OOO

Memaparkan catatan dengan label timothy tiah pengarah urusan nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label timothy tiah pengarah urusan nuffnang. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 18, 2010

Perasan Jap Jadi Macam Selebriti di Geli-Geli Plus (gplus my)

 alamak nampak gigi taring da....
Akak  kenalah hargai bila tali barut akak ambil gambar akak masa gi event geli-geli hari Sabtu lepas.  Banyak gak gambar akak daydeck ambil.  Sebenarnya akak memang nak tunggu gambar dari beliau, tetapi ada pulak masalah yang mendatang pastu  dia pulak bzzz.

Akak mana boleh tunggu lelama kalau nak buat N3, akak pun ciloklah dari member lain dulu.  Sayang tak share gambar  yang beliau. Daydeck memang suka ambil gambar candid..terpaksa letak gak walaupun buruk.
nasib baik dia tak ambil kat angel punggung..kalau idak malu weii
ada gaya macam student tak?.lencana 1 love Nuffnang mesti pakai.
 Nilah barisan orang kuat di sebalik penubuhan kelab ni..akak ada ambil tapi tak clearlah pulak..
rasanya semua dah faham
tali barut ku ...
Michelle orang kuat Nuffnang..apasal tiap kali jumpa akak mesti terlupa nama dan sape dia..jangan marah Michelle
opppp ada pulak muka Anak Perak...entah bila dia ada kat belakang ..
 sawanilla tak habis makan..armster call sape tah..(gambar Fb Redlinda)
Yang tengah tulah ahemss anak perak..
macam pelakun Hindustanlah Lily dan Hamzah..nasib baiklah mereka tak guling-guling atas rumput
 aksi kami
busuk hati betuldaydeck dan Eyriqazz ni,mentang-mentanglah diaorang tinggi,
dia hadang muka akak..langsung tak nampak muka akak..tapi akak tak sentap aaa
Posing jangan tak posing..Jejai, Sawanila dan Hamzah har..har..har...
kat gambar N3 yang lalu tak berapa nampak...ha ni kau...takut tak?? Cik Mat Gebu...akak tak taulah real ker idak..sebab tak leh masuk dalam.  Takut nanti kami semua tersampuklah pulak kat situ.
 Best tau kalau ambil Kursus IT...tenguklah skrin tu..apple tau...menurut kata staff Taylor's University, cuma di sini ajer yang menggunakan skrin mahal ni untuk private university
Gossip dengan Jaz, Miss Xeroz dan adik dia.
Miss Xeroz kata akak happy ajer, ashik gelak ketawa,
la..mestilah happy kan bila dapat jumpa bloggers
apa pandang-pandang..ada hutang ker..
muka garang tapi ..hemmm kang orang kata angkat bakul sendirilah pulak..
sape yang dah kenal baru tau akak macam mana..jangan menilai dari gambar dan air muka yer..

Terima kasih tali barut akak daydeck.  sape nak tenguk lagi sila lah ke Facebook Daydeck 

Jumaat, September 17, 2010

Wah Nuffnang Masuk Dalam SuratKhabar Kosmolah

Oleh sebab sibuk melayan tetamu dan ashik gi beraya tak berkesempatan nak baca kisah Nuffnang masuk dalam suratkhabar Kosmo.  Kalau nak baca gi ajer pasal pendapatan lumayan dengan nuffnang (klik ajer kat sini)

Sebagai seorang blogger yang terlebih rajin join event  (baca kat ruangan belah kanan) dan dah merasa mendapat pendapatan dari Nuffnang  (selaklah kat label A Nuffnang/contest/duit/event/movie/best )  akak memang menyokong Nuffnang walaupun dulu pernah nak merajuk sebab susah nak dapat BE.

Alhamdulliah sekarang ni akak merasa dapat BE setiap bulan dan sekarang ni merasa gak dapat lebih dari seratus,
dan pernah akak dapat satu BE mencecah hampir ke RM100.  Kalau dah dapat Buffered Earnings ataupun dalam Bahasa Melayu Pendapatan Terumpuk kita mesti pandai tarik trafik seperti kata 
 sumber..Kosmo Online
 Timothy (Pengarah Urusan Nuffnang), blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog.
 Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

Dan akak bersetuju bila beliau menyatakan..

Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Jadi tepuk dada tanya selera..janganlah di fikirkan sangat  keuntungan bila berblog sehingga bila kita obses tentang nak dapatkan income tetapi tidak berjaya  sehingga kita akan berhenti separuh jalan sebab kecewa.

Kalau baca pengalaman top bloggers mereka memang bekerja keras sehingga menghabiskan masa berjam-jam di depan computer semata-mata nak update blog.  Kalau yang dah berkeluarga kita kena pandai bahagikan masa jangan sampai keluarga terabai Sokongan dari suami memang amat di perlukan.


Dan mereka juga bukan terus menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit dalam sekelip mata tetapi berusaha dari bawah.  Jadi bukan senang nak senang yer..berusahalah dengan penuh jujur dan ikhlas..insyallah pasti berjaya.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...