OOO

Memaparkan catatan dengan label Akasia/TV3. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akasia/TV3. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 09, 2010

Episod Akhir Dendam Orang Minyak (Tak bestlah ending dia)

Akak terajin nak ambil gambar..sampai suami akak hairan..

Ina nak  buat apa ambil gambar?

Nak masuk bloglah..

Ada ker orang nak tenguk...

Letak ajer..orang nak tenguk..tenguklah...tak nak tenguk udahlah..sajer suker-suker tak keroje..cari keroje..

Gambar tak cantik ek..nanti akak dah banyak duit akak beli kamera gedabak ek...doakan ajerlah..
Bomoh yang tak habis-habis nak suruh bunuh orang..
Pak Rahim dengan anaknya cuba melumpuhkan orang 
minyak menggunakan buluh kuning.
Orang minyak dah mengamuk..habis semua di lawannya
Kecian dengan ibu Fendi..tak baik-baik penyakit dia..
nasib baik ada 2 orang ustaz datang melawat.
Pak Rahim cuba melawan bomoh dalam alam batin.
 Bomoh tu rupernya Wak Joko..(tok guru Lamin masa zaman dulu..wah bagus ek tak mati-mati)..tengah di lontar dengan cahaya api oleh ustaz dan Pak Rahim. (macam cerita indonesialah pulak..anak akak kata tok bomoh kena abu git..entah tak faham..apa maksud abu git tu.
Fendi telah terkepung
Tembakan pertama dari polis lelaki ni..
 Sebelum tu terkenang kisah lalu.
Inspektor Aina terpaksa memilih di antara cinta dan tanggungjawab sebagai inspektor polis.
Kecian..cinta tak kesampaian...geramlah kenapa nak tembak sebab
tok bomoh dah mati..
tak puas hati dengan ending cerita ni...

Ahad, Julai 04, 2010

Juara Mentor 4- Zaina Zain/Mohd

 Hebat Mentor 4 malam ni..
Mula-mula sekali.. Nani/Azmeer menyanyi lagu Ramli Sarip.
  Mohd dan Ziana menyanyi lagu Maria Marian..kelakar bila seorang penonton wanita berbaju kuning mengikut gaya Ziana menyanyi..rasanya setiap  minggu dia ada..mungkin fanatik dengan Zaina kot..
Adi/Dayang menyanyi lagu Nakal.

Juri pro malam ni ialah Acis, Adibah Noor dan Sheikh Haikal dari Singapore.
Pada pusingan pertama..Adi memulakan persaingan dengan menyampaikan lagu Sesuatu Janji.
Nani dan papa rock Ramli Sarip pula menyanyi lagu Istilah Bercinta dan lagu Jikalau Berkasih..suara Ramli memang best giler..akak dan suami memang minat dengan nyanyian dia.
Mohd pula menyanyi lagu baru bertajuk Cinta dan selepas habis menyanyi beliau  menyebut..I love you Mak...dan turun ke bawah lalu memberikan ibunya se kuntum bunga..riang ajer muka ibu dia bila Mohd menciumnya.

Pada pusingan ke 2 pula yang paling syok sebab Aizat berduet dengan Adi lagu Hanya Kau Yang Mampu..memang tak di nafikan suara Aizat memang best.
 Nani menyanyikan lagu baru ciptaan Azmeer bertajuk Terhenti di Tanda Koma...siap ada katil atas pentas..
Mohd pula menyanyi lagu Awie Tragedi Oktober dan lagu Itu Kamu.

Pusingan Ketiga pula Adi menyanyi lagu baru   bertajuk Tafsirkan Cinta dan di beri markah juri awam sebanyak 11 markah.
Nani pula menyanyi lagu Iklim Suci Dalam Debu dan lagu Ricky Martin ...ala lagu De Lova.. dan mendapat markah sebanyak 19.
Mohd pula menyanyi lagu bersama Fiq (Mentor 2) 3 malam tanpa cinta dan Bujang Senang dan juri awam memberi markah yang sama iaitu 19. 

Merah yang menyanyi lagu rock Langit & Bumi di umumkan sebagai Juara Uji Bakat Mentor 4 dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan sejambak bunga.  Semua juri pro memilih merah di sebabkan vokal dan persembahan beliau yang mantap.

