OOO

Memaparkan catatan dengan label gambar pengantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar pengantin. Papar semua catatan

Isnin, Februari 18, 2013

Majlis Akad Nikah Dan Berinai

Pelamin Nikah


Ibu Dan Anak
Berpegangan tangan untuk meredakan gemuruh di hati pengantin perempuan
Bapa pengantin perempuan sendiri 
yang menikahkan anak bongsu
Air mata berlenangan setelah selesai akad nikah..antara gembira dan sedih
Semua yang hadir  ingin memahatkan memori 
di hari yang berbahagia


My sis, anak buah dan mak tersayang
Leganya semuanya sudah selesai...pengantin lelaki
Antara hantaran..kamera best
dihiasi bunga segar
Senyuman manis pengantin perempuan
Kek fondant yang menjadi perhatian
Saling menyarung cincin
Acara yang di tunggu oleh semua yang hadir..semua suka :)
Ibu kedua mempelai (sebelah kiri ibu pengantin lelaki..pernah skodeng blog akak :) cari resepi..)
Kakak ipar, kakak pengantin perempuan dan 
anak-anak serta kakak long akak
Sementara menunggu majlis berinai bermula..pack door gift
Sama cantik dan sampa padan berbahagia 
di atas pelamin yang indah
gaya manja..x per kan..dah halal

Rabu, April 25, 2012

Majlis Perkawinan Sekarang

Sekarang ni boleh di katakan majlis perkawinan yang di adakan di Malaysia telah berubah dari zaman dulu.  Dulu sebelum  majlis perkawinan akan di adakan, seluruh masyarakat akan  berkumpul di rumah pengantin 2-3 hari sebelum majlis berlangsung dan akan menolong membuat persiapan apa yang perlu.

Apa yang jelas, perbezaan antara majlis kahwin di kampung dan di bandar, dahulu dan sekarang memang cukup ketara. 
Masa majlis perkawinan akak 26 tahun yang lepas, seminggu sebelumnya mak dan abah jemput orang terpenting yang akan menjayakan  majlis perkawinan terutamanya tukang masak dan penolongnya berkumpul di rumah.  Mereka adalah orang penting..kalau tak ada mereka tentulah tetamu yang hadir tak dapat makan.

Sehari sebelum majlis berlangsung, jiran tetangga akan tolong membasuh ayam, memotong bawang dan bermacam-macam kerja lagi.  Esoknya mereka akan menolong menghidangkan makanan secara berhidang untuk tetamu yang hadir.  Sanak saudara akan bermalam di rumah pengantin dan   mereka akan menolong tuan rumah sehingga majlis selesai.

Sekarang semuanya itu tiada lagi terutama di bandar-bandar tetapi budaya rewang masih ada  di kampung. Di bandar budaya rewang  makin berkurangan disebabkan masyarakat sekarang teramatlah sibuk. Kebanyakkan majlis perkawinan di buat secara buffet, saudara mara yang datang cuma makan  kerana mereka tak ada kerja yang hendak di lakukan. 
 

Semuanya gara-gara kemodenan dan pembangunan dan tiadanya sikap ingin bantu membantu seperti masyarakat dahulu.  Gaya hidup zaman sekarang telah mengubah pandangan kita terhadap tradisi masa silam dan budaya.
Majlis perkahwinan sekarang lebih glamor berbanding masa yang lepas daripada segi persiapan  termasuklah  makan minum, hiasan, peralatan yang diguna sehingga kepada penampilan pengantin dan hantaran iringan yang pelbagai rupa dan bentuk.

Ianya semakin mudah bila adanya perkhidmatan juru runding perkahwinan.  Sekarang ini boleh dikatakan setiap majlis perkawinan ada warna tema masing-masing seperti biru, pink dan purple.  Dari hiasan khemah, pelamin sehingga cenderahati akan mengikut warna tema yang di pilih.

Apa nak buat zaman dah berubah kan.

