancang apa yang perlu di ajar kepada anak murid. Kalau Pegawai Perpaduan datang dan check buku ni tak tertulis apa-apa..siaplah kena bagi tunjuk sebab. Nasib baik tak pernah kena ..sebab selalu buat ...tapi ada gak masa tak buat..sebab malas.

Pastu kena lukis gambar tema yang perlu kita ajar setiap minggu dan setiap bulan kena hantar ke pejabat di Sri Rampai. Pegawai nak check dan nak sign.

Akhirnya setelah mengajar selama 13 tahun akak berhenti kerna nak ikut suami walaupun rasa sayang sebab gaji dah banyak. Tapi tak apalah dah tak ada rezeki kan.

Memang seronok jadi guru tabika ni sebab apa yang kita ajar boleh di praktikkan kepada anak-anak kita. Seronok sebab mengajar separuh hari dan bila cuti sekolah ada kat rumah. Seronok bila ada ibubapa yang masih mengenali akak dan memanggil akak Cikgu..wah bangganya....ada gak anak murid yang masih mengenali akak. Ada juga bekas anak murid yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Yang tak seronoknya kena gi kursus, bengkel ataupun menghadiri mesyuarat bila cuti sekolah. Lagi satu yang tak best sebab kontrak 2 tahun...kena renew lepas tu tak ada kemudahan nak buat pinjaman perumahan.

Sekarang ni akak masih lagi pergi ke kelas tabika perpaduan..jumpa member lama. Tapi tak leh tahan tenguk perangai anak-anak sekarang..boleh sakit jantung di buatnya. Dah tua agaknya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...