Sementara Saiful dari Melaka menyanyikan lagu Pulangkan (Misha Omar)..beliau yang boleh menggunakan 2 suara..lelaki dan wanita tetapi tidak cukup untuk menarik perhatian juri walaupun  di beri sorakan oleh penonton di situ.
Akhirnya Ziana Zain/Mohd menjadi Juara Mentor 4 dengan mendapat markah sebanyak 71 markah dan berjaya membolot RM100,000 dan trofi.
Dayang/Adi pula mendapat tempat ke 2 dan membawa pulang RM30,000 bersama trofi..
Azmeer/Nani mendapat tempat ke 3 dan mendapat wang tunai dan trofi sebanyak RM10,000.00

Gambar dari Facebook Mentor

Ahad, Jun 27, 2010

MENTOR 4-SAPE LAYAK KE FINAL (KEPUTUSAN YANG MENGEJUTKAN)

Memang keputusan yang tak di jangka.  Ila Damia yang menjadi favourite di kalangan protege telah terkeluar di pertandingan separuh akhir peringkat ke 2 yang baru berakhir.

Keputusan rasmi setelah di campur markah keseluruhan (juri awam, juri pro dan sms)
 Azmeer/ Nani mendapat 55 markah. Beliau menyanyi lagu  Shima dan 2 lagu Inggeris.  Juri awam memberi markah 14.
 Dayang/Adi mendapat 44 markah.  Adi menyanyi lagu Inilah Cinta (Akim) dan lagu dari Krispatih.  Juri awam memberi markah sebanyak 12.
Joe/Ila pula mendapat 42 markah.  Walaupun Ila mendapat pujian kerana dapat menjiwai lagu Cinta di akhir garisan dan Asmaradana.  Bila Ila menyanyi lagu Asmaradana beliau telah di tegur oleh juri pro kerana suara bergetar ataupun tidak fit.

Ila telah di beri markah oleh juri awam sebanyak 12.
Manakala Ziana Zain/Mohd mendapat markah tertinggi sebanyak 59 markah.

Mohd mendapat pujian bila beliau menyanyi lagi Kau Ilhamku/Sri Kandi/Ibu Kota Cinta.  Adnan Abu Hasan memberi ucapan tahniah kerana Ziana pandai memilih lagu yang bersesuaian dengan suara Mohd dan beliau mempunyai gaya tersendiri menyanyikan lagu tersebut.

Juri awam memberi markah sebanyak 15.
Kesemua mereka menyanyikan lagu tribute buat Dato' Sheila Majid .  Antara lagu yang di nyanyikan ialah lagu Melodi dan Antara Anyer dan Jakarta.

Juri pro pada malam ini ialah Dato' Sheila Majid dan Adnan Abu Hassan.  

Kredit  gambar semasa  raptai Semifinal : Facebook Mentor 4

Jumaat, Jun 25, 2010

Jiwa saya kacau (Rosyam Nor bukan penipu)

 Sumber :Harian Metro

PETALING JAYA: “Jiwa saya kacau, ibu dan isteri saya menangis, malah ramai menghubungi saya bertanyakan perkara sebenar.
MANA BUKTI...Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.
MANA BUKTI...Rosyam pada sidang media bagi membersihkan namanya, semalam.
“Saya sedih sangat bila kenyataan di akhbar mengatakan saya penipu. Sepanjang 25 tahun terbabit dalam bidang hiburan, ini kenyataan paling mengguris perasaan saya termasuk anggota keluarga,” kata pelakon popular, Rosyam Nor menjawab dakwaan dia menipu orang ramai menerusi aktiviti syarikat jualan langsung.

Pelakon berusia 43 tahun berkenaan mengadakan sidang media khas membersihkan namanya selepas pelbagai laporan media mendedahkan beberapa ahli yang bernaung di bawah jenama Rosyam Nor Group (RNG) berasa ditipu.

Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin berkata, walaupun ada laporan media yang tidak menyebut namanya, tetapi dia percaya kenyataan itu merujuk padanya termasuk satu laporan akhbar mingguan baru-baru ini menyatakan dia dituduh menipu.

Akibat tekanan laporan itu, Rosyam bergegas dari penggambaran drama Cinta Selat Tebrau di Singapura hadir ke sidang media khas yang diadakan di sebuah hotel semalam.

Katanya, dia kini hilang kepercayaan daripada ahli selepas menceburi perniagaan yang menjual produk kesihatan, Power Impian lebih dua bulan lalu. Ketika ini, Rosyam mempunyai 3,000 ahli yang menyertainya.

“RNG bukan syarikat jualan langsung atau MLM, tetapi saya juga adalah ahli biasa yang menjalankan perniagaan menerusi Power Impian. Saya percaya syarikat ini kukuh kerana bernaung di bawah syarikat besar dan yakin dengan pelaburan untuk jangka masa panjang.