Pengantin adalah anak kepada kakak jiran yang berhampiran rumah akak.  Semuga mereka berbahagia sehingga ke anak cucu.
  
p/s Nanti majlis perkawinan anak akak pun kena buat camni kan..hermmm kena kumpul duit dari sekarang

Selasa, September 20, 2011

Kenduri Kawin Adik Tali Baruts

 Oleh sebab ada 3 jemputan terkejar-kejar akak nak terjah kat sana sini.  Aliran trafik memang teruk, kereta punyalah banyak di jalanraya.  Semua pun cam akak juga ada jemputan kawin dan open house.

Pengantin dah sampai masa ni.  Tak ada can nak ambil gambar mereka berarak, terus ajer makan bersama CikLily Putih bersama suami.  Suami akak tak leh join sebab kerjalah  pulak minggu ni.
 Sape kata pengantin tak cantik..tipulah kan.  Tak kenal pun dengan adik pengantin
 cuma kenal dengan Bean Moreno. Keluarga Bean ada gak yang jadi blogger termasuk isteri dan ibu beliau.  Akak pun Bean yang tolong tukar ke dot.com.
Cantik gift ni. Coklat yang sedap.  Nanti nak tanya dengan mak Bean..kat mana tempah.  Lepas tu mengharung lagi kesesakan jalan raya nak ke Setapak.

Kalau nak diikutkan malas nak gi kemana-mana cuti hujung minggu sebab tak sanggup nak redah jem kat sini sana tapi bila orang dah jemput rasa tak sedap pula tak pergi terutama majlis perkawinan.
Betul tak?

Isnin, Julai 11, 2011

Penangan Bersih 2.0

Nak ker tak nak pegi? .nak ker tak nak pegi?
Akhirnya pegi juga ke jemputan kenduri kawin kat Bukit Jelutung Shah Alam. Tak sampai hati tak pegi sebab mak pengantin kawan suami masa belajar pastu kerja pulak satu pejabat dengan suami.
Takut nak keluar ikut ke Kuala Lumpur sebab banyak jalan yang di tutup, tak nak tersangkut, sebab masa balik dari ambil anak di LCCT malam Sabtu ada 2 road block dekat lCCT dan persimpangan nak masuk ke Maju Express Way.

Masa sekatan jalan tu, ada yang tak berdisiplin potong barisan, geram sebab polis tak nak saman. Sampai kat umah pukul 3.00 pagi. Menci betullah.
Kami ikut highway DUKE pastu masuk ke highway NKVE, tak kisahlah bayar tol janji cepat sampai. Perjalanan kami lancar tapi bila tiba selepas persimpangan Subang (kalau tak silap) ada sekatan jalan.
Fuhyoooo panjang ooo ..dekat 3km sampai ke persimpangan Batu Tiga. Mana taknya dari 3 lane jadi satu line ajer. Kesiannya sebab akak nampak ada perempuan keluar dari kereta pastu muntah-muntah. Ada yang keluar dari kereta sebab kena matikan enjin dek sebab lama sangat menunggu.

Disebabkan kesesakan yang teruk, mereka terpaksa buka jalan, bagi peluang sape yang nak pusing balik.
Bila dah tenguk camtu mula kami berbincang, cari jalan nak balik semula ke Gombak.
Akhirnya selamat sampai kat Dewan Bukit Jelutung Shah Alam. Lepas habis makan tak lama sampailah kedua pengantin.
cantiknya ole-ole untuk rombongan pengantin lelaki..kat dalam ada cc
Lepas tenguk tenguk pengantin bersanding kami beredar.
Selalunya waktu puncak meja penuh dan susah nak cari tempat nak makan, tetapi tenguklah sendiri berapa banyak meja yang kosong padahal dah pukul 1.00 lebih. Ini semuanya di sebabkan banyak jalan tutup dan ramai yang malas nak datang takut terperangkap di jalanraya.

Kalaulah akak yang jadi mak pengantin mesti rasa risau kan tenguk suasana camni.
Suka dengar pukulan cak lempong ni. Masa kat luar ramai yang berbincang terutama yang balik se mula ke Kuala Lumpur macam akak ni, camnerlah nak cari jalan nak balik ke rumah masing-masing.

