OOO

Memaparkan catatan dengan label Bukit Tinggi Padang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukit Tinggi Padang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 21, 2012

Minum Kopi Di Tabek Patah Padang

Muka tetap ceria walaupun terpaksa pakai lagi tudung, 
seluar dan baju yang sama..akak basuhlah belah malam,nasib baik pagi kering
 
Dari Rumah Bordir (Sulam)Hjh Rosmah kami ke  Tabek Patah..tempat INDUSRI KOPI TRADITIONAL “KINIKO
Di sepanjang jalan ke sana, kami melalui jalanraya yang sempit di mana terletak ditengah-tengah dua gunung yang terkenal iaitu Gunung Singgalang (2880m) and Gunung Merapi (2891m).  Memang sungguh indah pemandangan sawah padi yang terhampar 
 
Kat sini pun boleh gak nak bersanding kalau datang berdua.  Kena bayar yer. Kalau datang solo cam akak apa ke edahnya nak bersanding sorang-sorang kan.  Jadilah ambil gambar kat pelamin yang berwarna warni yang meriah sungguh.
 
Kat sini kita boleh lepak sambil minum kopi free jenama Kiniko.  Minumlah berapa cawan pun semuanya gratis tapi kalau nak makan kenalah di bayarin. 
Sambil minum kopi sambil makan pisang salai goreng.  Memang kaw kaw rasanya pisang salai ni bila di makan panas-panas.
 
Akak minta permisi ke dapur nak tenguk macamana cara dorang buat.  Pisang (lupa pulak namanya) tu besar sungguh, lepas dihiris, di salai pastu di celup dengan bancuhan tepung beras pastu digoreng dengan minyak yang banyak.
Beli kopi ni buat ole-ole..sedap lah..menyesal tak beli banyak..
sape pergi bukit tinggi nanti, boleh kirim  tak?
Alangkah damainya mengopi sambil menikmati alam ciptaaan Allah s.w.t.  Damai rasa di hati
teman-teman penghibur hati yang lara
Melihat pemandangan sebegini membuatkan hati merasa tenteram 
di sepanjangan perjalanan menuju tempat yang lain pula

Khamis, Februari 09, 2012

Hari Pertama Ke Bukit Tinggi Padang (Part 2)

28hb. Januari 2012 (Sabtu)
 
Dari kedai Putri Minang kami gi kedai Bika Si Mariana.  Kemudian ke sini..alahai lupalah pulak nama tempat ni.  
 
Akak masih bersabar lagi..tak beli apa-apa pun.  
Sayang nak belanja duit jutaaan itu
Pemandangan di pasar..ambil atas bas ajer
banyak tul orang jual kobis
Singgah kat sini...kami tak beli apa-apa ..sajer menjamu mata
 
Suka dengan kain warna biru tu...cantik kannnn
Kedai depan..macam-macam ada..tapi semua tak beli..
org tak beli akak pun tak beli gak lah
masjid ada di mana-mana..
Kami kemudian ke Toko Cany Sulaman  (kredit pic : Fb Cany Sulaman)
Kat sini ada jual kebaya kanak-kanak..wah dorang beli sebab ada anak kecik..akak jamu mata ajerlah
Antara yang di jual....suka dengan kain hitam tu..lepas membeli belah kat sini, semua dah penat..kami terus ke hotel
 
kitaorang check in di Hotel Karisma, lepak dalam bilik.  Akak sebilik dengan Kak Midah sebab kitaorang ajer yang solo, yang lain couple..sedih aaaaa..apa nak buat hb tak nak gi kat sini..
 Lepas maghrib kami gi makan malam sambil tenguk pemandangan di waktu malam..meriah betul sebab ramai yang jual macam-macam makanan
Makan masakan padang lagi..tak jauh dari hotel..gambar malam gelap..
ambik waktu siang
 cam biasa macam-macam lauk di letak atas meja..akak makan 
ayam pop dan sup..
 Air ini juga yang jadi pilihan..
 yehaaa keluar gak duit kat sini..terpaksa beli baju baru..nasib baik jumpa saiz akak..akak beli gak jubah sebab harganya berpatutan..tapi kenalah pandai tawar menawar.  Peniaga ni ambik gak duit Malaysia. 

 berakhirlah malam pertama di sini..nantikan sambungannya..sabar yer..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...