“Sebelum ini, saya berdiam diri apabila timbul gosip di akhbar yang saya tahu ia merujuk pada diri saya. Namun, apabila nama saya disebut, saya perlu tampil membuat kenyataan.
“Sejak laporan itu, perniagaan saya terjejas teruk. Saya tidak bodoh melakukan perkara ini dan pembabitan saya dalam perniagaan ini adalah cara membalas sokongan peminat dengan membantu menerusi perniagaan bersama,” katanya.

Rosyam memberitahu, RNG mendapat lesen perniagaan pada 8 Januari lalu dan menjalankan operasi sejak 13 April lalu.

Katanya, dia melabur RM300,000 untuk menjalankan perniagaan itu termasuk membeli iklan dan mempunyai pejabat sendiri.

“Ceramah perniagaan saya yang diadakan pada setiap Rabu kurang dapat sambutan. Jika sebelum ini saya mampu tarik 1,000 pengunjung, tetapi baru-baru ini, hanya enam pengunjung yang hadir.

“Janji syarikat ini akan memberi wang setiap dua minggu pada ahli tidak benar kerana Power Impian sebenarnya membayar bonus pada ahli yang layak jika ada pendaftaran ahli baru,” katanya.

Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang dan KL Menjerit pada Festival Filem Malaysia ke-21 (2008) dan ke-16 (2003) ini menyatakan mahu menyiasat punca laporan media yang dipercayai berasaskan e-mel yang dihantar kepada wartawan. Dia juga mengesyaki ada di kalangan rakan artis yang terbabit menyebarkan e-mel berkenaan.

“Saya sebenarnya menjangkakan perkara ini berlaku, tetapi ini menguatkan semangat saya untuk terus memajukan RNG. Buat masa ini, syarikat Power Impian mempunyai strategi untuk membersihkan nama saya.

“Jika saya dapat bukti mengenai pengirim e-mel ini, saya akan membuat laporan polis. Namun, apa yang berlaku mempunyai hikmah dan saya bersedia disiasat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika saya dikatakan penipu,

No komen...tak berani lah..kang tak ada pasal cari pasal..cuma berhati-hatilah yer..
 Akak memang suker dengan lakunan beliau...muka pula handsome..lagi satu akak suka sebab dia beringat sebelum tua...tidak berpoya-poya dan tak pernah lagi kena gossip camni..bersabarlah..kalau betul...tak apalah.....tak payahlah lagi nak susah hati.
 Apakah rahsia dia awet muda?
(gambar...terima kasih cik google)

Rabu, Jun 23, 2010

Akhirnya Imam Muda Abe Shara tersingkir (Imam Muda Astro Oasis)

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah

1.  Amiril Md Banin, 25, Kuala Lumpur; 
2.  Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang;
3.  Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan;
4.  Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; 
5.  Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; 
6.  Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; 
7.  Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; 
8.  Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; 
9.  Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan 
10.  Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.

IMAM MUDA yang julung-julung kali diadakan di saluran yang sememangnya amat sinonim dengan penerbitan program-program yang mempunyai unsur-unsur pembelajaran dari sudut kerohanian dan pengetahuan ilmiah iaitu Astro Oasis.
Pengacara bagi program Imam Muda ialah Ustaz Dzulkarnain Hamzah atau pun di kenali dengan panggilan Ustaz Zul di kalangan penonton setia di Astro Oasis melalui program Kalam Suci.

 Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz telah di lantik sebagai Mudir (Pengetua) yang akan membimbing calon-calon Iman Muda dan beliau akan di bantu pula oleh dua orang Murshyid (Mentor ) iaitu 

Ustaz Shahrizan Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.
Pada minggu pertama semua peserta Imam Muda telah  di bawa ke tanah perkuburan dan mereka di ajar cara menguruskan jenazah yang tidak di tuntut (berisiko tinggi/penyakit bahaya)...memang akak suker tenguk part yang ni..mengingatkan kita kepada kematian
semua peserta dibahagikan kepada 5 org setiap kumpulan dan mereka
semua telah melakukan tugasan dengan baik dan setiap pergerakkan di
di catat kat dalam kertas oleh panel....yang bagusnya semuanya tidak menunjukkan air muka jijik bila menatap mayat ini.
bertafakur  di kubur arwah yang tak berwaris setelah selamat di kebumikan
salah satu peserta menangis tersedu-sedu..sedih ..tapi akak tak faham sebab
dia cakap loghat kelantan kalau tak silap...