Pasang radio sebab nak dengar kat mana jalan yang di tutup dan yang jem teruk, senang nak rancang perjalanan pulang.
Kami menghala ke Jalan Batu Tiga Shah Alam, disebab bila tenguk jalan kat Federal Highway jem teruk, kami ambil keputusan ikut jalan ke Putrajaya pastu masuk pula Maju Express Way.

Keluar kat Jalan Tun Razak, jalan ke Jalan Bukit Bintang pun di tutup, mesti teksi yang bawa pelacung nak ke situ mengamuk tak leh hantar penumpang.

Terus ajer ke Highway DUKE sebab kat Bulatan Pahang ada persimpangan yang ditutup juga takut gak jalan jem. Bila kira duit tol habis nak dekat RM10.00 satu hala. Sabar ajerlah. Suami kata kat driver/manager/Firdaus..

Nasib baik kita ikut jalan yang betul, kalau idak malam baru sampai rumah kot.


Sampai kat umah, anak tanya ..
mak apasal gi umah orang kawin lama sangat?
Ni semua BERSIH 2.0 punya pasal..

Isnin, Mac 28, 2011

Serba Biru

Pengantin lelaki 2 dari kanan sepupu akak belah abah. Buat majlis kat Dewan Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Buat sekali 2 pasangan dengan sepupu punya sepupu belah ibu dia..faham tak? Kongsi buat majlis sebab majlis belah lelaki. Jimat kan kalau macam ni.
Best gak buat kat sini..sejuk..pastu bila azan zohor dah berkumandang, ramai yang pergi solat. Akak dan adik ipar yang duk kat Shah Alam..dia kecik..akak besar
Pengantin perempuan duk dekat area rumah akak masa bujang bersama adik beradik..sekarang ni duk kat kajang.
Serba biru..memang akak suka warna macam ni. Sejuk mata memandang. Buat kat sini kena ambil catering merekalah pulak. Tak boleh ambil yang luar.
Semuga berbahagia sehingga ke anak cucu.

Selasa, November 23, 2010

Trends Orang Kawin Sekarang

Sekarang ni trends orang kawin guna kerusi besar. Kalau rumah apartments/pangsapuri/flat/kondo..memang tak leh ikut trend ni.
Mana nak muat letak kat hall. Dahlah besar gedabak pelamin ni. Kalau buat kat dewan ataupun duk umah banglo best ni. Masa ni pelamin dibuat kat halaman rumah sebab halaman umah luas.

Nasib baik tak hujan lebat. Kalau idak tak tau nak kata apa..takkan nak nyanyi pelamin ku musnah..lagu lama tu.

Kalau untuk majlis potong kek..banyak yang guna cupcakes ajer..senang kan..tak yah nak potong-potong. Buat sememeh kat meja tu ajer bila kena potong kek.
Imran pun suka tenguk hiasan yang di letak di meja-meja tetamu
bunga pahar ni sebiji macam akak kawin dulu..guna dip ...berpusing balik fesyen lama ni ek
bunga fresh
suka dengan benda yang bergantungan ni
Pelamin untuk 2 pasangan
Sesuailah zaman sekarang ni buat majlis kawin kat dewan. Kat Kuala Lumpur ni ramai yang duk kat rumah tinggi..tak ada tempat nak buat majlis kawin. Kalau duit banyak boleh buat kat hotel. Lagi grand.

Hari Sabtu lepas jiran kat umah akak buat gak majlis perkawinan anak perempuan yang pertama. Yang tak best sebab akak tak ambil walau sekeping gambar pun. Ishhh rugi tul lah.

Bila tanya berapa RM habis?

Dalam RM30,000.00. Sebab ambil katering dan pakej perkawinan. Tu belum masuk 3 ekor kambing panggang . Harga RM800.00 seekor.

U mak aiiiiiiii banyaknya kena habis duit nak buat majlis kawin anak ni. Aduhai time anak akak pulak berapalah pulak kena keluar RM ek? Garu kepala gak ni..

Suami akak kata pulak..

Ina...kalau nak jimat buat ajer kat masjid...jamu 5-6 dulang. Habis cerita.

Ada ker patut dia kata macam tu?

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...