OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan daging. Papar semua catatan

Khamis, Mac 07, 2013

Resepi Daging Goreng Berlado

 Terima kasihlah semua yang sudi bagi komen pasal tudung tu yer..yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan teladan.

Mula-mula nak buat dendeng berlado..tiba-tiba mood merudum..malas nak ketuk daging..akak tukar buat daging goreng berlado lah pulak.  Akak tambah sikit cili api nak bagi podeh sikit..gula tu nak naikkan rasa.  Akak buh daun salam dan daun limau purut..ok gak rasanya..tapi kalau sape tak suka tak payahlah letak. Sodap makan bersama nasi panas dan sup sayur.

Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang - hiris nipis-nipis
4 helai daun limau purut, dibuang tulangnya
2 helai daun salam(optional)
1/4 sudu teh gula pasir
2 sudu teh jus limau kasturi
minyak untuk menggoreng 
sedikit serbuk kunyit 
garam untuk perasa

Bahan Tumbuk Kasar/Kisar Kasar
8 biji  bawang merah 
4 biji bawang putih
15-20 biji cili/cabai merah-buang biji
5-7 biji cili api

Cara Membuatnya:-
  1. Daging di bersihkan, tos dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng sehingga garing dalam minyak yang telah di panaskan.
  3. Toskan dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak jagung/minyak masak dan tumis bahan  tumbuk kasar, daun salam dan daun limau purut sehingga  sampai harum. 
  5. Masukkan daging, garam, dan gula pasir. 
  6. Gaul sebati dan biarkan sebentar.  Rasa cukup garam baru padam api dan masukkan pula jus limau.  Angkat..

Rabu, Januari 02, 2013

Tumis Daging Cendawan

Assalammualaikum

Aiseymen..ingatkan nak publishlah dalam pukul 5.00 tapi tak sempat sebab bawa Imran gi hospital..check leh bukak ker idak simen kat tangan dia tu.  Tak leh buka lagilah..kena tunggu lagi seminggu.  Tension tul si Imran.
 

Masak daging simple macam ni pun sedap kan.  Akak tak ada mood nak masak tapi kena gak masak sebab ada anak-anak kat umah.  Akak pun buat lauk ni dan campakkan sayur-sayuran..tak yah lagi goreng sayur.  Buat sikit sup telur sebab kat umah ni kalau tak ada kuah memang tak boleh telan nasilah pulak.

Bahan:
4 ulas bawang putih-cincang
2 sudu makan minyak sayur
1/2 sudu teh minyak bijan
1/2 biji  bawang Bombay, cincang halus
100 g daging batang pinang dengan sedikit lemak, hiris tipis
100 gm cendawan , bersihkan
1/2 biji cili benggala - potong kecil
1 batang daun bawang-potong kecil
100 ml air
50 ml kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh  garam

 akak gunakan cendawan ni..masa bila kat CH RM10-3 bungkus..
rupanya kat sini lagi murah

Cara membuat:
  • Kupas bawang dan cincang kasar.
  • Tumis bawang bombay dan bawang putih hingga harum.
  • Masukkan daging dan kacau sehingga sebati.
  • Tambahkan cendawan, kacau hingga layu.
  • Tambahkan bahan lainnya. Masak sehingga kuah tinggal sedikit.
  • Angkat dan sajikan bersama nasi panas.

Ahad, Mac 11, 2012

Daging Masak Merah


Kalau masak daging masak merah, ada geng telur dadar dan tom yam memang kick.  Makan bertambah-tambah.  Akak dah banyak kali buat dah dan letak kat blog.  Kira resepi ulanganlah ni.  Akak ambil resepi dari blog geng masak memasak Ummi Kuantan.
Bahan:-
300 gm daging lembu-akak gunakan daging batang pinang..jadi rebus kejap aje dgn pewarna merah
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
2 sudu besar sos cili (*ni ummi tambah)
4 sudu besar cili kering (dikisar)
sedikit kicap cair
garam secukup rasa
sedikit gula (*ummi tambah ni)
sedikit air
minyak untuk menumis
akak tambah 1 biji bawang merah di potong bulat
Cara Memasak:-
  1. Hiris daging lebih kurang 5cm. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. 
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tomato dan daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. (*ummi tambah sos cili sikit). 
  4. Tambahkan sedikit garam dan kicap air. 
  5.  Masak hingga kuah agak pekat barulah dimasukkan hirisan bawang besar. 

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...