Minggu ke 2 pula tema dia kelahiran... bila di umumkan keputusan Imam Muda Adib tempat pertama, Imam Muda Taufek tempat ke 2 , Imam Muda Hizbur ke 3, Imam Muda Asyraf ke 4, ke 5 Imam Muda Azhar, Imam Muda Aran ke 6, ke 7 Imam Muda Miril, Imam Muda Abe Syara ke 8, Imam Muda Nuri ke 9 dan Imam Muda Syakir (peserta yang termuda sekali)  tempat terakhir..

Semua Imam Muda di bawa ke Rumah Dar Assaadah  (tempat perlindungan wanita bermasalah)di mana  cuma 5 orang imam muda telah menemuramah beberapa orang  pelatih yang telah terpesong cara kehidupannya.

Selepas itu mereka membentangkan kembali hasil temu ramah mereka  tentang anak luar nikah di depan hakim dan di situ mereka di kritik oleh pegawai yang hadir ...

Sedih tenguk Abe Shara menangis sebab terkenangkan jasa bapa beliau yang cuma bekerja sebagai pemandu. Kedua ustaz tidak berpuas hati di atas pembentangan semua peserta.


Setiap peserta di kritik oleh Ustaz Syed dan Ustaz Shahrizan (mursid)..tentang kelemahan dan prestasi mereka.
 Apabila Mudir Ustaz Hassan Mahmud Al Hafiz mengumumkan 4 peserta yang paling lemah iaitu IM Azhar, IM Asyraf, IM Adib dan IM Nuri..memang berdebar...
 rupernya memang tiada penyingkaran pada hari tersebut.  Alhamdulliah.
 Pada minggu ke 3 tema kanak-kanak pula di pilih dan setiap peserta akan di bawa tempat

 kanak-kanak Nur Salam di Chow Kit.

Sementara  itu Imam Muda Asyraf di pilih membaca kutbah semasa sembahyang Jumaat di Masjid Saidia Omar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.  Dalam program Imam Muda setiap mingguan semua peserta di kehendaki menjawab 50 soalan.

 Sebelum itu semua Imam Muda di beri motivasi oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sebagai pakar motivasi pagi program ini.

 Kanak-kanak di bawak berjalan-jalan dan di bawa makan.  Imam muda di bahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap dari mereka di beri seorang adik angkat dan mereka hendaklah mencari pendekatan terbaik bagaimana hendak memikat hati adik angkat masing-masing.  Bukan senang tau...ada yang bercerita dan menyanyi.
 Imam muda mengalirkan airmata semasa hendak berpisah dengan adik angkat
 setelah seharian dengan mereka di Rumah Nur Salam.

 Pada malam tersebut ....Mursid Ustaz Syed telah memanggil 3 orang Imam Muda dan mengulas prestasi yang telah di tunjukan oleh mereka pada tugasan kali ni.. ...IM Hizbur Rahman, IM Taufek dan  IM Adib (markah teori tinggi tapi praktikal kurang memuaskan).

Ustaz Shahrizan telah memanggil 3 orang Imam Muda iaitu  IM Nuri, IM   Muhammad Asyraf  dan IM Hazran dan mengulas prestasi mereka.

Empat orang pula iaitu IM Aran, IM Mirin, IM Abe Shara dan Ahmad Syakir di panggil untuk penyingkiran dan prestasi mereka amat mendukacitakan pihak mursid tetapi apabila IM Miril saja yang tinggal untuk saat penyingkiran tiba-tiba pada malam itu di umumkan tiada penyingkaran...sabar ajerlah.
 Setelah tiada  penyingkiran selama  4 minggu dan , akhirnya Sharafuddin Suaut, 26  peserta tunggal dari Borneo telah di singkir pada hari Jumaat lepas dan sekali gus tidak melayakkan beliau di gelar Imam Muda.  Beliau  ialah seorang Graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tema kelahiran pada minggu pertama merupakan cabaran getir baginya kerana memerlukan kemahiran komunikasi sebagai kekuatan.  Beliau juga merasakan tema remaja pada minggu keempat juga sedikit sukar, beliau mengaku sudah meramalkan dirinya sebagai peserta pertama yang akan meninggalkan rakan Imam Muda yang lain.

