OOO

Memaparkan catatan dengan label klia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label klia. Papar semua catatan

Rabu, April 30, 2014

KLIA Ekspres Memang Pantas

As'salammualaikum


Anak 2 orang ni sibuk nak naik kliaekspres (Express Rail Link) ataupun dipanggil ERL yang mana menghubungkan KL Sentral dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
tiket tak boleh bawa pulang
Demi menunaikan hasrat di hati kami bawalah mereka merasa naik masa nak balik ke Miri, kami naik dari KL Sentral.


Kalau  naik ERL di KL Sentral boleh terus checkin dan masukkan beg tapi dengan syarat mesti 2 jam dari masa penerbangan dan dah beli tiket ERL terlebih dahulu.



Tambang yang di kenakan adalah RM35.00 untuk seorang dewasa manakala untuk kanak-kanak separuh harga.



Kalau naik seorang hingga 2 orang  kira oklah tapi kalau naik lebih dari 5 sekeluarga boleh tahan gak aaa kena bayar tapi lebih senang sebab sampai lebih kurang 30 minit sahaja.

Setahun sekali bolehlah yer anak, lain kali balik biar abang yang hantar kat airport yer :)


Isnin, Januari 02, 2012

Selamat Pulang Anakku

Hari Jumaat lepas akak ke KLIA nak jemput anak.
Puas menunggu barulah tampak kelibat anak akak ni.
Imran terus menerpa masuk bila ternampak kelibat abang dia..
rindu dengan abang dia kot
Sekejap ajer masa berlalu, tup tup dah setahun lebih beliau di sana, 
alhamdulliah akhirnya tamatlah pengajian Russhdi
Doakan agar beliau beliau berjaya pula mendapat kerja

Rabu, September 29, 2010

Demi Masa Depan...Pergilah Anakku

gelagat 3 orang Muhammad..tinggal 2 orang ajer dah kat umah 
Malam tadi pergi ke KLIA..jangka berlepas pukul 3.15 pagi..
tapi delay sehingga pukul 4.15 pagi...sabar ajerlah
hantar russhdi nak sambung belajar..
ishhh miss my 2 anak dara akak
tengah dengar taklimat..takut tersesat kang..tak sampai
 kat tempat belajar kang..pasal transit kat Dacca..
gelagat anak buntut aka anak kecik..dia kebosanan
 tak ada kawan nak main......dan baby tua yang sengal
seeee..akak tak nangis kan...
sempat senyum macam kerang busuk lagi
ingat russhdi..jaga diri, jangan tinggal solat dan 
jangan membazir pound tau..tentu dah tau kat mana dia pergi kan
oh sapekah si dia ni???
bersalaman dengan member kolej
Semuga Russhdi berjaya menghabiskan pengajiannya di sana nanti.   Dan semuga beliau selamat  sentiasa  semasa di sana.  Mak dan ayah mendoakan agar kamu dapat membawa pulang apa yang diidamkan.  Jangan berpoya-poya..kat sana banyak godaan.  


Tak taulah emak dan ayah dapat gi sana ker idak?  

Rabu, Julai 29, 2009

Akhirnya....masa yang di nanti telah tiba

Tenguk beg aje dah terasa sayu dihati...al maklumlah..tak pernah lagi berpisah jauh macam ni..tempat yang tak pernah di impikan..tapi nak buat camna..terpaksalah redha....jpa nak hantar ke sana..nak buat camna...

JPA dah siap bagi duit rupee...senang sikit macam tu...ira berangan nak duit tu...akak kata kena belajar pandai-pandai..nanti dapat ikut jejak kakak dia..

Yana memang tak pernah ada laptop...bila nak pergi ni ayah dia hadiahkanlah benda ni..sukalah hati dia..tapi benda ni memang kena ada..senang nanti akak nak ym....hantar e mail ataupun pakai webcam..ayah dia hadiahkan jugak kamera..senang dia nak ambil gambar dan mak dia bolehlah tayang gambar dia kat blog akak..

Imran yang sibuk nak tolak troli tu..

Kenangan bersama-sama adik beradik..

Masih sempat lagi bergurau senda..

Kenangan bersama keluarga

Tenguklah air muka akak tu...ada muka sedih ke???? Tak lah kan..mama rock mana nak jiwang-jiwang....

Adik lelaki akak pun datang jugak...nak pergi se orang..yang menghantar..biasalahkannn

Sementara menunggu pihak jpa nak bagi taklimat...kami lepak dulu...imran dan anak buah akak sibuk nak beli barang kat airport...harga mencekik darah...

Senyuman dari pelajar ... tentu seronok nak gi tempat orang...pelajar india tu lagi seronok gamaknya...balik ke negeri dia....

Bersama junior KTT Salak Tinggi...mereka jenguk senior nak fly....kolej ktt sediakan bas ke sini....kat belah akak tu si nina yang baru masuk ke ktt 3 minggu..selama ni ashik bersapa di alam cyber...akhirnya jumpa pulak kat airport...terharu pulak rasa hati bila dia sanggup cari akak kat sini...acik doakan agar nina jugak berjaya macam kak yana dan dapat pergi ke india dalam masa 2 tahun lagi...tapi kena study hard ye...mintak-mintak pergi pulak sama tempat dengan yana..

Sebelum turun ke bawah...ambil gambar lagi....bukan akak aje yang sibuk snap sana...snap sini...orang lain pun sibuk macam akak jugak.......nanti kat bangalore..masing-masing berpisah...gi ke tempat yang berlainan......russhdi pun menyibuk nak posing kali terakhir...

Yana pun macam akak jugak...relax aje...siap senyum lagi...amanat terakhir sebelum dia ke balai berlepas...

Mereka gelakkan akak...mereka kata mata akak merah sebab nak menangis...ha..ha..ha...akak tak nangis tau...betul...tak tipu..

Ira pun senyum...tak mainlah nangis-nangis...

Rajin betul kawan-kawan yana dari sekolah seri putri dulu datang nak hantar yana fly...

Sebelum turun ke bawah....ada yang menangis sebab sedih...akak menangis dalam hati udahlah...good luck yana...mak doakan kejayaan Yana

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...