OOO

Memaparkan catatan dengan label kuih-mueh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuih-mueh. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 06, 2008

Resepi Tepung Pelita


Kalau bulan puasa ...memang kuih nilah yang selalu beli...kalau makan kuih ni ..terasa sejuk je tekakkan...oleh kerana sekarang ni...anak dah ramai....kalau seorang makan 4 biji..x dengan 7 orang..dah berapa kena beli....kira sendirilah...nasib baik jumpa resepi si Yani taukeh myresepi ni..terima kasih ye yangi....sekarang nak jimat cermat punya pasal....terpaksalah buat...nak pakai daun pisang tu susah sikit rasanya....jadi gunakan aje bekas plastik..

Bahan-bahan untuk lapisan bawah (hijau)

1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula
3. 5 cawan air
4. 4 helai daun pandan di mesin dgn sedikit air (akak buat 7 helai)tapis.
5. sedikit kapur dan garam
6. pewarna hijau (ni akak tambah sendiri)
7. gula secukupnya - untuk diletak diatas lapisan hijau.

Cara-cara
1. Campurkan tepung beras, air, air daun pandan, gula, garam dan air kapur.
2. Masak di atas api perlahan sehingga campuran diatas menjadi pekat dan berkilat.
3. Bila dah masak cepat-cepat masukkan ke dalam acuan yang disukai. akak gunakan bekas plastik aje...
4. Selalunya part ni...anak-anak suka tolong...tapi panaslah..kena hati-hati...lepas di tuang taburkan sedikit gula.....dalam resepi tak tulis..akak saje-saje tambah...kalau idak rasa tawarlah...

Bahan untuk lapisan atas (santan)

1. 1 biji kelapa di perah menjadi 4 cawan santan.
2. 4 sudu besar tepung beras (ratakan)
3. sedikit garam

Cara-cara
1. Campurkan semua dan masak di atas api perlahan sehingga pekat.
2. Tuangkan ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan.

Memang senang dan mudahkan nak buat kuih ni...kat rumah akak kena buat 2x ganda..kalau idak...... tak cukup
.

AKAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH KAT RUMAH AKAK..PETANG NI NAK BALIK KE SEGAMAT.
TAPI KENA MASAK DULU KAT RUMAH UNTUK ANAK BUJANG 2 ORANG..
.

KEPADA SAPE YANG MEMANDU..BERSOPANLAH DI JALANRAYA...AKAK DOAKAN SEMUGA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI..

Khamis, Disember 04, 2008

Karipap Pusing

 
Semalam liyana bukak mulut nak makan karipap..okeylah..macam tu tolong kupas kentang..bawang......dia nak karipap lapis..alamak lecehlah..janji dengan yana...tolong mak klim tau..benda ni nak kena banyak kali gelek....suruh dia buat adunan tepung ikut resepi rinnchan....inti resepi akak sendiri...

Bahan-bahan untuk inti

1. 6 biji ubi kentang (di potong kiub atau di parut kasar)
2. 2 biji bawang besar (dipotong halus)
3. 4 biji bawang putih (di tumbuk)
4. 6 biji bawang merah (di tumbuk)
5. 1/2 inci halia
6. 4 sudu makan kari ayam (kalau nak pedas..tambah lagi)
7. 1 tangkai daun kari
8. 200 gram ayam/daging di potong kecil(kalau nak tambah pun boleh..lagi sedap)
9. minyak dan garam secukup rasa
10. kiub ayam maggi (optional)/air

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk. Masukkan juga daun kari.
2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air..biarkan hingga naik minyak..masukkan pula ayam/daging. Masukkan garam.
3. Masukkan ubi kentang dan bawang besar dan tambah 1 cawan air.
4. Masukkan kiub ayam maggi dan masak sehingga ubi kentang empuk dengan api yang perlahan.
5. Biarkan sejuk sebelum di gunakan.

Bahan-bahan untuk doh minyak

1. 300gm tepung gandum
2. 1/4 cawan minyak masak
3. 1/2 cawan air suam
4. secubit garam

Cara-cara

Letak garam dalam tepung. Tuang minyak sedikit demi sedikit dan gaul dengan jari. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat di jari. Bahagikan kepada 6-7 bahagian.

Bahan-bahan untuk doh marjerin

1. 150gm tepung gandum
2. 100gm marjerin (akak ganti dengan mentega..marjerin tak ada stock)

Cara-cara

Campurkan marjerin di dalam tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak menjadi adunan yang tidak melekat di tangan. Bahagikan kepada 6 -7 bahagian.

Adunan minyak mesti besar dari adunan marjerin.

Tutup adunan minyak dengan rapi.

Canaikan.

Gulung memanjang.

Canai lagi. Nanti akan jadi adunan yang panjang.

Potong 2.

Gulung lagi dan potong 2-3 bergantung kepada panjang doh..

Jadi macam ni...

Canai lagi..

Klim macam biasa.

Goreng hingga keemasan.


Gambar blur sikit...hari nak hujan masa tu..tak pasang lampu..dapat banyak jugak..puaslah makan..
Memang leceh buat karipap ni...kalau 2 orang buat cepat sikit..patutlah orang jual mahal. Tapi akak suka yang biasa.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...