Walaupun Abe Shara telah kecundang, Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood berkata beliau masih lagi berpeluang mengikuti kursus intensif selama seminggu kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Juara Imam Muda akan menerima tajaan penuh biasiswa ke Universiti Antarabangsa al-Madinan, Arab Saudi dan tawaran sebagai seorang Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, juara juga bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, sebuah komputer riba disamping pakej mengerjakan haji.

Jadi , jangan lupa menyaksikan rancangan Kapsul yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di Astro Oasis pada pulul 6.55 petang manakala Imam Muda pula bersiaran pada setiap hari Jumaat pukul  9.00 malam.

Isnin, Jun 21, 2010

Bestlah Dendam Orang Minyak (Lagenda TV3)

Memang tak miss tau tenguk cerita ni...tak dapat tenguk belah petang...tengah belah malam..apa lagi nak buat...dari duk lepak kat pc ajer..layanzz cerita ni pun best.....
SEMPENA meraikan ulang tahun ke-26, stesen televisyen TV3 mengharapkan drama bersiri Dendam Orang Minyak yang disiarkan sejak 7 Jun lalu akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton.
Drama terbitan Suhan Movies yang disiarkan menerusi slot Lagenda arahan Haris Kadir itu mempunyai 20 episod. Penulis skrip drama itu ialah Zaidi Ahmad Tajudin.
 Ia membariskan pelakon popular seperti Aqasha, Azhan Rani dan Melissa Maureen Rizal yang ternyata berkesan dalam memikat para penonton supaya terus mengikuti perkembangan jalan cerita yang mencemaskan.

Dendam Orang Minyak yang telah memasuki episod ketujuh menyaksikan kebingungan Fendi (Aqasha), seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri.
Kehidupannya berubah setelah menjumpai dan menyarungkan sebuah cincin permata hitam dalam laci arwah ayahnya.
Setelah diberikan amaran oleh ibunya, Fendi cuba menanggalkan cincin tersebut tetapi gagal. Malah dia langsung tidak sedar apa yang telah berlaku.
 pempuan  ni model...dia  ni pakai susuk emas..kononnya nak cantik...
akhirnya mati di bunuh dek orang minyak
Fendi telah dipergunakan oleh Wak Man untuk mencapai tujuannya dan dirasuk oleh Orang Minyak iaitu Lamin (Azhan Rani) yang mahu membalas dendam terhadap generasi musuh-musuhnya.
Aina (Melissa Maureen Rizal) selaku pegawai penyiasat kes tersebut gagal menemui apa-apa maklumat dalam penyiasatan kes pembunuhan tersebut.
Fendi mula mengesyaki tujuan sebenar Wak Man yang memandikannya dengan minyak hitam dan mahukan penjelasan daripadanya.
Wak Man cuma mentertawakan Fendi dan menyatakan bahawa dia tidak mampu melarikan diri daripada keturunannya.
Dalam mimpi aneh yang dialami oleh Fendi, dia sebenarnya mengimbas kembali kehidupan Lamin sebelum bergurukan Joyo.
 bapa Aina...lakunan Raisuddin memang mantap
 Setelah isteri Lamin, Melati diperkosa dan dibunuh dengan kejam, Lamin mahu menuntut bela daripada Semandan rakan-rakannya namun dihalang oleh Pak Guru Anding.
Seman telah bersumpah bahawa dia tidak membunuh Melati tetapi mengesyaki bayang gelap yang sering merayau di kampung pada waktu malam.
Lamin meninggalkan kampung dengan dendam dan bergurukan Joyo. Demi mencapai kekebalan dan kesaktian seperti Joyo, Lamin perlu memenuhi syarat-syarat tertentu.
Lantas, adik-adik perempuan musuhnya menjadi mangsa Lamin. Meskipun Lamin berjaya dibunuh oleh Bakar dengan buluh kuning tetapi malangnya, dendam Lamin tidak berakhir di situ.
 ibu mangsa pertama orang minyak
 Walaupun tidak berdaya untuk melawan Lamin yang kini berjaya menguasai dirinya, Fendi tekad melepaskan diri daripada rasukan tersebut termasuk sanggup memotong jarinya.
 Aina pula berusaha untuk menjejaki pembunuh sebenar di samping mengambil berat tentang perubahan yang berlaku pada Fendi.
 Dapatkah Fendi menyelamatkan diri daripada rasukan orang minyak tersebut? Apakah Aina berjaya membongkarkan rahsia Fendi dan apakah tindakan yang akan diambil kemudian?

p/s kenapa akak suker tenguk cerita ni...dari dulu akak suker lakunan
Aqasha...tahniah ek dah bertunang.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...