OOO

Memaparkan catatan dengan label majlis perkawinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis perkawinan. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 22, 2013

Bila Kompang Di Palu

Oleh kerana majlis perkawinan saudara akak merupakan majlis kawin terakhir buat mereka suami isteri akak abadikan banyak gambar untuk di dijadikan kenangan.  Selepas ni tak ada lagi majlis kawin dah kat sini.

Kalau sape yang boleh tenguk gambar majlis khatam dan majlis nikah bolehlah ke SINI dan SINI yer.  Nak tanya..ada masalah tak loading gambar besar camni?


Pelamin di Di Luar Rumah
Seronok dengar alunan cak lempong ni..muzik tradisional yang patut di pertahankan..budak kecik tu tengah syok dengar alunan muzik
Kakak pengantin dengan anak-anak kesayangan..
sedondon uuuuu..amboi boleh jadi model iklan gigi
My family yang sentiasa happyyyy termasuk omak akak yang bergayo dengan spek hitam diooo :)
Seronok tenguk silat di iringi dengan muzik live
Cam berjoget pun ada gak kannn
Pasangan yang sama sepadan..suka tenguk gaun purple ni..akak memang peminat warna ni
Entah apalah si Aizat ni pandang..muka akak pun ada iras pengantin perempuan..putih melepak ..tapi masa tengah remajalah..ala dah tentu ada pertalian darah..mestilah ada sikit persamaannya
Bapa pengantin perempuan yang mengalirkan airmata sebelum merenjis..:(
Ibu pengantin perempuan yang vogue
Ciuman Sayang
Gaya Tersendiri
Ala Comei..comei..2 berdua tolong 
bagi telur kat tukang renjis 
Ciuman Dari The Only  Abang Kesayangan..
Kakak Ipar
 Tersenyum bahagia
Bapa Pengantin Lelaki
Ibu
 
Suka tul tgk kanak-kanak 2 orang ni..

Makan time
 gadis-gadis  yang happy jaga guest book dan tukang 
ambik gambar tepek kat buku tu..
Ucapan Dari Kami Sekeluarga

Isnin, Februari 18, 2013

Majlis Akad Nikah Dan Berinai

Pelamin Nikah


Ibu Dan Anak
Berpegangan tangan untuk meredakan gemuruh di hati pengantin perempuan
Bapa pengantin perempuan sendiri 
yang menikahkan anak bongsu
Air mata berlenangan setelah selesai akad nikah..antara gembira dan sedih
Semua yang hadir  ingin memahatkan memori 
di hari yang berbahagia


My sis, anak buah dan mak tersayang
Leganya semuanya sudah selesai...pengantin lelaki
Antara hantaran..kamera best
dihiasi bunga segar
Senyuman manis pengantin perempuan
Kek fondant yang menjadi perhatian
Saling menyarung cincin
Acara yang di tunggu oleh semua yang hadir..semua suka :)
Ibu kedua mempelai (sebelah kiri ibu pengantin lelaki..pernah skodeng blog akak :) cari resepi..)
Kakak ipar, kakak pengantin perempuan dan 
anak-anak serta kakak long akak
Sementara menunggu majlis berinai bermula..pack door gift
Sama cantik dan sampa padan berbahagia 
di atas pelamin yang indah
gaya manja..x per kan..dah halal

Selasa, November 27, 2012

Blogger Afra Wedding

Assalammualaikum

 
Hari minggu yang lalu akak gi jemputan kawin blogger Afra yang cun.. akak kenal Afra ni dah lama dah..selalu berjimba-jimba di events terutama event NN.
 Sebelum tu bergaya kat sini dulu..
Majlis perkawinanan di adakan di Putrajaya..tengah memikir nak tulis apa kat Guest Book..cantik sungguh props kat sini
sama cantik sama padan di pelamin yang sungguh indah..
 Akak doakan agar  kamu berdua berbahagia sehingga ke akhir hayat
 
 Tempat yang menjadi tumpuan...coklat..
macam-macam ada
ada buah-buahan, candy dan biskut yang di celup dengan coklat..walllaaaa
sumijelly dan Madam Nopa..bam bam anak Nopa ni ..seronok ada geng blogger..boleh pot pet pot pet sambil makan-makan...

Sabtu, September 15, 2012

Kenduri Kawin/Jumpa Geng Blogger

 Tengahari tadi akak gi majlis perkawinan di Puchong
Sambil di temani oleh anak-anak sahaja disebabkan  suami kerja.  Majlis perkawinan anak saudara Nor Secubit Garam blogger masakan yang telah lama akak kenali. 

Pernah bertemu pertama kali di Geng MYResepi di KLCC, dah lama tak bertentang mata dengan beliau..cuma sms ataupun dengar suara ajer di hp. Bila nak habis makan Nor suruh pandang ke belakang
Kalau Nor tak kenalkan..memang akak tak kenal blogger ini.  Wah sukanya hati dapat jumpa Makcik Manggis.  Akak suka ke blog Mak Cik Manggis sebab sukakan masakan yang ringkas yang di sediakan buat keluarga tercinta.  Macam biasa kalau geng masakan jumpa memanglah ashik pot pet pot pet.
Akhirnya dapat juga bertemu dengan beliau dan Nor.  Kalau nak tau anak Makcik Manggis yang belajar di UK tu pernah jadi anak murid akak  di kelas tabika perpaduan pada tahun 1989 tapi akak dah tak berapa cam muka anak beliau.  

Al maklumlah dah lama dah berhenti mengajar.  Nanti nak suruh Makcik Manggis upload gambar anak lelaki beliau.

Kalau nak ikutkan tak puas pot pet pot pet tapi apakan daya anak-anak dah resah gelisah..lagipun akak ada satu lagi jemputan rumah terbuka.
Lawanya pasangan pengantin..pengantin perempuan ialah anak saudara Nor.  Sebenarnya ada 2 pasangan tapi tak sempat nak snap.  Semuga kedua pasangan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih Nor sebab sudi jemput akak sekeluarga.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...