OOO

Memaparkan catatan dengan label kisah nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah nuffnang. Papar semua catatan

Sabtu, September 25, 2010

Setialah pada yang satu ( 1 love Nuffnang)

Akak nak pot pet..pot pet ni...

Bila akak gi blogwalking ....akak selalu terbaca dan tertenguk tentang penulis blog yang selalu berpaling tadah dengan pengiklan.

Sekejap ke situ..sekejap ke sini....tak nak setia pada yang satu.  Mungkin kat sini dia rasa dia tak dapat income banyak.  Jadi dia pun tukarlah kepada yang lain.  Bila ada hal terjadi ..dia akan balik semula pada yang asal.

Akak akui akak dulu pun macam tu..frust sebab jarang dapat RM (ala bukan boleh kaya pun cam Redmummy dan Kennysia)..pernah gak terlintas nak gi ke hijau.

Nasib baiklah tali barut akak memujuk akak dengan kata-kata semangat sehingga akak terjaga dari mimpi setelah tidur di siang hari.

Dan sekarang ni dah berpijak di  bumi nyata yang berblog ni susah nak kaya raya.  Kalau berjaya pun mungkin ambil masa bertahun.  Macam Redmummy..dulu cuma dapat RM90 masa mula-mula berkecimpung dalam dunia blog..sekarang ni setelah lebih dari 5 tahun (lama kan) barulah beliau menjana pendapatan sebanyak tu.

Macam akak juga...dulu tahun pertama baru RM200 lebih..sekarang alhamdulliah..lepaslah nak buat pelaburan sedikit.

Akak kena ambil masa juga nak berjaya macam tu, ibarat bertatih dulu, baru merangkak dan terus berlari.
Oleh sebab terlalu setia ada yang kata akak orang kuat Nuffnang (masa gi ke event Gengblogger)
 wah best tu...semuga masinlah mulut mereka yang berkata begitu...
 Ingat tau..setialah pada yang satu..(gambar dari facebook syahirul)
 bila jumpa blogger ashik gelak ketawa ajer 
makan minum mesti ada..
orang kuat Nuffnang gak ni..Darkbatman
pojiepooh dan adik manis..luperlah pulak nama.

Sedihlah gambar masa kat sini dah hilang sebab cpu dah rosak..terpaksa cilok dari orang lain.  Jadi akak abadikan gambar gath kat sini..

p/s yang best sebab join Nuffnang ni dapt gi events ni dan jumpa orang fololur..akak?? Lambat lagi kot

Jumaat, September 17, 2010

Wah Nuffnang Masuk Dalam SuratKhabar Kosmolah

Oleh sebab sibuk melayan tetamu dan ashik gi beraya tak berkesempatan nak baca kisah Nuffnang masuk dalam suratkhabar Kosmo.  Kalau nak baca gi ajer pasal pendapatan lumayan dengan nuffnang (klik ajer kat sini)

Sebagai seorang blogger yang terlebih rajin join event  (baca kat ruangan belah kanan) dan dah merasa mendapat pendapatan dari Nuffnang  (selaklah kat label A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best )  akak memang menyokong Nuffnang walaupun dulu pernah nak merajuk sebab susah nak dapat BE.

Alhamdulliah sekarang ni akak merasa dapat BE setiap bulan dan sekarang ni merasa gak dapat lebih dari seratus,
dan pernah akak dapat satu BE mencecah hampir ke RM100.  Kalau dah dapat Buffered Earnings ataupun dalam Bahasa Melayu Pendapatan Terumpuk kita mesti pandai tarik trafik seperti kata 
 sumber..Kosmo Online
 Timothy (Pengarah Urusan Nuffnang), blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog.
 Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Dan akak bersetuju bila beliau menyatakan..

Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Jadi tepuk dada tanya selera..janganlah di fikirkan sangat  keuntungan bila berblog sehingga bila kita obses tentang nak dapatkan income tetapi tidak berjaya  sehingga kita akan berhenti separuh jalan sebab kecewa.

Kalau baca pengalaman top bloggers mereka memang bekerja keras sehingga menghabiskan masa berjam-jam di depan computer semata-mata nak update blog.  Kalau yang dah berkeluarga kita kena pandai bahagikan masa jangan sampai keluarga terabai Sokongan dari suami memang amat di perlukan.


Dan mereka juga bukan terus menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit dalam sekelip mata tetapi berusaha dari bawah.  Jadi bukan senang nak senang yer..berusahalah dengan penuh jujur dan ikhlas..insyallah pasti berjaya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...