OOO

Memaparkan catatan dengan label keputusan mentor 4. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputusan mentor 4. Papar semua catatan

Ahad, Julai 04, 2010

Juara Mentor 4- Zaina Zain/Mohd

 Hebat Mentor 4 malam ni..
Mula-mula sekali.. Nani/Azmeer menyanyi lagu Ramli Sarip.
  Mohd dan Ziana menyanyi lagu Maria Marian..kelakar bila seorang penonton wanita berbaju kuning mengikut gaya Ziana menyanyi..rasanya setiap  minggu dia ada..mungkin fanatik dengan Zaina kot..
Adi/Dayang menyanyi lagu Nakal.

Juri pro malam ni ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikal dari Singapore.
Pada pusingan pertama..Adi memulakan persaingan dengan menyampaikan lagu Sesuatu Janji.
Nani dan papa rock Ramli Sarip pula menyanyi lagu Istilah Bercinta dan lagu Jikalau Berkasih..suara Ramli memang best giler..akak dan suami memang minat dengan nyanyian dia.
Mohd pula menyanyi lagu baru bertajuk Cinta dan selepas habis menyanyi beliau  menyebut..I love you Mak...dan turun ke bawah lalu memberikan ibunya se kuntum bunga..riang ajer muka ibu dia bila Mohd menciumnya.

Pada pusingan ke 2 pula yang paling syok sebab Aizat berduet dengan Adi lagu Hanya Kau Yang Mampu..memang tak di nafikan suara Aizat memang best.
 Nani menyanyikan lagu baru ciptaan Azmeer bertajuk Terhenti di Tanda Koma...siap ada katil atas pentas..
Mohd pula menyanyi lagu Awie Tragedi Oktober dan lagu Itu Kamu.

Pusingan Ketiga pula Adi menyanyi lagu baru   bertajuk Tafsirkan Cinta dan di beri markah juri awam sebanyak 11 markah.
Nani pula menyanyi lagu Iklim Suci Dalam Debu dan lagu Ricky Martin ...ala lagu De Lova.. dan mendapat markah sebanyak 19.
Mohd pula menyanyi lagu bersama Fiq (Mentor 2) 3 malam tanpa cinta dan Bujang Senang dan juri awam memberi markah yang sama iaitu 19. 

Merah yang menyanyi lagu rock Langit & Bumi di umumkan sebagai Juara Uji Bakat Mentor 4 dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sejambak bunga.  Semua juri pro memilih merah di sebabkan vokal dan persembahan beliau yang mantap.

Sementara Saiful dari Melaka menyanyikan lagu Pulangkan (Misha Omar)..beliau yang boleh menggunakan 2 suara..lelaki dan wanita tetapi tidak cukup untuk menarik perhatian juri walaupun  di beri sorakan oleh penonton di situ.
Akhirnya Ziana Zain/Mohd menjadi Juara Mentor 4 dengan mendapat markah sebanyak 71 markah dan berjaya membolot RM100,000 dan trofi.
Dayang/Adi pula mendapat tempat ke 2 dan membawa pulang RM30,000 bersama trofi..
Azmeer/Nani mendapat tempat ke 3 dan mendapat wang tunai dan trofi sebanyak RM10,000.00

Gambar dari Facebook Mentor

Ahad, Jun 27, 2010

MENTOR 4-SAPE LAYAK KE FINAL (KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN)

Memang keputusan yang tak di jangka.  Ila Damia yang menjadi favourite di kalangan protege telah terkeluar di pertandingan separuh akhir peringkat ke 2 yang baru berakhir.

Keputusan rasmi setelah di campur markah keseluruhan (juri awam, juri pro dan sms)
 Azmeer/ Nani mendapat 55 markah. Beliau menyanyi lagu  Shima dan 2 lagu Inggeris.  Juri awam memberi markah 14.
 Dayang/Adi mendapat 44 markah.  Adi menyanyi lagu Inilah Cinta (Akim) dan lagu dari Krispatih.  Juri awam memberi markah sebanyak 12.
Joe/Ila pula mendapat 42 markah.  Walaupun Ila mendapat pujian kerana dapat menjiwai lagu Cinta di akhir garisan dan Asmaradana.  Bila Ila menyanyi lagu Asmaradana beliau telah di tegur oleh juri pro kerana suara bergetar ataupun tidak fit.

