OOO

Memaparkan catatan dengan label masak lemak cili padi ikan keli salai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak lemak cili padi ikan keli salai. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 19, 2011

Masakan Ikan Keli

Masakan yang paling best..tu anak yang kata.  Kalau bakar atas bara tempurung lagi best.
Sebab malas nak hidupkan arang/tempurung, bakar ajer dalam oven
 Tak ada rebung, belimbing buluh ataupun pisang muda.  Kalau ada lagi best.Masih dalam periuk lagi.


Bahan-bahan
  • 1 kg  ikan keli salai
  • 15-20  biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1/2 kg santan pekat-500ml santan (kalau nak kuah lebih tambah cili dan santan)
  • 600ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
    2 batang serai-di titik hujung
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam.  Bilas dan tos.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di dalam oven sehingga keperangan.
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam  dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk.  Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.
8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan  lebihan santan pekat. Biarkan mendidih sekejap lagi.
9. Cepat-cepat padamkan api dan masukkan jus limau kasturi.
 separuh lagi
cicah dengan kicap di perah asam limau kasturi bersama 
hirisan bawang besar, cili padi dan cili merah
Goreng pulak ikan terubuk masin..fuhhh

Rabu, Februari 03, 2010

Ikan Keli Salai & Pisang Muda (aduhaiiii berasap biji mato bila menyalai)

Tenguk gambar ni terliur tak???ishhhhh akak tenguk pun masih telan air liur tau.. Dah lamo dah.. akak tak tepek rosopi ikan koli ni..oleh sebab suami tak balik ke kampung dio...tak ado canlah akak nok boli ikan salai ni laie kek Pokan Podeh tu..anak-anak dah tanyo...
Omak..tak ado ko lauk ikan koli salai...
demi memuaskan tokak anak-anak...akak pun menyalailah...kali ni akak guno banyak tempurung kelapa sobab arang dah mahal..lagipun orang tuo-tuo kato pakai tempurung banyak lagi sodap..tapi bila menyalai pakai tempurung ni keno jago-jago..api dio gadang...kang terbakor umah kang....lopeh jadi baro baru boleh lotak ikan koli...kalau idak..rentung ...pahit pulok bila dah masak. Berasap satu umah tau dibueknyo dek ponangan ikan koli ni...jomlah samo-samo kito menyalai ....iyoooolah..
Bahan-bahan
  • 1-1 1/2 kg ikan keli
  • 15-20 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 1/2 kg santan pekat-500ml santan
  • 600ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
    2 batang serai-di titik hujung
  • 5 biji limau kasturi (ambil jus)
  • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan keli dengan asam jawa dan garam. Bilas dan tos.
2. Perahkan air limau kasturi dan biarkan dalam 30 minit.
Bersihkan pisang...buang kulit sedikit dan rendam dalam air bercampur asam keping dan garam.
3. Bilas semula ikan keli dan letak garam dan kunyit serbuk. (akak suka bubuh kunyit hidup) Salai di atas arang.
4. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
5. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama santan pekat dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
6. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih.(takut naik minyak)
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan keli salai, daun kunyit dan pisang.8. Bila mendidih sekali lagi..masukkan garam dan lebihan santan pekat. Biarkan mendidih lagi dan rasa dulu baru di tuang jus limau kasturi tadi.
9. Cepat-cepat padamkan api...boleh segera di makan bersama ikan kering, cencalok ataupun sambal belacan.....waduhhhh boleh tambah 2-3 pinggan tau..

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...