OOO

Memaparkan catatan dengan label kerepek pisang tabek patah padang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerepek pisang tabek patah padang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 21, 2012

Minum Kopi Di Tabek Patah Padang

Muka tetap ceria walaupun terpaksa pakai lagi tudung, 
seluar dan baju yang sama..akak basuhlah belah malam,nasib baik pagi kering
 
Dari Rumah Bordir (Sulam)Hjh Rosmah kami ke  Tabek Patah..tempat INDUSRI KOPI TRADITIONAL “KINIKO
Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang sempit di mana terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m).  Memang sungguh indah pemandangan sawah padi yang terhampar 
 
Kat sini pun boleh gak nak bersanding kalau datang berdua.  Kena bayar yer. Kalau datang solo cam akak apa ke edahnya nak bersanding sorang-sorang kan.  Jadilah ambil gambar kat pelamin yang berwarna warni yang meriah sungguh.
 
Kat sini kita boleh lepak sambil minum kopi free jenama Kiniko.  Minumlah berapa cawan pun semuanya gratis tapi kalau nak makan kenalah di bayarin. 
Sambil minum kopi sambil makan pisang salai goreng.  Memang kaw kaw rasanya pisang salai ni bila di makan panas-panas.
 
Akak minta permisi ke dapur nak tenguk macamana cara dorang buat.  Pisang (lupa pulak namanya) tu besar sungguh, lepas dihiris, di salai pastu di celup dengan bancuhan tepung beras pastu digoreng dengan minyak yang banyak.
Beli kopi ni buat ole-ole..sedap lah..menyesal tak beli banyak..
sape pergi bukit tinggi nanti, boleh kirim  tak?
Alangkah damainya mengopi sambil menikmati alam ciptaaan Allah s.w.t.  Damai rasa di hati
teman-teman penghibur hati yang lara
Melihat pemandangan sebegini membuatkan hati merasa tenteram 
di sepanjangan perjalanan menuju tempat yang lain pula

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...