Ila telah di beri markah oleh juri awam sebanyak 12.
Manakala Ziana Zain/Mohd mendapat markah tertinggi sebanyak 59 markah.

Mohd mendapat pujian bila beliau menyanyi lagi Kau Ilhamku/Sri Kandi/Ibu Kota Cinta.  Adnan Abu Hasan memberi ucapan tahniah kerana Ziana pandai memilih lagu yang bersesuaian dengan suara Mohd dan beliau mempunyai gaya tersendiri menyanyikan lagu tersebut.

Juri awam memberi markah sebanyak 15.
Kesemua mereka menyanyikan lagu tribute buat Dato' Sheila Majid .  Antara lagu yang di nyanyikan ialah lagu Melodi dan Antara Anyer dan Jakarta.

Juri pro pada malam ini ialah Dato' Sheila Majid dan Adnan Abu Hassan.  

Kredit  gambar semasa  raptai Semifinal : Facebook Mentor 4

Ahad, Jun 20, 2010

Konsert Separuh Akhir Pertama (Mentor 4)

 Pada malam ni juri pro ialah Liza Hanim (yang dah pakai tudung..bertambah cun) dan pakcik yang susah nak senyum si Ramli MS.
masa latihan Adi dan Dayang
Mula mengambil giliran menyanyi ialah Dayang/Adi. 
 Mula-mula Adi buat gimik main paino sambil menyanyi..
 Mereka menyanyi duet lagi Kris Dayanti /Mencintaimu.
 Ila dan Joe menyanyi lagu Rap 2 Dunia dan Kau Ku Punya (?) di iringi oleh penari raplah kan...takkanlah penari joget.
 Bila sampai giliran Ziana/Mohd..akak tak tenguklah pulak...tapi nyanyi lagu rock..
 Lepas tu Nani dan Azmeer nyanyi lagu Hero..
ada versi Inggeris dan Bahasa Melayu.   
 Yang buat best bila Ila menyanyi lagi Beyonce/Hello..siap naik buai macam baby tidur..tapi taklah terlentang..duduk ajer..best vokal Ila..akak suker. 
Ila mendapat markah dari juri awam sebanyak 18 markah.
Adi/Dayang menyanyi lagu Ella/Dua Insan Bercinta di iringi oleh 4  orang pemain biola perempuan. Mereka mendapat 15 markah dari juri awam.

Nani menyanyi solo lagu Di langit ke Tujuh dan Dibawah Pohon Asmara dan beliau cuma mendapat marah sebanyak 14 dari juri awam.
Malam tadi Mohd  menyanyi sambil  duduk atas motor besar..beliau bersama Ziana menyanyi lagu dari filem Ziana  berlakun iaitu Maria Mariana dan juga Korban Cinta dan mendapat markah tertinggi sebanyak 19 markah.
masa ni semua menyanyi lagu Awie..di akhirnya Awie di beri sejambak bunga..

Yang lebih menarik perserta ujibakat yang telah menyanyi lagu di sepanjang konsert yang lalu pun boleh di undi sebanyak 2 orang untuk bersama dengan 2 protage di final nanti...sape yang akan di pilih...samada Saiful (nyanyi suara perempuan/lelaki) Damian, Hafiz dan 3 lagi.luperlah nama mereka..tapi akak suker peserta yang cacat tangan sebelah tu..

Kali semua peserta tidak diberi markah oleh juri pro...cuma bila di tanya pada Liza Hanim beliau memilih peserta terbaik Mohd dan yang kurang menyerlah ialah Adi.

Ramli MS pula memilih Nani dan tidak mau menyatakan sape yang kurang menyerlah. oleh sebab itu kita kena tunggulah pulak peringkat ke 2 nanti nak tahu keputusan penuh.

p/s Semua gambar di ambil dari Facebook Mentor 4...masa raptai.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...