OOO

Memaparkan catatan dengan label masakan ketam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan ketam. Papar semua catatan

Selasa, April 05, 2016

Kari Ketam Stail Mamak

Assalammualaikum semua
Kalau ikut anak terutama Firdaus tak berapa suka nak makan ketam sebab katanya susah nak makan..hermm kadang kadang tekak tukang masak nak makan gak.  

Kari ni tak tak buh santan, akak buat tairu, kalau tak suka boleh guna santan, yogurt ataupun susu cair.

Bahan-bahannya

  • 3 ekor ketam potong dua-bersih dan tos
  • 1 cawan susu cair di campur dengan jus 3 biji limau kasturi-jadi tairu
  • tomato dadu
  • 5 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan/ketam
  • air secukupnya
  • garam dan minyak zaitun/sayur/jagung

Bahan Tumis
sedikit biji sawi
1/2 biji hirisan bawang besar
1 pelepah daun kari
rempah 3 sekawan

Cara-caranya
1.  Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia dan campurkan dengan serbuk kari.
2.  Panaskan minyak, tumis semua bahan tumis, tomato dan masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kari tadi.
3.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak dengan menggunakan api kecil sambil di kacau selalu dalam 10 minit atau naik minyak.
4.  Masukkan pula ketam, gaul dan masukkan tairu bersama air 1 atau 2 cawan dan biarkan mendidih.
5.  Perisakan kari dan biarkan kuah agak pekat.
6.  Bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Jumaat, Julai 03, 2015

Kari Ketam Sedap

Assalammualaikum

Firdaus yang paling tak gemar nak makan ketam sebab payah nak makan tapi anak-anak yang lain ok jer.

Oleh sebab suami dan anak suka makan, akak buat derk ajer dengan Firdaus.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ketam-dibersihkan dan di potong 2
  • 8 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang besar
  • 400ml santan pekat
  • 700ml santan cair-kalau nak banyak tambahlah lagi
  • 6 sudu makan kari ketam/udang-kalau tak ada boleh guna serbuk kari ikan
  • garam, dan minyak secukupnya

Bahan tumis

  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 1/2 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji bawang merah di hiris
  • 1 biji bawang putih di hiris

Cara-cara
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan bawang merah.
2. Panaskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris bersama daun kari. Kacau sebati.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air...kacau selalu dan kecilkan api.
4. Biarkan pes masak dalam anggaran 5-10 minit. Masukkan garam.
5. Setelah pes naik minyak baru masukkan santan cair.
6. Apabila mendidih, masukkan pula santan pekat dan ketam.
7. Tunggu sehingga mendidih dan sentiasa kacau takut nanti pecah minyak.
8. Bila mendidih selama 10-15 minit , perasakan garam dan rasa dulu dan terus padamkan api.

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...