OOO

Memaparkan catatan dengan label makaroni bakar sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makaroni bakar sedap. Papar semua catatan

Isnin, April 01, 2013

Resepi Makaroni Bakar

Assalammualaikum
Buat lagi  macaroni bakar resepi dari Kak Ida ..dulu buat kecik-kecik..kali ni masuk dalam bekas kaca besar...ada lebihan sos spaghetti daging..tu yang rajin nak buat.  Bila cuti sekolah ni jamu anak-anak yang ashik lapar ..lapar..lapar..ajer bila duk kat rumah.


Bahan atas: 
2 cawan susu full cream
2 biji telur
4 sudu besar tepung gandum
1 susu teh dry parseley
1 sudu teh dry basil
satu peket onion sup mix atau beef cube (akak buh beef cube)
salt and pepper to taste.


Macaroni 250gm

Resepi spaghetti sauce kat SINI. 
Cara Membuatnya
1.  Pukul  semua sehingga sebati.  Ketepikan.

2.  Rebus makaroni sehingga lembut..lebih kurang 250gm kemudian toskan. 



3.  Bubuh minyak zaitun sebelum di letakkan macaroni kemudian  tuangkan cecair di atas dan letak spaghtetti sauce.  
4.  Kemudian taburlah mozarella cheese banyak mana yang anda suka.

5. Bakar dalam oven panas 200C selama 15 ke 20 minit atau sehingga cheese mula kekuningan...pastu potong dan sesuai di makan pada waktu petang.

Isnin, Januari 21, 2013

Resepi Macaroni Bakar Yang Sedap

Imran sibuklah suruh akak buat makaroni bakar..dah puas akak google..tenguk kat blog lain macam leceh ajer nak buat tapi bila akak jumpa resepi kat blog  Kak Ida macam tak remeh ajer nak membuatnya.  Kebetulan akak ada buat spaghetti daging..kuahnya ada lebih..jadi tak yah susah payah nak buat lagi sos merah.  


Bahan atas: 
2 cawan susu full cream, 
2 biji telur, 
4 sudu besar tepung gandum, 
1 susu teh dry parseley, 
1 sudu teh dry basil, 
satu peket onion sup mix atau beef cube (akak buh beef cube)
salt and pepper to taste...

Pukul  semua sehingga sebati.

Rebus makaroni sehingga lembut..lebih kurang 250gm kemudian toskan. 

mince beef sauce atas ni sama seperti spaghetti sauce yang biasa anda buat tu...campurlah apa-apa bahan yang anda suka dan masak hingga kering...jangan berair sangat...
 
Resepi spaghetti sauce kat SINI.senang guna acuan silikon ni..cuma masa nak bakar kenalah alas dengan loyang.  Bubuh minyak zaitun sebelum di letakkan macaroni kemudian  tuangkan cecair di atas dan letak spaghtetti sauce.
dah penuh dah silikon tu..jadi akak letak pulak bekas ramekin..patutnya tak yah buh paper cup..pastu buhlah mozarella yang telah di parut
Ishhh lain kali tak leh buh penuh camni...Abaikan lebihan tu yer..

Bakar dalam oven panas 200C selama 15 ke 20 minit atau sehingga cheese mula kekuningan...

Terima kasih kak ida..memang sedap resepi ni...

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...